26/01/2023
KENAPA ORANG BERJAYA ITU BERJAYA?
Orang berjaya terus berjaya. Bunyi macam pelik tapi sekarang memang dah tak pelik sebab kenapa orang yang berjaya terus berjaya. Banyak faktor untuk kita tahu kenapa orang berjaya itu berjaya. ada banyak persamaan yang sebenarnya boleh dijadikan panduan dan tips untuk orang lain berjaya. Jom sama-sama lihat dan cuba lakukan sesuatu selepas membaca apa yang dikongsikan ini.
1. Sikap yang berbeza - beza
Orang berjaya dia tak s**a komplen dan memberi alasan tak macam orang gagal. Semua nak komplen contohnya"Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan? "Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi. Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza dengan orang yang berjaya malah sikap dia pun berbeza juga. Kesabaran dia berbezaa. Dia tak s**a duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia mesti cari kerja.
2. Mereka ini pantas.
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dalam fikirannya hanya ada dia nak, dia nak. Orang berjaya tak pikir pun macamana nak jadi. Kalau nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.
3. Mereka sanggup buat pelaburan untuk kejayaan.
Orang yang berjaya berani untuk membuat pelaburan. Mereka ni sanggup invest wang, tenaga dan masa. Mereka tahu kejayaan itu bukan datang dengan mudah tetapi kena ada pengorabanan dari segi wang, tenaga dan masa.
4. Mereka bina networking yang bagus.
Kalau kita nak ubah hidup kita dan nak berjaya kita juga kena upgrade kawan. Maksud upgrade kawan ni umpana cari kawan yang positif dan kawan yang menjurus kepada kejayaan kita.
5.Mereka dah buat keputusan dari awal yang mereka nak berjaya.
Kebanyakkan orang berjaya ni memeng dia dah tahu tujuan dan matlmat dia dari awal kerana senang dia nak susun atur strategi dalam mencapai kejayaannya. Malah, dengan keputusan itulah yang membuatkan dia lagi semangat untuk mengejar kejayaan.
6.Mereka berkawan dengan orang yang betul.
Kita tidak dapat menjadi orang yang bersih jika tinggal bersama orang yang pengotor. Kita s**ar menjadi orang yang amanah, andai berada di dalam kelompok orang yang tidak pegang amanah. Kita s**ar nak capai kejayaan, jika kawan-kawan kita orang yang tidak mahu tengkok kita berjaya serta sering kondem apa yang yang ingin kita lakukan. Jadi,kita perlu jadi orang yang pijak dalam memilih kawan.
7.Mereka tidak bertangguh.
Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan.Kalau sikap owmer ni lembap, agak barang yang order tu bila nak siap?
Ramai orang yang berjaya tidak s**a bertangguh. Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Dalam membuat bisnes, ia berkenaan kepantasan. Mesti pantas bertindak, mesti pantas buat keputusan, mesti pantas daripada orang lain. Bayangkan kalau ada bisnes, dan s**a bertangguh - Andai sikap owner bisnes ni lembap, agak-agak barang yang telah ditempah tu akan diterima pelanggan tepat pada masanya ataupun tidak.
8. Tidak menghiraukan kutukan
Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan orang. Bila dah sibuk dengan benda ni, benda lain yang wajib perlu dibuat tak dibuatnya. Cara nak atasi kutukan-kutukan ini ialah dengan cari ilmu dengan adanya ilmu orang dah tak berani nak mengkutuk.
9.Fokus
Fokus 1 masalah pada 1 masa. Dimana ada masalah, di situ ada peluang. Dimana ada peluang,di situ ada wang. Dimana ada wang, di situ ada kekayaan.
10.Mereka konsisten
Orang yang berjaya tak mudah putus asa. Orang berjaya akan terus konsisten dengan tindakan dan keputusan mereka. Mereka buat, mereka doa, mereka serahkan pada Tuhan supaya memakbulkan doa kejayaan mereka. Mereka tahu semua rezeki datang dari Tuhan. Maka, mereka dengar cakap Tuhan. Tuhan kata berusaha maka mereka akan berusaha. Dalam menjadi orang berjaya, kena sentiasa ingat pada Tuhan. Sebabnya Allah dah berikan segala tips dan panduan untuk menjadi orang yang berjaya dan terus berjaya. Indahkan hati dengan sentiasa beristighfar, berselawat, tunjukkan rasa bersyukur dan sentiasa melakukan sedekah.
Kesimpulannya, orang yang berjaya tak kan pernah ada alasan dalam hidupnya..oeang berjaya akan usaha untuk dapatkan apa yang mereka nak walaupun berkali kali jatuh. Jadi, Ahyat doakan kita adalah salah seorang dalam kalangan orang yang berjaya ini dan semoga kita sentiasa istiqomah dalam mencapai kejayaan.
www.wasap.my/60149616588