Rosli Takaful

Rosli Takaful Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rosli Takaful, Insurance Agent, Jalan ku, Klebang Besar.

JENIS BENCANA KEWANGAN WANITA. 1. Kematian Suami atau Ketua Keluarga. Mintak suami beli Takaful Perlindungan Pendapatan,...
24/06/2022

JENIS BENCANA KEWANGAN WANITA.

1. Kematian Suami atau Ketua Keluarga.

Mintak suami beli Takaful Perlindungan Pendapatan, jika suami meninggal isteri dapat pampasan 10 tahun pendapatan. Pujuklah dengan baik bermula sekarang.

2. Bercerai dan kehilangan kerja.

Ushakan beli sebuah rumah kecil sewaktu mula kerja, biar buruk pun tak mengapa. Jika apa berlaku kita ada pendapatan sewa atau jika dihalau suami durjana ada kediaman sendiri.

3. Masalah Kesihatan Ketua Keluarga.

Pastikan ada Takaful perlindungan atau jika mampu kad perubatan. Keutamaan adalah Takaful perlindungan dari kad perubatan jika kita bajet kecil.

4.Tiada Kebebasan Kewangan Peribadi.

Kawal hutang kita, jangan bina hutang lebih dari 40% gaji walau suami pujuk suruh beli kereta Honda Siti.

5. Suami Gilakan Wanita.

Bila dia nak goda, mesti kena tabur duit sini sana. Duit buat keluarga mesti susut punya.

Jom klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป untuk info lebih lanjut.

Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613
Jom share,like & follow page ini untuk dapatkan cerita & tips tips yang menarik lagi




Card


Hmm nak ambil takaful macam macam alasan. Tunggu kaya baru boleh ambil๐Ÿ™„ ala tak sakit/kemalangan lagi๐Ÿ˜Œ belum cukup duit ...
24/06/2022

Hmm nak ambil takaful macam macam alasan. Tunggu kaya baru boleh ambil๐Ÿ™„ ala tak sakit/kemalangan lagi๐Ÿ˜Œ belum cukup duit sebab kena bayar bulan bulan๐Ÿ˜…

Jadi fikir fikir kan lah jika berlaku sesuatu pada kita. Adakah kita mampu? Jika tidak jom klik link di bawah ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป untuk info lebih lanjut.

Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613Jom share,like & follow page ini untuk dapatkan cerita & tips tips yang menarik lagi.




Card


19/06/2022

Salam Takziah Diucapkan Kepada Keluarga.

KENAPA HIBAH? HIBAH? DAN HIBAH?****************************************Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan...
18/06/2022

KENAPA HIBAH? HIBAH? DAN HIBAH?
****************************************
Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Ini adalah berdasarkan kepada bukti-bukti al-Quran, sunah dan ijmak.
Ia dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
โ€œKemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.โ€ (Surah al-Nisaโ€™ ayat 4)
โ€œ... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang- orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta- minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.โ€ (Surah al-Baqarah ayat 177)
INDIVIDU, PASANGAN DAN GOLONGAN YANG PERLU HIBAH
โ€ข Individu yang membeli rumah
โ€ข Individu yang s**a travel
โ€ข Individu yang banyak hutang
โ€ข Individu iaitu pemilik syarikat
โ€ข Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan)
โ€ข Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
โ€ข Pasangan yang mempunyai anak angkat
โ€ข Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama
โ€ข Golongan yang berpoligami
โ€ข Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah
โ€ข Golongan yang lama membujang
โ€ข Golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan
โ€ข Pasangan yang mempunyai anak OKU
โ€ข Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
โ€ข Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji
โ€ข Ahli perniagaan/ keyman policy
โ€ข Golongan yang tidak mempunyai adik beradik
โ€ข Golongan yang tidak mempunyai ibu bapa yang masih hidup atau anda sebatang kara
Boleh dikategorikan semua orang yang baca status ini adalah orang yang PERLU ada hibah.

Jom!klik link dibawah ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป untuk dapatkan info lanjut dan quotation free๐Ÿ˜
Anda ingin kan insurans..
Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613

Jangan lupa share,like & follow page inu untuk dapatkan cerita & tips tips yang menarik lagi.




