23/02/2026
"Hey What's Up Guys... Tuan Master Dah Nak Pengsan Guys!" 😭🍳
"Dugaan paling besar bulan puasa ni bukan setakat bau jiran sebelah goreng ikan masin, tapi bila video Khairul Aming lalu kat timeline masa jam baru pukul 4 petang!
Tuan Master cuba lah nak jadi rajin, nak masak sendiri konon ikut resepi 30 Hari 30 Resepi. Sekali dia keluar sound 'Hey What's up guys', auto rasa tekak ni kering macam padang pasir. 🏜️
Tengok Khairul Aming tuang air balang warna-warni dengan ais ketul melimpah-limpah tu... Allahu, rasa nak terjun dalam skrin telefon sekarang jugak! Tuan Master punya ekspresi muka masa mengacau gulai tu dah tak serupa Master dah, dah serupa 'Monster' menahan lapar. 👹
Korang pun sama ke?
1. Beriya simpan/save resepi KA (tapi satu pun tak buat).
2. Gigih beli barang dapur (tapi akhirnya beli kat bazar).
3. Tengok video KA sambil telan air liur berkali-kali.
Tag kawan korang yang hantu resepi Khairul Aming tapi sampai sekarang dapur tak berasap lagi! 👇
"