KPF - Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad

KPF - Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad Page rasmi KPF khas untuk sebaran dan capaian maklumat kepada anggota KPF.

23/09/2024

๐Ÿ“ฃ ๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ฆ ๐‰๐จ๐ฆ! ๐ŸŽ‰ Mari kita meriahkan lagi suasana dengan Jualan Rahmah yang penuh berkat ๐——'๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐—™๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ต ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ผ๐—ต ๐Ÿฌ๐Ÿญ & ๐—Ÿ๐˜‚๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป !๐Ÿฅณ

๐Ÿ—“๏ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿด.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ด๐—ถ - ๐Ÿด.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ

๐Ÿ‘๐Ÿป Bersama-sama dengan KPDN Negeri Sembilan , kami menyediakan peluang untuk membantu meringankan beban komuniti setempat terutamanya golongan B40. Datanglah dan dapatkan keperluan harian anda dengan harga yang berpatutan!

Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai produk berkualiti seperti ayam, ikan, daging, dan barangan runcit yang pasti memuaskan keperluan anda.
Jangan lepaskan peluang ini! ๐Ÿ‘๐Ÿป

23/09/2024

๐Ÿ“ข ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐——'๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—œ ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—› ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š!๐Ÿ“ข
Kami ada jualan rahmah dengan pelbagai pilihan barangan keperluan seperti telur, ikan, ayam, kentang dan macam-macam lagi! ๐Ÿฅš๐ŸŸ๐Ÿ—๐Ÿฅ”

Harga jangan risau, dengan pertolongan KPDN Pahang, harga telah dikurangkan khas untuk warga FELDA. ๐Ÿค Ajak keluarga dan kawan-kawan untuk meriahkan jualan rahmah ini!

๐Ÿ“ Lokasi:
D'Mart Segi Fresh Lepar Hilir 01:
https://maps.app.goo.gl/CgVot4GUxAUYva2c8

D'Mart Segi Fresh Jenka 03:
https://maps.app.goo.gl/av8vxHBquxBMQhC9A

D'Mart Segi Fresh Jengka 19:
https://maps.app.goo.gl/gZP1UT1kx7CmoxzYA

D'Mart Segi Fresh Kota Gelanggi 02:
https://maps.app.goo.gl/vexJ7knPLWSRFAoq8

๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐ƒโ€™๐Œ๐€๐‘๐“ ๐’๐„๐†๐ˆ ๐…๐‘๐„๐’๐‡ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ• ๐ƒ๐ˆ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐‚๐‡๐ˆ๐๐ˆ ๐ŸŽ๐Ÿ“FELDA CHINI 05, 21 September 2024 - Majlis perasmian K...
23/09/2024

๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐ƒโ€™๐Œ๐€๐‘๐“ ๐’๐„๐†๐ˆ ๐…๐‘๐„๐’๐‡ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ• ๐ƒ๐ˆ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐‚๐‡๐ˆ๐๐ˆ ๐ŸŽ๐Ÿ“

FELDA CHINI 05, 21 September 2024 - Majlis perasmian Kedai D'Mart Segi Fresh Cawangan Chini 05, iaitu cawangan ke-17 rangkaian D'Mart Segi Fresh, telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Mohd Faisal Mustaffa, Anggota Lembaga KPF. Ini merupakan simbol kejayaan usaha sama yang bertujuan mengembalikan Dโ€™Mart kepada landasan operasi yang lebih baik, berdaya saing, dan mampan.

Pembukaan semula D'Mart Segi Fresh dengan tagline "Legasi Warisan Gemilang" adalah langkah penting KPF dalam memperkukuhkan perniagaan runcit, memberi manfaat kepada KPF dan warga FELDA di Chini 05, yang majoritinya adalah anggota KPF.

Warga FELDA Chini 05 menyambut baik pembukaan ini kerana ia menyediakan barangan harian segar dan keperluan asas yang jauh lebih murah, tanpa perlu menempuh perjalanan ke bandar yang jauh. Dengan adanya kedai ini menjimatkan masa dan memudahkan urusan harian, jelas Sharuddim Abdul Halim, 63 tahun yang telah menetap di Felda Chini 5 lebih 40 tahun.

Dalam ucapannya, Dr. Mohd Faisal menyatakan kegembiraan atas perkembangan ini dan melihatnya sebagai usaha penting untuk memastikan kelangsungan perniagaan runcit KPF serta memberi manfaat kepada komuniti FELDA.

Dengan pembukaan semula Dโ€™Mart Segi Fresh ini membawa harapan masa depan lebih baik untuk warga FELDA, dan khususnya warga FELDA Chini 05 kini dapat menikmati kemudahan membeli-belah yang lebih mudah dan menjimatkan masa, sejajar dengan visi KPF untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada anggotanya.

23/09/2024
Program Ziarah Kasih Peneroka dan Penerokawati Generasi Pertama Bukit RokanBUKIT ROKAN, 19 September 2024 - Dalam rangka...
20/09/2024

Program Ziarah Kasih Peneroka dan Penerokawati Generasi Pertama Bukit Rokan

BUKIT ROKAN, 19 September 2024 - Dalam rangka lawatan kerja ke FELDA Bukit Rokan, satu program kebajikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ziarah Kasih turut dianjurkan bagi menziarahi peneroka dan penerokawati generasi pertama.

