28/09/2026
MEMPERKUKUH TADBIR URUS, MEMACU PRESTASI, MENCIPTA NILAI
Telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah YPJ Holdings Sdn. Bhd. Kali Ke-66, yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YB Dato' Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor; Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan); YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor; Puan Norliyati binti Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor; Tuan Haji Mohd Fahmi bin Salam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd.; serta Tuan Haji Farizal bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn. Bhd., bersama barisan pengurusan Kumpulan YPJ Holdings.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada prestasi Kumpulan, pengukuhan portfolio pelaburan, pengoptimuman aset serta hala tuju strategik perniagaan, dengan penekanan kepada disiplin kewangan, kecekapan operasi dan penciptaan nilai jangka panjang.
Sebagai sebuah kumpulan syarikat pelaburan, YPJ Holdings komited untuk memastikan setiap aset, pelaburan dan sumber Kumpulan diurus secara strategik, berhemah dan berorientasikan prestasi. Keutamaan terus diberikan kepada usaha memperkukuh perniagaan teras, meningkatkan pulangan pelaburan serta mengenal pasti peluang pertumbuhan baharu yang berdaya maju dan mampan.
Pada masa yang sama, tadbir urus yang kukuh, akauntabiliti dan pengurusan risiko kekal menjadi teras dalam setiap pertimbangan dan keputusan strategik Kumpulan.
Dengan panduan dan kepimpinan Lembaga Pengarah, YPJ Holdings akan terus memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah kumpulan korporat yang berdaya tahan, kompetitif dan berprestasi tinggi, serta berupaya mencipta nilai yang mampan kepada pemegang taruh.
Memperkasa aset. Memacu prestasi. Mencipta nilai untuk masa hadapan.