28/08/2026
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah 🤲🏻✨
Walaupun melalui pelbagai dugaan, cabaran dan halangan yang sedikit sebanyak menguji perjalanan untuk memiliki unit 2 Bedroom Qubaz Suite Terengganu ini, akhirnya Allah SWT aturkan juga rezeki yang terbaik buat keluarga ini.
Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan, termeterai satu lagi kisah rezeki yang telah Allah tuliskan buat mereka. ❤️
Sesungguhnya, apa yang menjadi milik kita tidak akan pernah tertukar dan apa yang Allah takdirkan untuk kita pasti akan sampai pada waktunya.
Syukur Ya Allah, diberikan kesempatan untuk membantu dan menjadi sebahagian daripada perjalanan keluarga ini merealisasikan impian mereka. Semoga pemilikan ini menjadi asbab rezeki yang lebih luas, kehidupan yang lebih bahagia dan rumah yang dipenuhi keberkatan serta ketenangan. 🏡🤲🏻
بارك الله لهم فيها
Semoga Allah memberkati pemilikan ini dan mengurniakan sebaik-baik manfaat buat seluruh keluarga.
Tahniah & Alhamdulillah.
Rezeki itu milik Allah, kita hanya berusaha dan bertawakal. 🤍