30/08/2026
📖 BILA NAFSU MENJADI TUAN
EPISOD 9 (AKHIR): Pulang Bukan Bererti Selesai
«"Setiap kampung ada kisahnya. Setiap manusia ada ujiannya. Dan setiap nafsu yang tidak dikawal pasti ada harganya."»
---
PENAFIAN
Kisah ini adalah sebuah karya fiksyen. Semua nama, watak, tempat dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan mana-mana individu atau kejadian adalah tidak disengajakan. Ambillah pengajaran daripada kisah ini, bukan mencari siapakah yang dimaksudkan.
---
SINOPSIS
Selepas kehilangan kedai, keluarga, maruah dan kepercayaan, Mat Sedi mengambil keputusan yang paling sukar dalam hidupnya. Dia pulang... bukan untuk mencari simpati, tetapi untuk berdepan dengan semua kesilapan yang pernah dilakukannya.
---
CERITA
Seminggu kemudian...
Pintu Kedai Runcit Sedi berkunci.
Rak dah takde.
Peti sejuk dah diangkut.
Papan tanda yang dulu jadi kebanggaan Mat Sedi...
Kini tinggal berhabuk.
..
Orang kampung mula bercakap.
"Dengar cerita Sedi dah lesap."
"Ado yang kate gi Johor."
"Ado yang kate gi Kelantan."
"Ado jugok yang kate kerja kat luar negara."
Takde siapa yang betul-betul tahu.
Yang tinggal...
Hanyalah cerita.
Dan hutang.
..
Enam tahun berlalu.
Suatu pagi selepas Subuh...
Pak Ngah Dawi sedang menyapu halaman rumah.
Tiba-tiba...
Sebuah kereta lama berhenti di depan pagar.
Seorang lelaki turun.
Badan dah kurus.
Rambut mula beruban.
Wajahnya penuh penyesalan.
Pak Ngah Dawi memandang lama.
"...Sedi?"
Lelaki itu terus tunduk.
"Pak Ngah..."
Belum sempat bercakap...
Air mata Mat Sedi dah mengalir.
Dia terus mencium tangan Pak Ngah.
"Maafkan kawan..."
"Kawan banyak buat salah."
Pak Ngah Dawi menarik tangan Mat Sedi.
"Bangun."
"Kalau nok minta maaf..."
"...jangan dengan Pak Ngah sorang."
"Ramai lagi orang yang aok pernah kecewakan."
Ayat itu...
Lebih berat daripada enam tahun penyesalan.
..
Hari itu juga...
Mat Sedi pergi mencari seorang demi seorang.
Pak Long Hassan.
Kak Yah.
Atan.
Tok Imam Salleh.
Siapa sahaja yang pernah dia hutang.
Yang pernah dia bohong.
Yang pernah dia hampakan.
Ada yang menerima salamnya.
Ada yang hanya mengangguk.
Ada juga yang berkata...
"Maaf tu kawan terime..."
"...tapi hutang tu jangan lupo."
Mat Sedi mengangguk.
"Insya-Allah."
"Kawan datang bukan nok lari lagi."
"Kawan datang nok bayar satu-satu."
..
Petang.
Mat Sedi berdiri di depan bangunan kedainya yang dah disewa orang lain.
Dia tersenyum hambar.
"Ini harga yang kawan kene bayar."
Atan datang menghampiri.
"Weh rodong..."
Mat Sedi menoleh.
"Kawan ingat aok dah tak nak tegur kawan."
Atan tersenyum nipis.
"Kawan marah."
"Kawan kecewa."
"Tapi..."
"Kawan lagi sedih tengok aok rosakkan hidup sendiri."
Mat Sedi mengesat air mata.
"Kawan dah insaf."
Atan memegang bahunya.
"Insaf tu permulaan."
"Buktikan."
"Bukan dengan cakap..."
"...dengan perbuatan."
..
Malam itu...
Mat Sedi duduk di saf paling belakang masjid.
Selesai solat Isyak...
Dia mengangkat kedua-dua belah tangan.
"Ya Allah..."
"Terime kasih sebab masih bagi peluang untuk kawan hidup."
"Kawan dah rosakkan hidup kawan sendiri."
"Kawan dah hampakan keluarga."
"Kawan dah aniaya orang yang percaya."
"Kalau Engkau masih bukakan pintu taubat untuk kawan..."
"...kuatkanlah hati kawan untuk bayar semua hutang, mohon maaf kepada semua orang dan jangan sesekali kembali ke jalan yang pernah menghancurkan hidup kawan."
Air matanya jatuh tanpa henti.
Di luar masjid...
Pak Ngah Dawi memandang dari jauh.
Beliau tersenyum kecil.
Bukan kerana semua masalah Mat Sedi sudah selesai.
Tetapi kerana beliau tahu...
Langkah pertama untuk berubah akhirnya telah bermula.
---
PENGAJARAN
Nafsu boleh merampas harta.
Nafsu boleh memusnahkan keluarga.
Nafsu boleh menjatuhkan maruah.
Tetapi...
Selagi nyawa masih ada...
Pintu taubat sentiasa terbuka.
Namun...
Taubat kepada Allah perlu disertai dengan usaha memohon maaf dan menyelesaikan hak manusia yang pernah kita abaikan.
---
📝 Nota Biro Belakang Pokok
"Jangan tunggu kehilangan segalanya baru mahu berubah. Orang yang paling kuat bukan orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang berani bangun, mengaku salah dan memperbaiki kesilapannya."
---
TAMAT
Terima kasih kepada semua rodong yang setia mengikuti siri Bila Nafsu Menjadi Tuan dari Episod 1 hingga Episod Akhir.
Jika kisah ini membuatkan aok terfikir walaupun sekej*p, berdoalah agar Allah memelihara kite, keluarga kite dan rodong-rodong kite daripada nafsu yang membawa kepada kebinasaan.
✍️ Disiasat & Dikarang oleh Biro Belakang Pokok