Program ini bertujuan untuk memperlihatkan keprihatinan pihak FELDA, Yayasan Felda dan KPF terhadap kebajikan warga peneroka, khususnya mereka yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

Antara yang diziarahi ialah Tuan Razak bin Mohd Daud, seorang peneroka generasi pertama yang kini berusia 87 tahun dan menghidap penyakit kronik prostat. Selain itu, Puan Rokayah binti Main, seorang penerokawati generasi pertama, turut menerima kunjungan. Beliau sedang menghadapi cabaran besar dalam hidupnya apabila disahkan menghidap kanser limfoma.

Ziarah ini sedikit sebanyak membawa harapan dan sokongan moral kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi kesulitan yang dihadapi.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan, bantuan kewangan serta bakul makanan telah disampaikan kepada kedua-dua peneroka ini. Seluruh warga FELDA, Yayasan Felda dan KPF mendoakan agar Tuan Razak dan Puan Rokayah diberikan kesembuhan dan kesejahteraan, serta semoga keluarga mereka terus tabah menghadapi cabaran.

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA ke Projek Pembangunan Peneroka (PPP) Bukit RokanBUKIT R...
20/09/2024

Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA ke Projek Pembangunan Peneroka (PPP) Bukit Rokan

BUKIT ROKAN, 19 September 2024 - KPF menyambut baik kehadiran delegasi pengurusan FELDA dalam satu sesi lawatan kerja oleh Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, YBhg. Datoโ€™ Mohd Banuri Aris, ke Projek Pembangunan Peneroka (PPP) FELDA Bukit Rokan yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF).

Lawatan ini turut disertai dengan sesi taklimat berkenaan Projek Rintis PPP FELDA Bukit Rokan yang disampaikan oleh Encik Khairul Hazry Maharani, Ketua Jabatan Pelaburan KPF. Delegasi juga berpeluang melawat beberapa projek PPP seperti tanaman fertigasi labu air dan kampas, dan tanaman cendawan tiram di kawasan FELDA Bukit Rokan.

Aktiviti PPP di Bukit Rokan ini bukan sahaja dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada warga FELDA, malah turut menjana pendapatan mereka melalui aktiviti pertanian yang dijalankan.

Antara yang turut hadir bersama delegasi ialah En. Syirfan Indra Mitra Surya Hussin, Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik; En. Azlan Zunaidak, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Pertanian & Ternakan; Pn. Izyani Abd Rahim, Pemangku Pengurus Besar Yayasan FELDA; Pn. Sakinah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KPF; En. Saidiee Salleh, Pengarah Wilayah Raja Alias; dan Dato' Zainal Ahmad, Ketua Peneroka FELDA WRA.

Pemakluman Gangguan Teknikal.
20/09/2024

Pemakluman Gangguan Teknikal.

KPF Agro Properties, Taaveekun perluas kerjasama edar baja perapi tanah untuk penerokaSERDANG, 17 September 2024 - KPF A...
18/09/2024

KPF Agro Properties, Taaveekun perluas kerjasama edar baja perapi tanah untuk peneroka

SERDANG, 17 September 2024 - KPF Agro Properties Sdn. Bhd. telah memperluas kerjasama perniagaan dengan Taveekun Manufacturing Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengilang baja, dalam usaha memperkenalkan baja perapi tanah kepada para peneroka.

Kerjasama ini bertujuan untuk memberikan manfaat kepada peneroka FELDA di seluruh negara dengan membantu mereka merawat tanaman sawit secara lebih efisyen.

Pengurus KPF Agro Properties, Mohd Nazrie Abdul Latif, menyatakan bahawa matlamat utama kerjasama ini adalah untuk membekalkan peralatan pertanian berteknologi tinggi dari Thailand kepada peneroka.

โ€œKami tertarik dengan pendekatan Taveekun yang menitikberatkan kesuburan tanah untuk memastikan penghasilan pokok yang sihat dan berkualiti.

Kolaborasi ini dijangka dapat melonjakkan hasil tanaman sekaligus memberi pulangan yang lebih lumayan kepada peneroka FELDA melalui dividen yang lebih tinggi untuk masa akan datang dan memberi impak positif kepada ahli Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF).

Selamat menyambut Hari Malaysia 2024 Satu Hati, Satu Suara, Satu Malaysia!
15/09/2024

Selamat menyambut Hari Malaysia 2024

Satu Hati, Satu Suara, Satu Malaysia!


Daripada Abdullah bin 'Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu...
15/09/2024

Daripada Abdullah bin 'Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat. ( Hadith Riwayat Muslim )

Salam Maulidur Rasul 2024M/1446H.
"๐€๐ฅ-๐…๐š๐ฅ๐š๐ก ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Tan Sri/ Datoโ€™/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,Pelawaan bagi mengisi jawatan kosong ...
12/09/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datoโ€™/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,

Pelawaan bagi mengisi jawatan kosong ini adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Untuk muat turun borang permohonan sila KLIK DI SINI http://www.kpf.my/informasi/kerjaya.html dan hantarkan permohonan anda ke Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia KPF atau e-mel ke [email protected].

Terima kasih.

Address

Aras Bawah & 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60326942095

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPF - Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KPF - Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad:

Share