31/05/2022
𝟰 𝗖𝗢𝗟𝗢𝗥𝗦 𝗢𝗙 𝗠𝗢𝗡𝗘𝗬.
Pernah dengar tak tentang 4 colors of money? Saya selalu share dengan client, jangan takut dengar perkataan insuran atau takaful. Takaful ni hanyalah INSTRUMEN kewangan yang kita boleh guna untuk capai matlamat kewangan kita. Instrumen kewangan ni terbahagi kepada 4, kami panggil 4 colors of money.
✅ 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐁𝐀𝐍𝐊.
➡️ Kita buka akaun bank untuk simpan duit. Kalau tak, kena simpan bawah bantal, bawah tilam, senang 'hilang' atau susah nak ke sana ke mari. Pergi kedai nak shopping, duit yang dibawa tak cukup RM2. Allahu akbar. Kena balik ambik bawah bantal. Kan leceh tu. Jadi bank adalah instrumen untuk kita simpan bagi kegunaan harian.
➡️ Long term rugi, sebab tak ada dividen dan duit akan hilang nilai dengan inflasi 4-5% setiap tahun. Jadi, tak perlu simpan banyak dalam bank. Maksimum 3-6 bulan gaji saja.
✅ 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍.
➡️ Kalau kita nak belian yang besar macam rumah atau kereta, kita boleh guna instrumen pinjaman atau financing. Simple.
✅ 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍.
➡️ Fungsi instrumen ni untuk grow duit kita. Kata pakar kewangan, "Don't work for the money, make your money work for you". Ye la, sampai bila kita boleh bekerja kan? Bila kita dah sediakan simpanan kecemasan dan perlindungan yang cukup untuk gaji kita, maka lebihan duit tu boleh la dilaburkan.
➡️ Kalau kita gunakan instrumen pelaburan ni awal dengan masa yang panjang, kita dapat manfaat 'compounding interest'. Contoh, seorang yang melabur sikit-sikit secara konsisten dari umur 25 hingga 55, akan dapat hasil yang jauh lebih banyak berbanding dengan seorang yang mula melabur pada umur 50 hingga 60. Walaupun jumlah yang disimpan lebih besar. Seksa diri pun ye jugak.
✅ 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍.
➡️ Instrumen ni adalah untuk kita lindungi gaji kita. Tanpa gaji tak guna pun instrumen pertama, kedua atau ketiga, betul tak? Tak ada gaji, ape ke benda yang kita nak simpan atau labur. Tak ada gaji, simpanan dan pelaburan kita la yang terpaksa gantikan gaji untuk kita dan keluarga terus hidup.
Nampak tak kat situ? Dengan adanya instrumen takaful untuk lindungi gaji kita, maka akan tercapai matlamat kewangan kita iaitu nak simpan untuk education anak, nak melabur untuk hari tua, nak bayar rumah, nak bayar kereta, nak makan, nak melancong, nak tunaikan haji. Semualah! Sebab apa? Sebab gaji kita dijamin akan sentiasa ada oleh instrumen takaful. Nama manja dia ialah Income Protection.
Ok tak kalau kita boleh cakap pada family kita, "Whatever happens to me, you will be taken care of." Baru la sayang famili namanya.
Jadi, saya nak seru pada semua. Tanya financial advisor anda. Saya dah ada income protection ke belum? Kalau dah ada, cukup ke amaun tu untuk keluarga saya?
Semoga bermanfaat dan kepada Allah SWT saya memohon keampunan jika tersalah dalam menyampaikan.
Anda boleh dapatkan lebih banyak info dari kami. Tunggu apa lagi klik link dibawah 👇🏻👇🏻👇🏻 ni sekarang
https://linktr.ee/TyraAdnan
Jom like,share & follow page ini untuk dapatkan cerita & tips tips yang menarik lagi
Card