25/07/2021
Analisa Makro bersama MFM Securities
Bond Market, World Economy and US Debt Limit 31 July
Dalam pasaran kewangan, US Bond adalah aset atau security yg paling selamat.
Sebab itu bila ekonomi dunia bermasalah, US Bond adalah aset yang paling dicari selain Gold.
Bila ekonomi sesuatu negara bermasalah, matawangnya akan menurun. Ini perkara yang biasa dan mudah difahami.
TETAPI
Bila ekonomi Amerika bermasalah, matawangnya akan menjadi kuat.
KENAPA?
Sebab - bila ekonomi Amerika, iaitu ekonomi terbesar dunia bermasalah, secara automatik ekonomi dunia juga akan bermasalah.
Pie ekonomi dunia akan mengecil
Sebab itu penting melihat pie ekonomi dunia untuk setiap isu ekonomi yang ada.
Kerajaan meminjam untuk membiayai perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.
Di Amerika, jumlah pinjaman itu ada hadnya dan perlu kelulusan Kongress untuk menaikkan had pinjaman.
Kelulusan had pinjaman Amerika akan berakhir pada 31 July.
Tiada Bond baru akan dikeluarkan (tiada pinjaman dari kerajaan) sehinggalah had pinjaman baru diluluskan.
Ketika ini, Tiada apa2 news dari Kongress yang dikuasai oleh Democrat ini.
Menurut Congressional Budget Office, kerajaan masih boleh berfungsi (ada duit tetapi perlu berjimat) sehingga Oktober atau awal November.
Bila Amerika tidak dapat meminjam, ekonominya akan berfungsi dibawah potensi sebenar.
Ia boleh beri kesan negatif kepada ekonomi dunia.
Ini mungkin antara sebab Dollar agak kukuh sekarang (selain isu Delta Variant).
Ini bermakna, permintaan kepada Bond Amerika akan meningkat, dan oleh kerana Supply yang terbatas, Bond Yield akan kekal rendah.
Kenaikan Had pinjaman ini dijangka akan diluluskan. Cuma kita masih perlu lalui prosesnya atau "drama" yang boleh buatkan pasaran menjadi volatile.
Dan kebiasaannya mereka buat keputusan itu disaat akhir, macam dalam movie.
Saat akhir tu dijangka hujung September nanti.
--------------
US TREASURY SEC. YELLEN: URGING CONGRESS TO ACT AS SOON AS POSSIBLE ON DEBT LIMIT
23 July 2021, 19:08
In a statement published on Friday, US Treasury Secretary Janet Yellen urged Congress to act as soon as possible on debt limit, as reported by Reuters.
Additional takeaways
"US will meet statutory limit on debt on August 1."
"Treasury will suspend the sale of state and local government securities at noon on July 30."
"Treasury will need to start taking certain additional extraordinary measures to prevent a US default if Congress does not act by August 2."