Nabellarashid

Nabellarashid .
*Disclaimer : This statements and opinions expressed on this site are my own and do not necessarily represent AIA

Ada prospek tanya ‘apa jadi kalau saya tak declare penyakit sediada?’.Ini kita panggil non-disclosure atau tidak mengisy...
21/09/2023

Ada prospek tanya ‘apa jadi kalau saya tak declare penyakit sediada?’.

Ini kita panggil non-disclosure atau tidak mengisytiharkan penyakit sediada.

Kalau syarikat Takaful dapat tahu kita pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tapi kita buat senyap tak cakap apa-apa, tak declare masa apply Takaful, syarikat Takaful berhak untuk TIDAK membayar claim kita.

Jadi, kita kena jujur, kalau ada penyakit atau pernah sakit, jangan sorok. Jawab semua soalan yang agent tanya sejujurnya. Tak payah nak cover corner baring sangat.

Menyorokkan penyakit ni boleh buatkan polisi kita dibatalkan dek kerana non-disclosure.

Biar susah masa apply daripada susah masa claim.

N.AB.E.L.L.A
AIA TAKAFUL ADVISOR

*Hibah Takaful AIA* menawarkan perlindungan & pampasan tunai secara syariah. *Hibah Takaful AIA* memberikan hak kepada p...
07/09/2023

*Hibah Takaful AIA* menawarkan perlindungan & pampasan tunai secara syariah.
*Hibah Takaful AIA* memberikan hak kepada pemilik polisi untuk menentukan siapa yang bakal menerima hibah sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

*Hibah Takaful AIA* tidak memerlukan proses yang panjang untuk menerimanya kerana tidak perlu melalui proses wasi dan faraid.

*Hibah Takaful AIA* dapat memberikan ketenteraman fikiran dan pastikan keadilan dalam memperuntukkan harta.

Tunggu apa lagi ?

‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan … ?’Bila kita dah takde nanti, seeloknya kita janganlah men...
05/09/2023

‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan … ?’

Bila kita dah takde nanti, seeloknya kita janganlah meninggalkan beban atau hutang walaupun sikit kepada pasangan, anak-anak atau waris-waris yang ada.

Sudahlah mereka bersedih atas pemergian kita, ditambah p**a runsing dengan beban yang ditinggalkan. Tinggalkanlah legasi atau harta, dapatlah juga menampung keperluan mereka. Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan utama atau tunggal semasa hayat masih ada.

Ambillah perlindungan Takaful secukupnya. Pastikan jumlah pampasan yang akan ditinggalkan kepada waris nanti cukup untuk menampung keperluan mereka dalam jangka masa yang panjang.

Takaful, kita memerlukannya.

NABILAH

29/08/2023
Hibah sebelum rebah.Bila dah rebah family pun gelabah. Gelabah sebab satu sen pun duit tak ditinggalkan untuk anak ister...
15/08/2023

Hibah sebelum rebah.

Bila dah rebah family pun gelabah. Gelabah sebab satu sen pun duit tak ditinggalkan untuk anak isteri atau family yang masih ditanggung. Yang ada hanyalah hutang dengan duit KWSP je.

Sedihkan?

Ada seorang client baru umur 22 tahun, dah merancang kewangan. Sekurangnya bila dia meninggal, family dapat duit Hibah tu. Bolehlah family gunakan untuk apa yang patut.

Hibah ni tak semestinya untuk orang yang dah kahwin je, untuk orang bujang pun boleh. Maybe dia ada family yang kena tanggung like parents yang dah uzur atau ada adik-adik masih bersekolah.

Musibah tu takde hon. Dia nak datang, dia datang je.

Nabilah Rashid
AIA Takaful Advisor

TEST PINJAM RM10,000 SAHAJA"Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh ta...
27/07/2023

TEST PINJAM RM10,000 SAHAJA

"Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?"

Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia.

Dipendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat "wayang" pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi:

1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.
2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.
3. Kesimp**annya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.

Okay beralih kepada orang terpilih kedua.

Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.

Pendek cerita, respon bff:
1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.
2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah.

Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000.

Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.

Siapa orang terakhir dia call ni?

Mak dia.

Respon mak dia:
1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena 'penyakit' tapi tak bebel banyak macam isteri dia.
2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000.
3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.
4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.

Selesai 'cabaran' kawan aku ni, meleleh air mata aku woih!

😭😭😭

Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir.

Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak.

Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu..

Kalau tak nak menyusahkan orang lain, apa kata kita asingkan lah sedikit wang simpanan untuk buat Medical Card bagi diri sendiri & keluarga.. Sangat2 berguna di saat kecemasan!

JANGAN SESEKALI PERSOALKAN EFFORT KITA..Semalam satu Malaysia da saksikan kemenangan Bell Ngasri bolot 2 trofi dari  .Ap...
22/07/2023

JANGAN SESEKALI PERSOALKAN EFFORT KITA..

Semalam satu Malaysia da saksikan kemenangan Bell Ngasri bolot 2 trofi dari .

Apa yang kita boleh belajar dari kemenangan beliau yang boleh kita ambil titip semangat Bell ialah beliau buat sahaja bersungguh- sungguh tanpa harapkan apa-apa. Kejayaan tu akan datang dengan sendirinya.

Buktinya ramai rakyat Malaysia mengundi beliau atas bakatnya yang diasah selama ini.

Jadi, ingat apapun usaha anda harini TERUSLAH MELANGKAH walau banyak dugaan & cabaran.

Tahniah atas kemenangan yang bergaya! Yak Yak Yeh..✌🏻

ps : Undi bell sbb dr kecik membesar dengan lakonan die. Bella je nmpk makin besar tapi abg Bella maintain muda😅

Tak lupa Tahniah pada kak pom2 pon menang malam semalam. Yeay!!!

Sebab 2 orang ni ja Bella rajin vote. First time lak tu.😆

Address

NIZZMAN GROUP NO 6-01 Jalan SRI PERKASA 1/3, TAMAN TAMPOI UTAMA
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nabellarashid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nabellarashid:

Shortcuts

Share