Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

  • Home
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Laman ini merupakan Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Alam perkahwinan bukan sekadar tentang meraikan hari bahagia, tetapi tentang membina kehidupan bersama. Setiap keputusan...
13/05/2026

Alam perkahwinan bukan sekadar tentang meraikan hari bahagia, tetapi tentang membina kehidupan bersama. Setiap keputusan memerlukan kata sepakat, daripada pilihan warna langsir dan menu hidangan, hinggalah kepada perkara yang lebih besar seperti perancangan kewangan.
Kerana di sebalik setiap impian masa hadapan, asasnya bermula dengan perancangan yang teliti hari ini.

Dengan pengurusan kewangan yang bijak dan persefahaman yang kukuh, setiap pasangan mampu melangkah dengan lebih yakin ke arah masa hadapan yang lebih baik.

-----------------

Marriage is more than celebrating a special day. It is about building a future together. Every decision requires teamwork, from choosing curtain colours and deciding on what to eat for dinner to navigating bigger priorities such as financial planning.

Every dream for the future begins with thoughtful planning today.

With wise financial planning and strong mutual understanding, couples can move forward with greater confidence towards a better future.

KWSP mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan ahli, termasuk pengenalan kemudahan i-...
11/05/2026

KWSP mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan ahli, termasuk pengenalan kemudahan i-Legasi, penjenamaan semula kaedah bayaran bulanan bagi Pengeluaran Umur 55/60 Tahun sebagai i-Emas, dan pelancaran Kalkulator Matlamat Persaraan melalui platform digitalnya.

Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KWSP dalam menyokong ahli untuk mengumpul simpanan, mengurus dan memastikan kelangsungan pendapatan persaraan, serta memperkukuh jaminan kewangan merentas generasi.

Baca kenyataan media penuh di (https://www.kwsp.gov.my/ms/w/senarai-berita/kwsp-perkenalkan-i-legasi-i-emas-dan-kalkulator-matlamat-persaraan)

--------------

As part of ongoing efforts to enhance members’ retirement readiness, the EPF announced new enhancements including the introduction of the i-Legasi facility, the rebranding of the monthly payment method under the Age 55/60 Withdrawal as i-Emas, and the roll out of the Retirement Goal Calculator as part of its digital tools.

These improvements and initiatives reflect EPF’s continued commitment to supporting members in accumulating savings, managing and sustaining retirement income, and extending financial security across generations.

Read the full media statement here (https://www.kwsp.gov.my/en/w/list-news/epf-introduces-i-legasi-i-emas-and-retirement-goal-calculator)

Selamat Hari Ibu❤️Istimewa untuk para ibu yang menjadi tulang belakang keluarga.Melalui i-Sayang, suami yang layak boleh...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu❤️

Istimewa untuk para ibu yang menjadi tulang belakang keluarga.

Melalui i-Sayang, suami yang layak boleh memindahkan 2% daripada caruman syer pekerja ke akaun KWSP isteri secara automatik untuk membantu memperkukuh simpanan persaraan mereka.

Layari laman web rasmi KWSP untuk maklumat lanjut mengenai i-Sayang.

Tertakluk pada syarat kelayakan.

-----------------

Happy Mother’s Day❤️

Dedicated to mothers who are always the backbone of the family.

With i-Sayang, eligible husbands can automatically transfer 2% of their employee contribution to their wife’s EPF account to help strengthen their retirement savings.

Visit the official EPF website to learn more about i-Sayang.

Subject to eligibility criteria.

08/05/2026

Apa yang anda lihat, belum tentu benar. Dalam dunia digital hari ini, bukan semua yang kelihatan meyakinkan itu sahih. Suara boleh ditiru, visual boleh dimanipulasi dan kepercayaan boleh dieksploitasi. Jangan mudah terpedaya dengan apa yang anda nampak. Semak dahulu sebelum mempercayainya.

Kerana satu keputusan yang tergesa-gesa boleh membawa kepada risiko yang besar.

--------------

What you see may not always be real. In today’s digital world, not everything that looks convincing is genuine. Voices can be imitated, visuals can be manipulated, and trust can be taken advantage of. Do not believe everything at first glance. Take a moment to verify before making a decision.

A small pause today can help protect you from significant consequences tomorrow.

⚠️Awas penipuan iklan jawatan kosong!Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang menggunakan nama dan logo KWSP, terutamany...
04/05/2026

⚠️Awas penipuan iklan jawatan kosong!

Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang menggunakan nama dan logo KWSP, terutamanya yang diterima melalui WhatsApp atau media sosial.

Sentiasa semak kesahihan iklan melalui saluran rasmi KWSP untuk melindungi diri anda daripada penipuan dan penyalahgunaan data.

--------------

⚠️Beware of fake job vacancy advertisements!

Don’t be easily misled by advertisements using the EPF name and logo, especially those received via WhatsApp or social media.

Always verify the authenticity of advertisements through EPF’s official channels to protect yourself from scams and data misuse.

01/05/2026

Mohd Hazman Bin Mansor telah berkhidmat bersama KWSP selama 28 tahun. Sehingga hari ini, beliau terus berpegang kepada nilai-nilai murni dalam setiap amanah yang digalas.

Di KWSP, kami percaya setiap usaha yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab hari ini mampu membantu ahli membina masa hadapan yang lebih baik.

Bagi kami, ini bukan sekadar pekerjaan, tetapi satu amanah untuk memastikan kesejahteraan persaraan rakyat Malaysia.

Selamat Hari Pekerja 2026.

--------------

Mohd Hazman Bin Mansor has served with EPF for 28 years. To this day, he remains guided by strong values in carrying out every responsibility entrusted to him.

At EPF, we believe that every step taken with dedication today helps our members build a better future. To us, it’s more than the work we do; it is a responsibility to ensure a more secure retirement future for Malaysia.

Happy Labour Day 2026.

Di sebalik setiap usaha dan pengorbanan, tersimpan harapan untuk hari esok yang lebih cerah.Setiap usaha hari ini memben...
01/05/2026

Di sebalik setiap usaha dan pengorbanan, tersimpan harapan untuk hari esok yang lebih cerah.

Setiap usaha hari ini membentuk masa hadapan untuk diri dan insan tersayang.

Selamat Hari Pekerja daripada warga KWSP.

--------------

Behind every effort and sacrifice lies a hope for a better tomorrow.

We appreciate your dedication in building a more secure future for yourself and your loved ones.

Happy Labour Day from all of us at EPF.

29/04/2026

Masa membolehkan simpanan anda berkembang.
Manakala konsistensi menjadikannya berganda.

Itulah kuasa faedah kompaun. Langkah kecil hari ini boleh memberikan impak yang besar pada masa hadapan ✨

--------------

Time allows your savings to grow.
Consistency is what makes it multiply.

That’s the power of compounding, small steps today can become something bigger tomorrow ✨

Hampir semua scammer menggunakan skrip yang sama untuk memperdayakan mangsa.Berwaspada jika anda menerima mesej seperti ...
17/04/2026

Hampir semua scammer menggunakan skrip yang sama untuk memperdayakan mangsa.

Berwaspada jika anda menerima mesej seperti ini:

❌ Mesej yang mendesak anda untuk bertindak segera.
❌ Tawaran bantuan yang tidak diminta.
❌ Permintaan bayaran untuk “mempercepatkan proses”.

Kalau nampak tanda-tanda seperti ini, berhenti sebentar dan semak dahulu.

Pastikan anda rujuk laman web dan media sosial rasmi KWSP untuk maklumat yang sahih.

--------------

Scammers often use the same tactics to catch people off guard.

Stay cautious if you receive messages that:

❌ Urge you to act immediately.
❌ Offer unsolicited assistance.
❌ Request for a payment to “expedite” the process.

If you notice these red flags, pause and verify before taking any action.

For accurate information, refer to EPF’s official website and social media channels.

30/03/2026

Membuat bajet nampak mudah.
Mengikutinya? Lain ceritanya.

50% keperluan. 30% kehendak. 20% simpanan.
Bagaimana wang anda dibahagikan?

-----------------

Budgeting sounds easy.
But following it? It's a different story.

50% needs. 30% wants. 20% savings.
How do you divide yours?

30/03/2026

Sudah semak simpanan persaraan mengikut umur semasa anda?

Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) boleh membantu anda rancang dengan lebih teratur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KWSP.

-----------------

Are your retirement savings on track for your age?

Retirement Adequacy Income Framework (RIA) can help you plan your retirement better.

For further details, please visit the official EPF website.

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60389226000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Wang Simpanan Pekerja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Finance Company?

Share