Card


Ramai suami yang tidak sedar, mereka membogelkan isteri sendiri sehingga menjadi papa kedana.Yang saya maksudkan dengan ...
16/06/2022

Ramai suami yang tidak sedar, mereka membogelkan isteri sendiri sehingga menjadi papa kedana.
Yang saya maksudkan dengan ayat di atas ialah, seorang isteri yang sebelum ini mempunyai segala-galanya menjadi tidak mempunyai apa-apa.
Sama ada dalam masa yang singkat, atau pun dalam jangka masa yang panjang. Sedikit, demi sedikit kepunyaan isteri diambil.
Kita bukan berbicara mengenai harta benda sahaja, tetapi dari segi keupayaan isteri untuk berdikari.
Sebelum berkahwin, si isteri ada kerjaya, ada kereta atau kenderaan sendiri, ada barang kemas dan duit simpanan. Lengkap hidup seorang wanita untuk meneruskan kehidupan seorang diri.
Sehinggalah dia bertemu dengan kekasih hati yang diharap dapat melengkapkan lagi perjalanan hidup dirinya di muka bumi ini.
"Sayang tak perlu kerja, Abang boleh sara hidup sayang. Duduk rumah je nanti jaga anak-anak kita".
Gelap mata sekejap si isteri membayangkan "impian" ramai wanita, menjadi isteri yang taat dan bermain dengan anak setiap hari waktu suami keluar mencari rezeki.
Senario itu terpancar di minda isteri yang menganggap "akhirnya, aku akan lalui saat indah ini".
Persetujuan diberi, isteri meletakkan jawatan. Satu pengorbanan dari si isteri dan ada yang terlupa, sebenarnya satu kehilangan punca pendapatan buat si isteri.
Kerja sudah berhenti, bagaimana nak bayar ansuran kereta? "Jualkan sahaja. Kalau bernasib baik, dapat duit lebih. Boleh bantu beli barang rumah", usul si suami.
Kereta itu pun dijual. Satu lagi pengorbanan isteri. Tetapi ramai yang terlupa, sebenarnya ini satu kehilangan di dalam keupayaan untuk berdikari.
Saban hari dan tahun, kehidupan menjadi susah. Bukan semua orang mampu membesarkan keluarga dengan 1 punca pendapatan. Ada yang terpaksa meminta bantuan isteri menjual dan menggadaikan barang kemasnya apabila simpanan peribadinya sudah habis.
Benar, keluarga itu tanggungjawab bersama. Ramailah yang mencanang ayat ini sambil berjalan ke pajak gadai. Tinggallah isteri menangis redha di rumah dengan tiada apa-apa lagi di badan serta akaun yang kosong tiada pendapatan.
Nafkah? Suami tak mampu. "Tak nampak ke yang abang kerja siang malam pagi petang nak cari duit untuk bagi kita makan? Nak nafkah apa lagi? Dah ada rumah, tak kebulur pun dah cukup bagus tau tak?"
Benar, isteri perlu beri keredhaan supaya berkat bantuan yang diberikan. Ramai isteri yang redha. Ramai juga yang redha sehingga bogel tiada apa lagi yang tinggal.
Yang suami tidak sedar, segala bantuan, pengorbanan itu sebenarnya dalam masa yang sama, membuatkan isteri secara individunya jatuh miskin papa kedana tanpa apa-apa. Yang tinggal hanyalah suami dan anak-anak jika ada.
Masalah timbul apabila suami meninggal dunia. Di waktu hidup pun sudah tidak punya apa-apa, apatah lagi apabila sudah tiada?
Si isteri hilang segala-galanya. Punca pendapatan tiada, kenderaan tiada, harta benda tiada. Kerjaya pun tiada. Nak mula bekerja, umur pun sudah lanjut dan tidak tahu apa kerja yang boleh dibuat kerana selama ini bergantung penuh kepada suami.
Bagaimana nak meneruskan kehidupan? Jika ada anak, bagaimana nak beri mereka makan? Nak tidur di mana?
Ditanya mengenai pewaris KWSP, ditempelak dituduh tak sabar nak suami mati.
Dicadangkan tukar penama dari ibu kepada isteri untuk waris rumah, dimarahi kerana gilakan harta.
Diusulkan supaya buat hibah, tidak diendahkan dan menggagap si isteri hanya fikir si suami mati sahaja.
Insurans nyawa? Tiada kesedaran langsung.
Apa sahaja isteri yang telah dibogelkan ini warisi? Hutang. Rumah yang masih hutang, kereta yang masih hutang, perabot yang masih hutang. Semua itu akan hilang dalam masa sebulan dua.
Itu situasi yang "tidak sedar". Bagaimana p**a dengan situasi yang sedar?
Ulangi semua situasi di atas, tetapi kesudahannya bukan kematian suami, tetapi penceraian atau suami berkahwin lagi.
