Permodalan Darul Ta'zim

  • Home
  • Permodalan Darul Ta'zim
Call Directions Website Contact the business

Permodalan Darul Ta'zim A Johor State Government investment arm and equity holding company. Company No. : 199401041837 (327525-V)
(1)

  | Kursus "Brand2Market"
18/09/2026

| Kursus "Brand2Market"

Sertai Kursus "Brand2Market"

Terbuka kepada usahawan atau individu yang ingin mengetahui aspek pasaran dan jenama

Tarikh : 22 September 2026 (Selasa)
Masa : 09.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Bestari, PUJB, Iskandar Puteri

Modul bimbingan : -
• Memperkasa minda dan sikap usahawan peserta sebelum mereka membina sebarang strategi jenama atau pemasaran.

• Membimbing peserta membina penjenamaan diri usahawan yang jelas, tulen dan konsisten.

• Membimbing peserta membina penjenamaan produk dan perniagaan yang berbeza dan mudah diingati.

• Membekalkan peserta asas marketability supaya jenama diri dan perniagaan mereka benar-benar boleh dipasarkan kepada khalayak sasaran

Sahkan penyertaan di https://catalog.billplz.com/AmazingPUJB/link/2209 atau scan QR Code di poster

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 16 September merupakan tarikh bersejarah yang memperingati penubuhan Malaysia melal...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

16 September merupakan tarikh bersejarah yang memperingati penubuhan Malaysia melalui penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat dan harmoni.

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan rasa cinta terhadap negara terus dipupuk dalam kalangan rakyat demi memastikan Malaysia kekal aman, maju dan sejahtera.

…..

HAPPY MALAYSIA DAY 2026

16 September is a historic date that commemorates the establishment of Malaysia through the unification of Malaya, Sabah and Sarawak to form a sovereign and harmonious nation.

May the spirit of unity, harmony and love for the country continue to be nurtured among the people to ensure that Malaysia remains peaceful, developed and prosperous.

Sekalung Tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd.A...
07/09/2026

Sekalung Tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Narendran Maniam, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

Atas Pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran “Datuk”.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos 2026.

….

Heartiest Congratulations to Yang Berbahagia Datuk Narendran Maniam, Chief Executive Officer of Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

On the Conferment of the Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.), which carries the title “Datuk.”

In conjunction with the 77th Birthday Celebration of His Excellency the Yang di-Pertua Negeri of Melaka on 26 August 2026.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) Kali Ke-37 (Bil. 1/2026) telah berlangsung dan dipengerusikan o...
03/09/2026

Mesyuarat Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) Kali Ke-37 (Bil. 1/2026) telah berlangsung dan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, bertempat di Pejabat Pengurusan PDT.

Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan bertajuk “Honouring the Past, Inspiring the Future: Menelusuri Legasi, Mencipta Inspirasi” oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PDT, Dato’ Ramlee A. Rahman.

Mesyuarat turut membentangkan pelaporan dan pengesahan pencapaian PDT sepanjang tempoh kepimpinan Dato’ Ramlee A. Rahman dari tahun 2021 hingga 2026, yang merangkumi pelbagai pencapaian dan perkembangan penting dalam memperkukuh kedudukan serta hala tuju PDT.

Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan sesi penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada Dato’ Ramlee A. Rahman sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan, dedikasi dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui PDT.

Penghargaan ini mencerminkan apresiasi terhadap komitmen beliau dalam memacu kemajuan PDT serta meninggalkan legasi yang akan terus menjadi landasan dalam meneruskan aspirasi dan hala tuju PDT pada masa hadapan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato' Mohd Noorazam Dato’ Osman; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, YB Tuan Lee Ting Han.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi, YBhg Datuk Dr. Zunika Mohamed; Pengerusi Governance, Risk & Audit Committee (GRAC) PDT, Dato’ Ishak Sahari; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Haji Ahmad Nazir Mohd Nasir dan Presiden & Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato' Ramlee A Rahman serta barisan pengurusan kanan PDT.

….

The 37th Meeting of the Board of Directors of Permodalan Darul Ta’zim (PDT) (No. 1/2026) was held and chaired by the Menteri Besar of Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi at the PDT Management Office.

Among the key agenda was a presentation entitled “Honouring the Past, Inspiring the Future: Menelusuri Legasi, Mencipta Inspirasi” by the President & Group Chief Executive of PDT, Dato’ Ramlee A. Rahman.

The meeting also included the presentation of PDT’s achievements throughout Dato’ Ramlee A. Rahman’s tenure from 2021 to 2026, including various significant achievements and developments in strengthening PDT’s position and direction.

The meeting was subsequently followed by the presentation of certificate and plaque to Dato’ Ramlee A. Rahman as a token of appreciation for his invaluable service, contributions, dedication and leadership throughout his tenure at PDT.

This recognition reflects his commitment in driving PDT’s progress and leaving a lasting legacy that will continue to serve as a foundation for pursuing PDT’s aspirations and direction in the future.

In attendance were the Johor State Secretary, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir; Johor State Financial Officer, YB Dato’ Mohd Noorazam Dato’ Osman; Chairman of the Johor State Housing and Local Government Committee, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor and Chairman of the Investment, Trade, Consumer Affairs and Human Resources Committee, YB Tuan Lee Ting Han.

