Acme Ventures

  • Home
  • Acme Ventures
Directions

Acme Ventures Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Acme Ventures, Investing Service, .

[TRADE CHECKLIST]Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan (membeli atau menjual saham), penting untuk anda menyemak ...
09/08/2023

[TRADE CHECKLIST]
Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan (membeli atau menjual saham), penting untuk anda menyemak semula Trade Checklist, untuk memastikan anda tidak terlepas pandang perkara yang penting.
Merujuk kepada Trade Checklist sebelum membeli dan menjual sesuatu saham bagus dalam mengurangkan risiko kesilapan dalam membuat keputusan pelaburan, selain dapat membantu trader membuat keputusan pelaburan dengan lebih objektif.
Buatlah keputusan pelaburan ketika anda berada dalam emosi yang stabil. Membeli hanya ketika anda sendiri nampak peluang yang baik muncul. Jangan membeli jika anda sendiri tidak faham kenapa anda perlu melabur dalam sesuatu saham tersebut!

"Sebanyak RM 23 juta daripada dana yang diraih akan digunakan untuk perbelanjaan modal"Kita selalu dengar tentang perbel...
08/08/2023

"Sebanyak RM 23 juta daripada dana yang diraih akan digunakan untuk perbelanjaan modal"
Kita selalu dengar tentang perbelanjaan modal (capital expenditure, CAPEX) tapi tak tahu apa CAPEX itu?

Dagangan saham (juga dikenali sebagai urusan saham) adalah salah satu cara yang paling biasa dan mudah untuk menyelami p...
07/08/2023

Dagangan saham (juga dikenali sebagai urusan saham) adalah salah satu cara yang paling biasa dan mudah untuk menyelami pasaran kewangan. Ia membayangkan membeli beberapa saham syarikat awam yang anda percaya akan berprestasi baik dalam unjuran jangka panjang. Mari pertimbangkan untuk melabur dari segi hartanah yang digunakan untuk menggambarkan keanehan CF.

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐮𝐚𝐧/𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚.
05/08/2023

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐮𝐚𝐧/𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚.

4 Kesilapan Besar Pelabur Buat Ketika Market Crash1. Jual Saham Secara PanikMemang tak keruan jika portfolio kita yang s...
04/08/2023

4 Kesilapan Besar Pelabur Buat Ketika Market Crash

1. Jual Saham Secara Panik
Memang tak keruan jika portfolio kita yang selama ini hijau dua atau tiga angka menguncup kepada satu angka sahaja. Lebih berdegup jantung pelabur berdebar bila kita lihat portfolio pelaburan kita berdarah.
Maka datanglah ilham dalam ketakutan untuk menjual semua saham yang ada tanpa berfikir panjang.

2. Simpan Tunai Semata
Kata seorang ahli politik negara kita ‘Cash is King! Cash is rakyat!’. Tetapi menjual semua saham dan simpan tunai semata-mata ketika pasaran saham jatuh merupakan tindakan yang kurang tepat sebenarnya. Melainkan anda sangat memerlukan.
Sebab apa? Biasanya kegawatan ekonomi dunia ini dilengkapi dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak. Dengan memiliki tunai semata akan menyebabkan nilai duit anda dikikis inflasi.
Sebaliknya jika anda memiliki saham yang bagus tetapi saham tersebut mengalami kejatuhan harga, anda boleh mempertimbangkan untuk melakukan teknik ‘Dollar Cost Averaging”.

3. Sambut Pisau Yang Sedang Jatuh
Dalam pelaburan saham ini ramai juga pelabur yang merasakan mereka lebih bijak dan pandai daripada orang lain dalam pelaburan yang mereka lakukan. Ketika pasaran sedang jatuh ini, tidak dinafikan bahawa peluang membeli saham lebih murah itu wujud, tetapi pelabur perlu bertindak dengan rational.
Kesilapan yang terbesar adalah apabila pelabur cuba untuk ‘sambut pisau yang jatuh’ dan akhirnya mencederakan portfolio pelaburan sendiri.
Sebaiknya dapatkan nasihat pelaburan daripada mereka yang berpengalaman dan bertindak lebih rational ketika melabur. Ingat peluang dalam pelaburan saham ini sentiasa ada!

4. Lupa Nak Rebalance Portfolio Pelaburan
Dapatkan nasihat pakar dan nilai penulisan panganalisa pasaran dengan keadaan pasaran semasa pasaran saham.
Pembaca perlu faham bahawa pasaran saham ini bergerak mengikut kitaran. Ianya tidak selamanya diatas dan ianya juga tidak sela

Konsep Rezeki dan Dunia SahamMatlamat utama kita melabur dalam saham adalah untuk    .Dalam kita belajar, improve ilmu d...
03/08/2023

Konsep Rezeki dan Dunia Saham
Matlamat utama kita melabur dalam saham adalah untuk .
Dalam kita belajar, improve ilmu dan berhati2. Dah namanya traders mesti situasi seperti ini pernah terjadi:
💰Aduiiiii rugi tak masuk tadi, pegi
💰Ish, rugi tak jual tadi tak pasal2 rugi
💰Alahai, ruginya aku jual awal, dia sambung rally
💰Ish, menyesal aku beli, tak menjadi p**ak
💰Aiseh, aku beli ni, kaunter lain p**ak naik.
Semua ayat diatas biasa disebut oleh pelabur tak terlepas diri saya 😅. Kalau sekadar sebut je untuk melepaskan tekanan, it’s quite okay sebenarnya..tapi kalau sehingga menggangu emosi tu yang salah. Kesannya, kita tidak akan rasional dengan trading kita selepas itu dan lagi banyak loss.

