05/06/2026
Satu detik yang penuh makna apabila penyerahan replika cek manfaat MyFire Takaful Plus yang pertama di FELDA Pasoh 1 berjaya dilaksanakan kepada seorang peserta yang telah ditimpa musibah kebakaran sehingga mengakibatkan keseluruhan kediamannya musnah.
Semoga manfaat yang diterima dapat membantu meringankan beban serta memberikan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi dugaan ini.
Peristiwa ini membuktikan bahawa perlindungan yang dirancang hari ini mampu menjadi penyelamat ketika berdepan saat yang tidak diduga.