08/06/2021
HONDA CITY idaman si muda mudi .
Nak beli kereta ke rumah dulu ?
Soalan ni patut semua para belia perlu fikir sebelum beli kereta ..
“Lepas habis belakar mestilah nak cari kerja dan beli kereta dulu kan? Baru ada kelas dan dipandang tinggi” 😁
Ni antara sebab kenapa kereta menjadi keutamaan para belia :-
Sebab #1: Pinjaman kereta tak susah macam nak buat pinjaman rumah
Siapa yang tak s**a benda senang, kan?
Skim beli kereta secara “zero downpayment” p**a, senang-senang menusuk minda mereka yang “terpelajar” ini.
Yang tak best, orang “terpelajar” ini p**a rela bagi laluan idea ini terpasak dalam minda tu 😔
Kalau nak beli rumah, banyak benda nak kena buat. Nak kena cantikkan CCRIS, kena ada pendapatan yang stabil dan banyak lagi
Lain cerita kalau nak beli kereta. Asal gaji lepas bayar ansuran bulanan, dah kira boleh pakai kereta tu. Dengan gaji yang rendah pun, boleh keluarkan kereta tanpa banyak masalah.
Itu sebab ramai belia lebih tertumpu nak beli kereta dulu. Tapi bila nak beli rumah nanti, tak lepas p**a sebab komitmen kereta jadi penghalang 😩
Sebab #2: Terlalu banyak promosi yang menarik tertarik
Kalau tengok tanpa berfikir, kita akan pandang promosi dan discount ini sebagai satu tawaran yang best, macam rugi kalau tak beli kereta sekarang.
Tak masuk lagi bab kereta menjadi hadiah bila korang melanggan Astro, beli kad Touch ‘n’ Go, dan banyak lagi promosi serupa ini.
Ini adalah salah satu taktik untuk galakkan orang ramai membeli kereta, khususnya graduan.
Sebab #3: Duit muka rendah gilaa
Bukan tu saja. Kalau nak beli kereta tanpa deposit pun ada. Tapi kalau beli rumah tanpa deposit tak percaya p**a kann 🤣
Makin banyak skim berupa “ada kerja, ada gaji, boleh terus beli kereta” kat pasaran sekarang. Dan ramai p**a percaya je 🙄
Betul. Korang layak beli kereta bila dapat kerja. Deposit tak letak tinggi pun tak apa. Janji loan senang nak lepas sebab korang dah bekerja.
Tapi, sanggup ke korang tanggung bayaran ansuran yang lebih tinggi? Nak tanggung kos maintenance kereta, tol, dan minyak lagi, yang korang tak fikir panjang ..
Duit yang korang guna buat tanggung kos kereta tu, silap-silap cukup untuk bayar deposit rumah baru 🤔
Sebab #4: Hidup mesti Gayaa
“Aku dah pulun setengah mati masa belajar dulu. Takkan nak beli kereta pun tak boleh?”
Mungkin kereta dah dilabel sebagai “simbol kejayaan” bila dah habis belajar kat universiti. Penat belajar selama 3 atau lebih, kann
Hakikatnya, kita selalu terdedah dengan gaya hidup yang mewah macam kat drama. Dan idea kereta sebagai lambang kemewahan p**a dah semakin sebati dengan diri.
Kawan-kawan p**a, ada yang dah pakai kereta mahal. Wajib kena kejar. Takkan nak biarkan diri kita jauh ketinggalan?
Bila ini jadi pegangan, tak mustahil kewangan korang akan tersadai satu hari nanti 😑
=================================
Ya . Kereta mungkin dikatakan satu keperluan.
Tapi tak patut beli kereta selagi kita tak tahu uruskan kewangan dengan baik. Lagi-lagi bila baru dapat kerja lepas habis belajar.
Fikirkan ..
Selama 9 tahun, korang “terpaksa” jadi hamba bank dan bayar ansuran setiap bulan. Untuk bayar kereta yang semakin berkurang dari segi nilai. Berbaloi ? 🤔
Kalau korang beli kereta dan tak mampu nak menyimpan setiap bulan, tolong fikir balik.
Namun bukan semua mampu untuk beli rumah buat masa sekarang kan. Ada yang baru nak mulakan hidup selepas tamat study. Ada yang baru mula bekerja.
Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah.
Jadi, belajarlah dan cari ilmu agar kita tidak terbeban dengan pinjaman yang kita buat kelak, kereta atau rumah kedua-duanya penting namun kita harus tahu keutamaannya.
😊