08/10/2026
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝟐𝟎𝟐𝟕
🗓️ 𝟕 - 𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 𝐅𝐞𝐥𝐝𝐚 𝐑𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐦
Program Pengukuhan Tadbir Urus dan Keberkesanan Pengurusan Risiko 2027 diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2026 di Felda Residence Tekam, Pahang, dengan pengisian ceramah oleh Penguasa Kanan, Mohamad Izwan bin Samsuddin, Ketua Cawangan Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pahang.
Majlis diserikan dengan kehadiran Encik Ahmad Nizam bin Hamid – Pengerusi FIC, Tuan Syed Fadil bin Syed Sofi – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FIC, Dr. Nik Hasrul bin Mohd Zainudin – Ketua Pegawai Eksekutif, FIC Hospitality Sdn. Bhd., Encik Amir Mahamud bin Mohammed Saludin – Ketua Bahagian, Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Kumpulan FIC, serta petugas-petugas Kumpulan FIC dan Felda Residence Tekam.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga kerja tentang integriti, tadbir urus, pencegahan rasuah serta implikasi perundangan, di samping memperkukuh peranan Bahagian ‘Governance & Risk Management’ (GRMD) dalam tadbir urus korporat. Dua slot utama telah disampaikan, iaitu “Rasuah Musuh No. 1 Negara: Ancaman dan Tindakan Undang-Undang” yang merangkumi ancaman rasuah, bentuk kesalahan, tindakan penguatkuasaan dan peranan warga kerja dalam pencegahan rasuah, serta “Kesalahan Rasuah oleh Organisasi Komersial – Seksyen 17A Akta SPRM 2009” yang memberi fokus kepada liabiliti korporat, tanggungjawab organisasi dan pengurusan, risiko perundangan serta langkah-langkah pencegahan melalui kawalan dalaman dan tadbir urus yang berkesan. Program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kerja berintegriti dan bebas rasuah serta meningkatkan keberkesanan fungsi GRMD.