13/10/2021
TOP 5: Salah Faham Tentang Perlindungan Takaful
1. Takaful dan insurans adalah sama:
๐Perbezaan paling jelas antara kedua-dua jenis perlindungan ini adalah kontrak. Takaful patuh syariah, manakala insurans adalah konvensional. Sebagai orang Islam, kita wajib memilih Takaful kerana statusnya yang patuh syariah. ๐
2. Membazir Bayar Takaful Sebab Tak Claim:
๐Dalam hidup, ada 3 perkara yang kita tidak mampu jangka.
* Kematian
* Sakit
* Musibah Kemalangan.
๐Mengikut statistik purata jangka hayat di Malaysia adalah lelaki 73 tahun, manakala wanita 79 tahun. InsyaAllah akan sempat claim dan boleh cover balik sumbangan selama ini. Kalau tak percaya, cuba anda kira. ๐
3. Harga Takaful Yang Mahal Lebih Baik Daripada Harga Takaful Yang Murah:
๐Produk takaful adalah komitmen jangka panjang, yang mana kita akan mencarum sehingga akhir hayat. Jadi, ia sangat bergantung kepada kemampuan kewangan individu. Paling penting adalah manfaat yang berbaloi dan berpadanan dengan bajet yang kita keluarkan. ๐
4. Pilih Takaful berdasarkan jenama:
๐Fokus utama kita mengambil takaful adalah manfaat yang ditawarkan. Jadi nilaikan sebaiknya manfaat yang ada dalam sesuatu pelan seperti harga premium, had tahunan, dan banyak lagi perlu anda review. Kenapa, kerana jika berlaku apa-apa musibah, orang tidak akan tanya takaful brand apa yang kita ambil, tetapi orang akan tanya manfaat apa yang ditawarkan dalam polisi kita. ๐ค
5. Pilih Takaful dan Dalam Masa Yang Sama Meletakkan Harapan Tinggi untuk Simpanan:
๐Fokus utama melanggan Takaful adalah perlindungan. Simpanan yang ada dalam polisi Takaful adalah โadd onโ. Ibaratnya seperti kita beli KFC, contoh set dinner plate, fokus utama adalah ayamnya, yang lain seperti roti, coseslow, dan mash potatoes adalah bonus tambahan.
๐Jadi, ubah persepsi tersebut. Jika anda mementingkan simpanan. Diversify ke medium pelaburan lain yang lebih terjamin pulangannya seperti ASB, ASBF, Unit Trust dan banyak lagi. Nak letak Tabung Haji boleh, tapi tu pun fokus untuk pergi Haji saja ya.
โขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโข
Itulah TOP 5 Salah Faham Tentang Perlindungan Takaful yang SY boleh kongsikan buat masa ini. Next posting SY cerita info lain pulak ya. Stay tune. ๐ค