20/03/2022
Untuk berjaya, tidak kiralah di dalam apa jua bidang semestinya terdapat beberapa disiplin yang wajib dipatuhi.
Di dalam dunia trader anda perlu mematuhi 6 prinsip atau disiplin untuk menjadi seorang trader yang berjaya. Disiplin yang dimaksudkan adalah:
1.Pelan strategi trading yang mantap.
Anda perlu merangka pelan semasa trading seperti “goal setting”, pengurusan risiko, dan sebagainya.
2.Rekod aktiviti trading anda.
Kenapa perlu rekod aktiviti trading? Hal ini demikian kerana ianya membantu anda untuk menilai teknik yang telah digunakan.
Merekod aktiviti trading juga bertujuan untuk anda perbaiki kesilapan dan membina teknik yang berkesan.
3.“Set up”jadual rutin yang konsisten.
Anda perlu mempunyai jadual supaya anda mempunyai minda yang tenang semasa trading.
Apabila fikiran anda lapang, semestinya lebih mudah untuk anda membuat keputusan yang rasional di dalam trading.
4.Sentiasa mengawal emosi.
Emosi di dalam trading adalah sebuah faktor fundamental yang berkait rapat dengan performa trading.
Oleh yang demikian, anda perlu mengawal sikap tamak, takut akan kerugian yang melampau, dan sebagainya.
5.Pengurusan risiko.
Di dalam dunia trading, risiko kerugian adalah sebuah perkara yang wajib dihadapi oleh setiap trader.
Pengurusan risiko yang baik boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko.
6.Mesti ada mentor dan support.
Mentor dan support berfungsi untuk membimbing anda dari segi moral, teknik, dan pengalaman.
Jika anda mempunyai mentor, anda mudah untuk meminta pendapat selain daripada perkongsian ilmu yang dapat membantu anda berjaya di dalam bidang trading.