Also present were the Deputy Secretary-General (Policy) of the Ministry of Economy, YBhg Datuk Dr. Zunika Mohamed; Chairman of PDT’s Governance, Risk & Audit Committee (GRAC), Dato’ Ishak Sahari; Deputy Johor State Secretary (Development), Haji Ahmad Nazir Mohd Nasir and President & Group Chief Executive of PDT, YB Dato’ Ramlee A. Rahman, together with the PDT senior management team.

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara terus disemarakkan menerusi penyertaan warga PDT dalam Majlis Sambutan ...
01/09/2026

Semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara terus disemarakkan menerusi penyertaan warga PDT dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Daerah Johor Bahru Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada pagi semalam.

Bersama-sama 49 kontinjen yang terdiri daripada badan beruniform, jabatan kerajaan, agensi swasta, institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan (NGO), kontinjen PDT turut menyertai perbarisan Hari Kebangsan bagi memeriahkan lagi sambutan pada hari tersebut.

Penyertaan ini merupakan tahun kelima berturut-turut sejak 2022, mencerminkan komitmen warga PDT untuk terus menghayati nilai patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

PDT turut berjaya meraih Tempat Kedua bagi kategori Sepanduk Terbaik – Badan Berkanun/Swasta/Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kejayaan ini menjadi simbol semangat berpasukan dan kesungguhan warga PDT dalam menjayakan sambutan penuh bermakna ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor yang mewakili Menteri Besar Johor.

…

The spirit of patriotism and love for the nation continues to be fostered through the participation of PDT employees in the 69th National Day Celebration Ceremony for Johor Bahru District 2026, held at Dataran Bandaraya Johor Bahru yesterday morning.

Together with 49 contingents including uniformed bodies, government departments, private agencies, educational institutions and non-governmental organisations (NGOs), the PDT contingent also took part in the National Day parade to enliven the celebration that day.

This participation marks the fifth consecutive year since 2022, reflecting the commitment of PDT employees to continue embracing the values of patriotism, unity and harmony within the community.

PDT also successfully secured Second Place in the Best Banner category – Statutory Bodies/Private Sector/Non-Governmental Organisations (NGOs). This achievement serves as a symbol of teamwork and the dedication of PDT staff in making this meaningful celebration a success.

The ceremony was officiated by Chairman of the Johor State Housing and Local Government Committee, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, who represented the Menteri Besar of Johor.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69!Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat cint...
31/08/2026

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69!

Ayuh kita bersama-sama memupuk semangat cintakan negara, mempererat perpaduan dan terus berganding bahu demi Malaysia tercinta.

….

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Happy 69th National Day, Malaysia!

Let’s continue to nurture the spirit of patriotism, strengthen unity and move forward together for our beloved Malaysia.

’zim

Salam Maulidur Rasul 1448HMarilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, mencontohi akhlak mulia serta menyemai kasih ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, mencontohi akhlak mulia serta menyemai kasih sayang dan perpaduan berteraskan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa keberkatan, kedamaian dan memperkukuhkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW.

….

Salam Maulidur Rasul 1448H

Let's appreciate the sacrifices, follow the noble character and encourage love and unity rooted in the Sunnah of our beloved Prophet Muhammad PBUH.

May this year’s Maulidur Rasul celebration bring blessings, peace and further strengthen our love for Prophet Muhammad PBUH.

  | 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 : 𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇, 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐎𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍
24/08/2026

| 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 : 𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇, 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐎𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 : 𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐁𝐀𝐇𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇, 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐎𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍

𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗶𝗻𝗶 :
☘️ Memilih kaedah yang tepat bagi mengatasi tanah bermasalah dan teknologi penambahbaikan tanah yang moden.
☘️ Prinsip reka bentuk, kestabilan, system saliran, pembinaan dan penyelanggaran berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik.
☘️ Isu ketidakpatuhan dalam projek jalan & cerun, punca, implikasi dan amalan terbaik bagi memastikan projek yang selamat, berkualiti dan mampan.

🗓️ 8 September 2026 (Selasa)
💰 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 (𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝟑𝟎 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐋)
🔊 10 Mata CCD
🔖 Sijil Kursus Diberikan
📍 HOTEL IMPIANA

𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗶𝗻𝗶❓

Kumpulan Sasaran
🚧Pemilik/Pengarah/Staf Syarikat
🚧Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Gred G1 hingga G7

𝗝𝗼𝗺 𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 ‼️‼️

TEKAN LINK UNTUK MENDAFTAR
PENDAFTARAN MELALUI GOOGLE FORM

https://forms.gle/w6WHAfKqUVDF1HNQ7
Sebarang pertanyaan hubungi kami di 07-596 4011/4012
Atau boleh WhatsApp https://wa.link/wcc3hs
Email : [email protected]

  | BizTalk Preneur!
20/08/2026

| BizTalk Preneur!

Sertai BizTalk@Preneur
Terbuka kepada usahawan atau individu yang ingin mengetahui berkenaan kisah inspirasi usahawan
Kisah Usahawan : Inspirasi Kita
Yana Samsudin (Moderator)
Fazley Yaakob (Pengasas Restoran Sukasucre)
Wak Gondan (Pengasas Nasi Baryani Wak Gondan)
Muhammad Adam (AI Content Strategist)
Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat: Dewan MPC, Bandar Baru UDA, Johor Bahru
Sahkan penyertaan di https://catalog.billplz.com/AmazingPUJB/link/2708 atau scan QR Code di poster

19/08/2026

Address

No. 44, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda

81200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6072396567

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permodalan Darul Ta'zim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Permodalan Darul Ta'zim:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed finance company?

Share