25/10/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda, 2001–2026.
Dengan penuh hormat dan takzim, kami meraikan 25 tahun pemerintahan Baginda yang penuh jasa dan bakti kepada negeri serta rakyat. Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan, serta Selangor terus maju, aman dan makmur di bawah naungan Tuanku.
Daulat Tuanku!