PIJ Holdings Sdn Bhd

Call Directions Website

PIJ Holdings Sdn Bhd Facebook Rasmi PIJ Holdings | PIJ Holdings Official page

No. Syarikat : 197901000929 (45183-T) PIJ Holdings Sdn. Bhd.

(PIJ Holdings) diperbadanankan sebagai cabang pelaburan dan syarikat induk bisnes Perbadanan Islam Johor. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), PIJ Holdings berperanan untuk memperkasa dan memajukan sosioekonomi ummah sebagaimana hasrat Kerajaan Negeri Johor melalui penglibatan sektor-sektor bisnes teras.

- Pembangunan & Pengurusan Hartanah
- Pertanian & Perladangan
- Utiliti & Infrastruktur
- Pelaburan Halal
- Perdagangan & Perindustrian
- Perlombongan

31/10/2026
🌱 Dari setiap butir benih yang ditabur bulan lepas, inilah perkembangan terkini ladang rumput napier kami di PPM Padang ...
31/10/2026

🌱 Dari setiap butir benih yang ditabur bulan lepas, inilah perkembangan terkini ladang rumput napier kami di PPM Padang Hijau, Kluang 🌿. Pokok Napier yang diusahakan oleh Ventures Sdn Bhd ini semakin subur dan menghijau. Insya-Allah, bulan hadapan kita bersedia untuk memulakan tuaian! 🚜

Pengurusan Kumpulan PIJ Holdings sentiasa turun padang secara berkala agar setiap usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil seperti yang dirancang.

Semoga hasil tuaian nanti menjadi satu lagi pencapaian positif buat Kumpulan PIJ Holdings dalam memperkukuh potensi sektor pertanian dan menjana pulangan kepada syarikat.

One Team. One Direction. One Purpose. 🌱

30 Oktober 2026 | JumaatYB Dato' Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan berbesar hati menerima kunjungan En. Tariq Su...
30/10/2026

30 Oktober 2026 | Jumaat

YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan berbesar hati menerima kunjungan En. Tariq Sulaiman, Pengurus Besar PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC) dan En. Mohd Yusrin Mohd Yusof dari Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) bagi sesi perkenalan dan perbincangan awal berkaitan potensi pembangunan Hab Halal Petrokimia di negeri Johor.

Perbincangan ini membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai potensi penerapan elemen halal dalam rantaian bekalan industri petrokimia serta peluang kerjasama dalam memperkukuh ekosistem halal di negeri Johor.

PIJ Holdings melalui Johor Halal Development Corporation - JHDC komited untuk meneroka peluang strategik bersama pemain industri bagi menyokong aspirasi pembangunan halal negeri, selaras dengan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030.

One Team. One Direction. One Purpose.

29 Oktober 2026 | Khamis TAPAK PREMIS UNTUK DISEWA DI AYER HITAM, JOHOR 😍Kerja-kerja pembersihan premis anak syarikat da...
29/10/2026

29 Oktober 2026 | Khamis

TAPAK PREMIS UNTUK DISEWA DI AYER HITAM, JOHOR 😍

Kerja-kerja pembersihan premis anak syarikat dalam Kumpulan PIJ Holdings, Johor Plant Tech Sdn Bhd di Pusat Pertanian Batu 1, Ayer Hitam sedang giat dijalankan bagi memastikan premis berada dalam keadaan bersih dan bersedia untuk dimanfaatkan dengan efisien.

Perkembangan kerja-kerja ini telah dipantau sendiri oleh pihak pengurusan untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Terletak tidak jauh dari Plaza Tol Ayer Hitam, premis ini mempunyai potensi untuk dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti seperti pusat latihan pertanian, demonstrasi teknologi agro, pemprosesan makanan, latihan keusahawanan dan pembangunan halal, serta aktiviti komersial lain yang bersesuaian.

Buat anda yang sedang mencari lokasi untuk mengembangkan operasi, menjalankan latihan atau meneroka peluang perniagaan baharu, premis kami adalah antara pilihan terbaik yang boleh dipertimbangkan.

