16/08/2026
Salah satu pelaburan paling kontroversi Tabung Haji: Pelaburan FGV rugi RM1.1 bilion, akhirnya diselamatkan kerajaan melalui UJSB
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) mendedahkan beberapa kes pelaburan yang menjadi perhatian. Antaranya ialah pelaburan dalam FGV Holdings (FGV) yang mencatatkan kerugian lebih RM1 bilion.
Pada Mei 2012, FGV melancarkan IPO yang mendapat perhatian ramai. Tabung Haji diluluskan untuk membeli 276 juta saham FGV pada harga RM4.65 sesaham.
Pada Jun 2012, TH menambah pegangan dengan membeli lagi 273.58 juta saham pada harga RM4.55 sesaham.
Secara keseluruhan, TH melabur sekitar RM1.25 bilion dalam FGV, dengan kos purata termasuk kos transaksi sekitar RM4.58 sesaham.
Selepas FGV disenaraikan, TH menjadi salah satu pemegang saham utama dengan pegangan sekitar 7.5%.
Pada Jun hingga Julai 2012, TH menjual sebahagian saham FGV di pasaran terbuka pada harga purata RM5.38 sesaham, mencatat keuntungan sekitar RM11.7 juta.
Namun selepas itu, TH membeli semula kira-kira 232 juta saham FGV pada harga purata RM5.01 sesaham.
Kemudian harga saham FGV terus jatuh sehingga sekitar 88.5 sen, menyebabkan pegangan TH mengalami kerugian terapung kira-kira RM1.06 bilion.
Persoalan yang timbul ialah, ketika harga saham terus merosot, mengapa TH masih memegang saham tersebut dan tidak mengambil langkah mengurangkan kerugian?
Akhirnya, kerajaan melalui syarikat khas Kementerian Kewangan, UJSB, mengambil alih saham FGV milik TH pada harga RM4.62 sesaham.
UJSB membayar sekitar RM1.31 bilion untuk mengambil alih kira-kira 283.71 juta saham FGV, walaupun harga pasaran ketika itu telah jatuh jauh lebih rendah.
Sekiranya tiada pengambilalihan tersebut, kerugian TH daripada pelaburan FGV sahaja dianggarkan mencecah hampir RM1.1 bilion.
Isu ini menimbulkan perdebatan kerana kerugian pelaburan akhirnya perlu ditanggung melalui dana kerajaan, yang secara tidak langsung melibatkan wang rakyat.
Kalau anda baru nak mula dalam pelaburan saham atau emas, dialu-alukan join komuniti percuma kami 🇲🇾📈
Dalam komuniti ni, kami akan share update market, peluang saham & emas, watchlist terbaru serta cara buat analisis dengan lebih mudah untuk bantu anda bina strategi pelaburan sendiri.
https://linktr.ee/Malaysia_Investment_Insights
Klik link untuk join Facebook & WhatsApp Community kami dan sertai kelas percuma.
Sebelum kelas bermula, kami akan kenal dulu pengalaman pelaburan anda supaya perkongsian selepas ni lebih sesuai dengan keperluan anda.