09/04/2026
Pegawai bank, Abam Nawi meluahkan rasa gembira apabila mendapat tahu bekas pelanggan bank nya, Ariff Ajiz (bukan nama sebenar) kini sudah berurusan dengan pegawai bank lain untuk permohonan fasiliti bank.
Memetik laporan daripada Nawi.Hub, Abam nawi menyatakan dirinya sentiasa mendoakan agar mana2 pelanggannya gembira dan dipermudahkan urusan dengan pilihan yang dibuat.
"Alhamdulillah... Abam Nawi sangat gembira melihat mereka bahagia dan Abam Nawi doakan semoga urusan mereka dipermudahkan dan permohonan mereka lulus, insya-Allah.
"Selebihnya, Abam Nawi minta semua doakan yang baik-baik untuk semua orang. Doakan juga yang baik-baik untuk Abam Nawi. Abam Nawi hanya manusia biasa. Kalau ada salah maklumat atau info Abam Nawi minta maaf," katanya.
Abam Nawi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sebuah majlis di Kuala Lumpur, selain mengakui turut menerima kiriman mesej dari pelanggan bank yang berubah fikiran.
Lebih menyentuh hatinya apabila melihat kegembiraan pelanggan dari status social media yang dimuat naik menunjukkan mereka lulus permohonan di bank lain, yang turut memberi kebahagiaan buat dirinya.
"Ada la orang upload (status sosmed). Jujurnya Abam Nawi doakan yang terbaik, ini jujur, bukan cakap untuk apa-apa. Abam nawi rasa gembira untuk mereka bila lihat pelanggan Abam Nawi juga gembira walaupun bukan berurusan dengan Abam Nawi,” ujarnya.
Untuk rekod, ini adalah pelanggan yang ke seratus enam puluh tujuh perpuluhan lapan satu yang telah berubah fikiran untuk berurusan dengan pegawai bank lain.
Yooolahhh tuuuu….. 🤣