Pelawaan Mengemukakan Cadangan (RFP) untuk premis ini TELAH DIBUKA 📢 🔊 😍. Dokumen RFP bagi cadangan sewaan premis dan kemudahan ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

🔗 https://pijholdings.com/korporat/tender/id/2

Pastikan anda menghantar cadangan anda sebelum 27 November 2026 😍

One Team. One Direction. One Purpose.

JHDC–INVEST JOHOR: MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL JOHORJohor Halal Development Corporation (...
28/10/2026

JHDC–INVEST JOHOR: MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL JOHOR

Johor Halal Development Corporation (JHDC) telah mengadakan kunjungan hormat ke Invest Johor pada 27 Oktober 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan industri halal negeri Johor.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peranan Invest Johor dalam menarik pelaburan, manakala JHDC menyediakan fasilitasi dan bimbingan halal kepada pelabur bagi menyokong kelancaran proses pensijilan serta pembangunan rantaian bekalan halal.

Kerjasama ini turut membuka ruang kepada pembangunan bakat halal, pengukuhan penyertaan PMKS dalam rantaian bekalan, promosi bersama kepada pelabur domestik dan antarabangsa serta pengembangan Ekosistem Halal Taman Perindustrian dan Logistik.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 (PKHNJ 2030), khususnya dalam merealisasikan sasaran pelaburan halal sebanyak RM5 bilion menjelang tahun 2030.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri halal yang lebih mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan halal.

JHDC — Memacu Ekosistem Halal Johor, Memperkasa Pelaburan dan Kemakmuran Negeri.

One Team. One Direction. One Purpose.

27/10/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat YB Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan kami. Semoga terus diberikan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُ فِي عُمُرِهِ وَارْزُقْهُ عُمُرًا فِي طَاعَتِكَ وَعَمَلًا صَالِحًا

“Ya Allah, berkatilah usianya dan kurniakan kepadanya umur dalam ketaatan kepada-Mu serta amal yang soleh.”

28 Oktober 2026 bersamaan 17 Jamadilawwal 1448H.

Tulus ikhlas,
Warga Kerja Kumpulan PIJ Holdings

🥩 Peminat daging segar, jom singgah!YB Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan bersama barisan pengurusan berkes...
27/10/2026

🥩 Peminat daging segar, jom singgah!

YB Dato’ Haji Ismail bin Haji Abu, Pengarah Urusan bersama barisan pengurusan berkesempatan meninjau sendiri pilihan produk daging segar yang ditawarkan di Mudah Butcher minggu ini.

Kalau anda berada di sekitar Johor Bahru, bolehlah singgah ke sini untuk mendapatkan pilihan daging segar pada harga yang berbaloi. Menariknya, ada juga kafe bersebelahan untuk anda menjamu selera! 😍

📍 Mudah Butcher, TPI Cenderasari, Larkin, Johor Bahru.

Jom singgah dan lihat sendiri pilihan yang ada! 🛒

One Team. One Direction. One Purpose.

**************************REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)**************************PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN / REQUEST F...
26/10/2026

**************************
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)
**************************

PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN / REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) CADANGAN SEWAAN PREMIS DAN KEMUDAHAN DI PUSAT PERTANIAN BATU 1, AYER HITAM, BATU PAHAT, JOHOR

Lokasi :
Lot 9092, Pusat Pertanian Batu 1, Ayer Hitam, Daerah Batu Pahat, Johor

TARIKH TUTUP :
27 November 2026 (Jumaat)

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun Notis Sebut Harga :
https://pijholdings.com/korporat/tender/id/2





One Team One Direction One Purpose

PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN / REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) CADANGAN SEWAAN PREMIS DAN KEMUDAHAN DI PUSAT PERTANIAN BATU 1, AYER HITAM, BATU PAHAT, JOHOR

26/10/2026

🥩🔪 KELAS POTONG DAGING MUDAH BUTCHERY

Tambah ilmu, asah kemahiran! 💪✨

Kelas khas untuk warga kerja PIJV bagi mempelajari teknik pemotongan daging yang betul serta mengenali pelbagai bahagian daging. 🥩

Nak tahu lebih lanjut tentang kelas kami? Hubungi MUDAH BUTCHERY! 📲

Address

Aras 8, Bangunan PIJ Holdings, No. 8, Jalan Bukit Timbalan
Johor Bahru
80888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIJ Holdings Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share