Bearish Reversal Candlestick PatternsTerdapat 2 jenis Reversal Candlestick Patterns iaitu:1. Bullish Reversal Candlestic...
02/08/2023

Bearish Reversal Candlestick Patterns

Terdapat 2 jenis Reversal Candlestick Patterns iaitu:
1. Bullish Reversal Candlestick Patterns
2. Bearish Reversal Candlestick Patterns

⚡ Kali ini fokus akan diberikan kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns p**a.

⚡ Kebiasaannya para pelabur/pedagang mempunyai masalah dalam membuat keputusan untuk menjual pegangan saham berbanding membeli.

⚡ Ini kerana, mereka agak keliru dalam membezakan samada saham yang dipegang sedang membuat pullback (berehat sementara sebelum membuat kenaikan semula) atau saham tersebut sebenarnya sudah menunjukkan sell signal.

⚡ Jadi, salah satu cara yang boleh digunakan oleh pelabur/pedagang untu mengenalpasti adakah perubahan trend bakal berlaku kepada saham yang sedang dipegang ialah dengan melihat kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns.

▪ Bearish Reversal Candlestick Patterns ini mestilah berlaku di uptrend (berlaku di atas, biasanya ketika harga berada di puncak).

▪ Kemunculan Bearish Reversal Candlestick Patterns ini memberi petunjuk awal yang harga saham akan membuat penurunan dan perubahan trend akan berlaku (daripada uptrend ke sideways/downtrend)

▪ Jika Bearish Reversal Candlestick Patterns ini muncul, pelabur/pedagang boleh memantau portfolio dengan lebih ketat, untuk mencari exit point terbaik supaya dapat mengoptimumkan keuntungan.

▪ Pelabur/pedagang boleh menjual pegangan saham apabila harga saham sudah turun memecahkan support terdekat/trailing stop.

⚡ Berikut merupakan 6 Bearish Reversal Candlestick Patterns yang selalu dijumpai pada chart:

1. Bearish Engulfing
2. Bearish Harami
3. Evening Star
4. Dark Cloud Cover
5. Hanging Man
6. Shooting Star

⚡ Anda dapat lihat, selepas muncul Bearish Reversal Candlestick Patterns ini ketika harga saham berada di atas, berlakunya penurunan kepada harga saham (Rujuk gambar di bawah).

🍁 Pelabur baru sangat disarankan untuk memulakan pelaburan saham menggunakan modal dalam jumlah yang kecil.🍁 Modal permu...
01/08/2023

🍁 Pelabur baru sangat disarankan untuk memulakan pelaburan saham menggunakan modal dalam jumlah yang kecil.

🍁 Modal permulaan yang digunakan perlu dianggap sebagai modal pembelajaran. Modal permulaan ini mestilah dalam jumlah yang anda boleh terima jika keseluruhan modal tesebut hangus dalam pasaran saham.

🍁 Pelabur baru kebiasaannya dicadangkan untuk membuat pilihan samada boleh terus melabur menggunakan modal yang kecil, atau boleh mula belajar melabur saham melalui paper trade.

▪ Paper trade bermaksud berlatih melabur saham dengan tidak menggunakan wang sebenar.

▪ Kekurangannya belajar melabur melalui paper trade ini ialah ianya tidak melibatkan emosi.

▪ Sedangkan dalam pelaburan saham, 80% melibatkan emosi. Pelabur yang berjaya dalam pasaran saham adalah pelabur yang bijak mengawal emosi.

▪ Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada penerimaan setiap individu. Ada juga pelabur yang berlatih melabur melalui paper trade dan tetap mampu meraih keuntungan yang konsisten dalam trading sebenar.

🍁 Sebagai pelabur baru, anda boleh membuat pilihan mengikut keselesaan dan kesesuaian anda sendiri.

[APA NAK BUAT BILA PASARAN SAHAM DALAM KEADAAN BEARISH]🔸 Adat pasaran pasti ada naik dan surutnya. Bagi pelabur baru yan...
31/07/2023

[APA NAK BUAT BILA PASARAN SAHAM DALAM KEADAAN BEARISH]
🔸 Adat pasaran pasti ada naik dan surutnya. Bagi pelabur baru yang kurang berpengalaman atau mungkin pertama kali berhadapan dengan keadaan pasaran bearish, keadaan ini mungkin menyebabkan kebuntuan dimana pelabur tidak tahu apa tindakan sepatutnya yang perlu dilakukan.

🔵 Tengok harga saham yang dipegang jatuh, nak ikut panik dan menjual?

🔵 Nak ambil peluang dan gunakan modal yang ada untuk membeli sebanyak mungkin saham sementara harga masih rendah?

🔵 Nak tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku. Jika ada pegangan, hold saja dulu dan jika belum ada pegangan tunggu sahaja dulu dan lihat apa reaksi pasaran seterusnya?

🔸 Buy, sell, atau hold? Tindakan yang mana lebih baik untuk diambil?

🔸 Setiap pelabur/pedagang mempunyai pendapat/tindakan sendiri apabila berhadapan dengan situasi ini dan ianya sangat berkait rapat dengan faktor kemahiran, strategi dan kewangan masing-masing.

♦ Bagi pelabur baru yang masih dalam proses pembelajaran, anda boleh lakukan langkah-langkah seperti berikut.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Acme Ventures posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed finance company?

Share