28/01/2026
Minggu lepas saya tonton video di IG HOTFM, interview seorang ibu yang tak sengaja terbawa anak sampai tempat kerja. Kelakar ceritanya, bila ibu naik motor, anak duduk depan. Ramai gelak sebab benda tu memang tak dibuat-buat.
Minggu ini kita dikejutkan kes anak meninggal dunia kerana tertinggal dalam kereta. Suasananya terus berubah. Ibu terus dipersalahkan. Dikecam, dihukum oleh netizen.
Bukan pertama kali. Selalunya yang terlibat ni bukan ibu jahat tetapi ibu yang penat, kurang tidur, rutin harian berubah, otak tengah auto-pilot.
Daripada terus menyalahkan ibu, mungkin sudah sampai masanya kita bertanya, "Apa yang kita boleh buat supaya tragedi ini tidak berulang?"
Mungkin ada teknologi yang boleh diketengahkan. Aplikasi yang beri amaran jika enjin dimatikan tapi masih ada orang di dalam kereta. Teknologi mudah, kos rendah, tapi wajib untuk semua kereta keluarga.
Sebab bila benda ni jadi, orang yang paling hancur sebenarnya adalah ibu itu sendiri, bukan netizen.
Kurangkan kecaman.
Tambah empati.
Cari solusi.
Semoga kita semua dilindungi.