Buat yang masih bertanggungjawab untuk memberi nafkah anak-anak, mungkin dapat membantu. Tetapi bagaimana dengan isteri yang telah tiada apa-apa ini? Hendak memulakan kehidupan baru di pertengahan usia atau setelah beberapa tahun kahwin sangatlah susah. Tiada harta benda, tiada kenderaan dan pekerjaan. Umpama kehidupan setelah butang reset ditekan.
Apabila tiada apa-apa yang tinggal, inilah yang saya maksudkan dengan isteri yang dibogelkan dan menjadi papa kedana.
Ada juga kes membela biawak hidup, tetapi tidak perlu saya huraikan di sini kerana semua sedia maklum apakah maksudnya. Yang menjadi mangsa tetap si isteri.
Tidak ketinggalan kes di mana suami membuat pinjaman atas nama isteri. Tak kiralah pinjaman kereta, rumah atau pinjaman peribadi. Apabila berpisah, apabila suami tiada, semuanya iateri yang menanggung.
Namun, tidak adil jika kita beri semua keadaan ini tanpa jalan penyelesaian. Ini kerana, dalam kehidupan ini, kita pasti akan diuji. Yang penting, kita perlu bersedia.
Bagaimana nak elakkan dari membogelkan isteri?
1. Waris KWSP letak nama isteri. Benar ia bukan hak mutlak isteri dan perlu melalui proses faraid selepas itu. Tetapi yang penting, proses itu menjadi tidak susah.
2. Waris penama pinjaman rumah LTAT dan yang seangkatan dengannya letaklah nama isteri dan bukannya nama ibu lagi. Ramai yang tidak ambil peduli bab ini dan apabila terjadi apa-apa pada suami, tempat tinggal pun isteri tiada.
3. Jangan sekat jika isteri mahu belajar kemahiran baru selepas berkahwin. Mungkin dia minat menjahit, minat memasak, minat berniaga, minat berniaga online. Ini semua skill dan kemahiran yang akan membantu dia apabila dia tinggal seorang nanti. Tidaklah hidup dia terkontang-kanting tidak tahu apa yang boleh dilakukan.
4. Buatlah hibah untuk isteri. Tak kira lah RM50k ke, RM100k ke atau lebih lagi. Sekarang hibah ini sudah semakin mudah untuk dibuat dan komitmen bulanan hanya RM 50 dan mungkin ada yang lebih rendah lagi. Nampak ratus ribu tu macam banyak, sebenarnya tidak. Menyara anak-anak seorang diri bukanlah mudah dan memerlukan wang ringgit yang banyak.
5. Berpada-pada apabila meminta bantuan. Jangan ambil jalan mudah apabila memerlukan sesuatu. Jangan jadikan isteri tempat untuk merealisasikan keinginan.
6. Sentiasalah ambil berat tentang nafkah isteri. Ini adalah wajib. Jangan p**a apabila nafkah sudah diberi, isteri p**a yang perlu membeli barang dapur dan lain-lain.
7. Perlu sentiasa ingat yang segala bantuan yang lebih dari yang sepatutnya si isteri beri, ialah satu benda yang perlu dibayar semula. Jangan pejamkan mata dan jangan anggap ianya habis begitu sahaja.
8. Jika si suami mahu isteri berhenti kerja, kena wujudkan sumber kewangan untuknya.
9. Segala harta peribadi isteri adalah hak mutlak isteri. Ianya tidak jatuh kepada suami secara automatik selepas berkahwin. Jangan ada tanggapan automatik ini.
10. Sayangi, kasihi dan layanlah isteri sebaik mungkin supaya isteri redha di atas segala pertolongan dan pengorbanan yang telah isteri lakukan.
Ingatlah yang tanggungjawab menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan itu ialah tanggungjawab suami. Berusahalah sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab itu sebelum mempersoalkan tanggungjawab isteri dalam membantu keluarga.
Semoga dapat membuka mata. Kongsikan jika anda rasa perkara ini penting.
Kepada yang menjaga isteri dengan baik dan mengambil berat kelangsungan hidup isteri apabila anda sudah tiada nanti, ambil penulisan ini sebagai tambahan informasi. Tidak perlu sentap dan marah kerana ianya tidak ditujukan kepada anda.
Kalau nak elakkan dari isteri tiada apa-apa nanti, buatlah hibah. Saya boleh bantu. Klik sahaja link dibawah ni๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Anda ingin kan insurans..
Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613

