12/06/2023
Apa beza 𝐃𝐞𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 , 𝐃𝐞𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐛𝐥𝐞 Dan 𝐊𝐨- 𝐭𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥/𝐂𝐨-𝐈𝐧𝐬𝐮𝐫𝐚𝐧𝐜𝐞⁉️
1) 𝐃𝐞𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 ✅
Ini tidak melibatkan pihak takaful @ insurans. Ini adalah syarat pihak hospital. Berapa banyak deposit bergantung Kepada pihak hospital. Ada RM300 ada yang Dan mgkin ada yg tiada deposit.. Tp jgn Risau biasa itu akan dikembalikan kembali kepada anda bila discaj nanti andai tiada caj tambahan lain (sebaiknya tanya dulu pihak hospital utk perkara ini) biasa dia akan tolak sikit amaun utk bayaran admin.
2) 𝐃𝐞𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐛𝐥𝐞 ✅
Adalah amaun bil wajib bayar daripada keseluruhan bil hospital. Contoh amaun deductible utk ABC Takaful Medical Card ialah RM300 berapa pon bilnya yang kena bayar RM300 sahaja ..Katalah bil keseluruhan RM20,000, maka client perlu membayar RM300 sahaja manakala baki RM19,700 pihak takaful akan bayarkan .. Berapa nilai deductible anda? Rujuk polisi @ ejen anda. Jika anda ambil FULL COVERAGE, maka nilai deductible ini tiada ya. ✌️
3) 𝐂𝐨-𝐈𝐧𝐬𝐮𝐫𝐚𝐧𝐬/ 𝐊𝐨-𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 ✅
Juga adalah amaun wajib bayar daripada keseluruhan bil hospital. 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 ia adalah berbeza di mana kita tak kan tahu berapa amaun yang kita perlu bayar sehinggalah kita dapat bil penuh masa nak discaj. Biasanya ia akan ambil 10% daripada jumlah bil hospital. Katalah bil hospital adalah Rm20,000 Maka dgn Co-Inusrans / Ko-Takaful, client perlu membayar 10% Dari jumlah RM20,000 iaitu RM2,000.
Berbeza dgn deductible ..kita dh tahu mmg akan potong RM300 walau bil brapa pon..tp ini, kita kena byr 10%. Jadi kalau bil hospital tu RM50,000 kena la byr RM5,000. Ini adalah bagi Ko-Takaful tanpa capped. Ada juga Ko-Takaful yang capped pada amaun-amaun tertentu.
Harap ini dapat membantu anda membezakan terma-terma yang biasa dengar tapi tak dapat bezakan.
Jom pakat-pakat check sijil takaful / polisi insurans masing-masing ya. Samada uols ambil pelan yang ada 𝐃𝐞𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 atau 𝐃𝐞𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐛𝐥𝐞 ataupun 𝐊𝐨- 𝐭𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥/𝐂𝐨-𝐈𝐧𝐬𝐮𝐫𝐚𝐧𝐜𝐞.
Kalo tak tahu nak check boleh refer pada agent uols. Bila dah tahu rasa lah lega sket kan. ✌🏻