30/03/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Penduduk di Kuarters Kerajaan Persekutuan sekitar Presint 14, 15, 16 dan 18, Putrajaya yang menghadapi masalah perosak seperti lipas, semut, tikus, anai-anai dan lain-lain boleh membuat aduan melalui Sistem MyKuarters.
📌 Perkhidmatan kawalan perosak disediakan bagi memastikan kediaman lebih selesa serta bebas daripada gangguan serangga dan haiwan perosak.
👉 Sila buat aduan melalui Sistem MyKuarters untuk tindakan lanjut. ( https://saku.jkrwpp.gov.my/mykuarters/)
Ochre Pest Control Sdn Bhd merupakan kontraktor lantikan JKR Putrajaya bagi pelaksanaan perkhidmatan ini.
Kerjasama anda amat dihargai 🙏