Jangan lupa share,like & follow page ini untuk dapatkan cerita dan tips tips yang menarik lagi.



Card


KISAH BENAR SI TAKAFUL๐Ÿ˜ŒMasa sihat, cakap dah ada takaful.Bila sakit, rupanya apapun takda.Masa sihat, dia cancel takaful...
14/06/2022

KISAH BENAR SI TAKAFUL๐Ÿ˜Œ

Masa sihat, cakap dah ada takaful.
Bila sakit, rupanya apapun takda.

Masa sihat, dia cancel takaful.
Bila sakit, terkial-kial nak aktifkan semula.

Masa sihat, cakap agent memaksa.
Bila sakit, dia p**ak merayu-rayu.

Masa sihat, dia sibuk takda masa nak jumpa.
Bila sakit, sekarang juga nak jumpa.

Masa sihat, dia cakap takda bajet untuk takaful.
Bila sakit, bayar seribu pun dia sanggup.

Kesimp**annya dekat sini, masa kita sihat, boleh buat kerja kita tak nampak dekat mana pentingnya takaful, tapi bila kita dah sakit nak buat kerja pun tak boleh, masa tu lah kita mula berfikir yang diperlukan masa sakit adalah takaful๐Ÿ˜Š

Tunggu apa lagi? Jom klik link dibawah ni๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Anda ingin kan insurans..
Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613


Card


Takaful adalah perancangan dan perlindungan kewangan yang sesuai dengan undang-undang Islam.Konsep takaful selalu diamal...
11/06/2022

Takaful adalah perancangan dan perlindungan kewangan yang sesuai dengan undang-undang Islam.
Konsep takaful selalu diamalkan dalam satu bentuk atau yang lain untuk sebahagian besar sejarah Islam. Kata Takaful berasal dari kata kerja Arab kafala, yang bermaksud menjaga keperluan seseorang.
Sekiranya anda mengambil sijil takaful, wang atau derma anda digabungkan dengan yang lain, dan diuruskan bagi pihak anda oleh pengendali takaful.
Kerugian dibahagi dan liabiliti disebarkan. Sekiranya seseorang mengalami kerugian yang dilindungi, pembayaran faedah takaful akan ditanggung oleh kump**an dana bersama - yang dikenali sebagai 'tabarru' dana '.
Jadi sebenarnya Takaful adalah koperasi untuk anggota masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, pembahagian risiko dan persaudaraan.

Nak saya bantu? Boleh klik link dibawah ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Anda ingin kan insurans..
Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613



Card


๐Ÿญ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ ๐—™๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ -๐ŸŒปPelan kad perubatan sahaja untuk diri sendiri atau satu keluarga. ๐Ÿฎ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—œ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ -๐ŸŒปPelan men...
10/06/2022

๐Ÿญ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ ๐—™๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ -
๐ŸŒปPelan kad perubatan sahaja untuk diri sendiri atau satu keluarga.
๐Ÿฎ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—œ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ -
๐ŸŒปPelan menyeluruh merangkumi pampasan, hibah dan kad perubatan.
๐Ÿฏ) ๐—”- ๐—˜๐—ป๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ๐—ต ๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ-๐—ถ (๐—”๐—˜๐—š๐—ถ)
๐ŸŒปPelan simpanan berasaskan Takaful. Guaranteed cash pay-out every 2 years & setiap tahun mengikut jumlah tahun caruman.
๐Ÿฐ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—–๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฏ๐Ÿฒ๐Ÿฌ-๐—ถ (๐—”๐—Ÿ๐—–๐—ถ)
๐ŸŒปPelan menyeluruh penyakit kanser. Perlindungan sehingga 200%.
๐Ÿฑ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ -
๐ŸŒปPelan pampasan yang amat tinggi serendah RM350K dan ke atas. Pelan hibah + Investment terbaik.
๐Ÿฒ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฑ๐˜† ๐Ÿฏ๐Ÿฒ๐Ÿฌ-๐—ถ -
๐ŸŒปPelan perlindungan khas untuk wanita dan ibu-ibu.
๐Ÿณ) ๐—”-๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—™๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ -
๐ŸŒปPerlindungan asas mampu milik untuk diri sendiri atau pasangan.
Kalau korang tengah mencari polisi takaful.

Nak saya bantu terangkan pelan pelan yang ada dia AIA? atau pelan yang anda berminat?Boleh klik link dibawah ni๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Anda ingin kan insurans..
Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613


Card


Apa itu Takaful?Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syar...
09/06/2022

Apa itu Takaful?
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah.
Saling membantu di mana wang yang anda sumbang setiap bulan akan dimasukkan ke dalam satu tabung dan akan digunakan apabila kita atau peserta yang lain memerlukan wang tersebut.
Secara tidak langsung juga kita telah menderma dan In Syaa Allah dapat ganjaran pahala.

Nak tahu banyak lagi tentang takaful? Jom klik link dibawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป ni
Anda ingin kan insurans..
Klik link ini..
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri
https://linktr.ee/RosliChokarri

https://wa.me/+60136343613

Jom share,like & follow page ini untuk dapatkan cerita & tips tips yang menarik lagi




Card


Address

Jalan Ku
Klebang Besar
75200

Telephone

+60136343613

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rosli Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share