PKNS Real Estate Sdn Bhd - PREC

Call Directions Website Contact the business

PKNS Real Estate Sdn Bhd - PREC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKNS Real Estate Sdn Bhd - PREC, Investment Management Company, 3F-05, Tingkat 3, SACC Mall, Shah Alam.

PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) is a special entity established in 2012 as an investment arm for Selangor State Development Corporation (PKNS) group of companies.

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia S...
21/10/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (2001–2026).

Semoga 25 tahun pemerintahan penuh hikmah dan kebijaksanaan Baginda terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh pembangunan, kemakmuran serta kesejahteraan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala terus melimpahkan rahmat, keberkatan, kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta mengurniakan pemerintahan yang terus cemerlang, adil dan diberkati demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Sembah takzim daripada,

Pengurusan dan Warga Kerja
PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC)

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH TUN DR HASMAH MOHAMAD ALIإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَSeluruh wa...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH TUN DR HASMAH MOHAMAD ALI

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Seluruh warga PREC merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali pada 28 September 2026.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Jasa dan sumbangan beliau khususnya dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kebajikan masyarakat akan terus dikenang.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

PRECvillage: Nostalgia Permainan Tradisi Semarakkan Semangat Kebersamaan Warga PREC 🇲🇾PREC telah menganjurkan “PRECvilla...
17/09/2026

PRECvillage: Nostalgia Permainan Tradisi Semarakkan Semangat Kebersamaan Warga PREC 🇲🇾

PREC telah menganjurkan “PRECvillage: Nostalgia Permainan Tradisi” pada 15 September 2026 bertempat di Blackbox, SACC Mall, Shah Alam bersempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Program yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemeriahan ini menghimpunkan warga PREC menerusi pelbagai aktiviti permainan tradisi yang mengimbau nostalgia zaman dahulu, antaranya dam ular, dam aji, ting-ting, batu seremban, baling selipar dan tutup botol.

Warga PREC turut tampil dengan pakaian bertemakan “Gaya Orang Kampung”, sekali gus menghidupkan suasana serta keunikan warisan dan budaya masyarakat Malaysia.

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang program mencerminkan nilai kekeluargaan dan keharmonian yang terus menjadi kekuatan warga PREC.

Selamat Hari Malaysia 2026. 🇲🇾
Malaysia Bersama Kita.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 PREC mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.Har...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

PREC mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia mengingatkan kita tentang kekuatan yang lahir daripada perpaduan, kepelbagaian dan semangat kebersamaan sebagai sebuah negara.

Marilah kita terus memelihara keharmonian, saling menghormati dan bersama-sama memainkan peranan dalam membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Malaysia. Bersama kita teguh, bersama kita melangkah maju. 🇲🇾

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69PREC mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Ma...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

PREC mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menginspirasikan kita untuk bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. 🇲🇾

29/08/2026

Sekitar kemeriahan PRECFaith bersama warga PREC, diisi dengan pengisian rohani, sambutan ulang tahun kakitangan serta semangat kemerdekaan. 🇲🇾

PRECfaith 2026 : Majlis Bacaan Yasin, Sambutan Maulidur Rasul & Hari Kebangsaan ke-69 🇲🇾PREC telah menganjurkan PRECfait...
28/08/2026

PRECfaith 2026 : Majlis Bacaan Yasin, Sambutan Maulidur Rasul & Hari Kebangsaan ke-69 🇲🇾

PREC telah menganjurkan PRECfaith 2026, sebuah program dalaman yang menghimpunkan warga kerja dalam pengisian rohani dan patriotik pada 28 Ogos 2026 bertempat di Black Box, SACC Mall, Shah Alam.

Program dimulakan dengan bacaan Yasin, doa selamat dan selawat, diikuti tazkirah oleh Ustaz Muhammad Khairul Amirin Al Yamani bertajuk “Merdeka Jiwa: Membina Diri Yang Amanah, Positif dan Bersyukur”.

Majlis turut diserikan dengan sambutan ulang tahun kelahiran kakitangan PREC bagi bulan Julai hingga September 2026, serta nyanyian lagu patriotik “Tanggal 31” bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, kecintaan kepada negara dan kebersamaan dalam kalangan warga PREC. 🇲🇾

Semoga PRECfaith terus menjadi wadah dalam memperkukuh silaturahim, menyemai nilai-nilai positif serta membina jati diri dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PREC.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan ke-69!

Salam Maulidur Rasul 1448HSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Semoga sambutan Maulidur Rasul ini...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati sirah, meneladani akhlak mulia serta mengamalkan ajaran dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul daripada warga PREC.

TAHNIAH PKNS, JUARA KESELURUHAN SUKAN GEMAPUTERA XVIII SARAWAK 2026! 🏆PREC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Per...
04/08/2026

TAHNIAH PKNS, JUARA KESELURUHAN SUKAN GEMAPUTERA XVIII SARAWAK 2026! 🏆

PREC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan GEMAPUTERA XVIII Sarawak 2026.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pasukan pickleball PKNS yang berjaya muncul sebagai juara dalam acara tersebut dimana Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sr. Haji Fakru Radzi Ab Ghani, bersama kakitangan PREC, Mohammad Hezreen Abd Malek telah mewakili kontinjen PKNS dalam acara berkenaan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat berpasukan, komitmen dan kesungguhan merupakan kunci kepada kecemerlangan dalam setiap cabaran yang disertai.

Syabas dan tahniah kepada seluruh atlet, pegawai serta kontinjen PKNS atas pencapaian membanggakan ini. Tidak dilupakan, tahniah juga kepada semua kontinjen dari seluruh Malaysia yang telah memberikan saingan terbaik dan bersama-sama menyemarakkan semangat kesukanan sepanjang temasya berlangsung.

Tahniah PKNS! Terus unggul, terus cemerlang!





SELAMAT HARI ULANG TAHUN PKNS KE-62! PREC merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan Selamat Ulang Tahun ke-62 kepada...
01/08/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN PKNS KE-62!

PREC merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan Selamat Ulang Tahun ke-62 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Semoga PKNS terus menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak kejayaan, kekal unggul dan menjadi peneraju pembangunan yang membawa manfaat kepada negeri Selangor.

Address

3F-05, Tingkat 3, SACC Mall
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKNS Real Estate Sdn Bhd - PREC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PKNS Real Estate Sdn Bhd - PREC:

Shortcuts

Share

Nearby finance companies