16/03/2023
BUAH PINGGANG
'Doktor, kencing saya berbuih buih. Makin teruk la, doc. Awal awal tu kalau kena air bila cuci tu dia akan hilang tapi sekarang dah semakin pekat. Tapi yang saya datang hari ni sebab kaki saya dah membengkak takmau surutโ
Saya terus buat pemeriksaan asas dan menulis surat rujukan kepada pakar untuk rawatan lanjut.
Selepas 2 minggu, dia datang semula dan beritahu saya buah pinggan dia sudah rosak sebelah.
Dia masih muda, belum 30 tahun lagi.
Wajah dia sugul sahaja mengenangkan nasib diri dengan anak anak yang masih kecil dan diri s**ar untuk berkerja dengan ujian sakit begitu.
Tapi selepas saya terangkan yang apa apa sakit pun, perkara yang paling penting adalah semangat dan usaha, yang Allah tak bagi sesuatu ujian dengan sia sia tanpa hikmah dihujungnya, Alhamdulillah dia boleh menerima.
Selepas beberapa ketika, dia datang semula ke klinik dengan wajah bercahaya.
โDoktor, terima kasih sebab bagi saya semangat. Terima kasih sebab rujuk saya kepada pakar. Saya dah faham penyakit saya dan saya akan kuat untuk anak isteri sayaโ
Ya, dia seorang lelaki.
Kali kedua dia datang, dia menangis.
Kali ini dia datang, Alhamdulillah dia boleh tersenyum dah.
Dia mengaku yang dia pernah ambil supplement semasa dia mahu membina badan bertahun dulu. Mahu jadi sado.
Belum cerita supplement untuk pelbagai โkekuatan kehebatanโ lagi.
โBiasalah kawan kawan offer. Biasalah jiran pakcik makcik sedara mara kata okโ
Yada yada yada.
Akhirnya, dia yang merana.
Begitulah bahayanya kata kata.
Bukan sahaja boleh menghiris, boleh juga membinasakan kita jika terlampau percaya.
โKalau saya tak dapat buat kerja macam sekarang pun tak apa, saya akan cuba secara online asalkan rezeki tu halal dan tak susahkan sesiapaโ Seronok dengar semangat dia.
Dan saya s**a bila saya dapat belajar:
โJika kita rasa kita susah, ada yang lebih hebat diujiโ
Nota kaki:
Tanda tanda buah pinggang ada masalah adalah air kencing menjadi kurang walau minum banyak cuaca sejuk, bahagian bawah badan terutama kaki menjadi bengkak, air kencing berbuih buih, rentak jantung tidak sekata, mudah letih, kulit menjadi kering, loya dan ada juga yang sesak nafas. Jika ada, pergilah periksa ya๐ค๐ป
Credit to:
Dr. Erna Nadia