Pintar Juali Enterprise

Pintar Juali Enterprise Hi selamat datang ke Pintar Juali Enterprise Official Page! Page ini ditubuhkan khas untuk post iklan isu-isu semasa sahaja!

Melihat trend pembayaran rakyat Malaysia kini, kaedah pembayaran tanpa tunai semakin digemari dan berkembang pesat. Tida...
23/06/2022

Melihat trend pembayaran rakyat Malaysia kini, kaedah pembayaran tanpa tunai semakin digemari dan berkembang pesat. Tidak terkecuali, golongan berpendapatan sederhana sehingga professional menggunakan kaedah tersebut.

Walaupun ia menunjukkan peningkatan, kebimbangan dizahirkan apabila ramai belia Malaysia gagal membayar balik pinjaman peribadi dan pinjaman kenderaan telah menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes muflis baru-baru ini.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang kad kredit dan juga cara pembayaran kad kredit yang effektif untuk bantu anda selesaikan hutang dengan dengan lebih berkesan.

Kami dari Pintar Juali Enterprise menawarkan servis yang selamat dan mudah kepada anda. Selesaikan tunggakan kredit anda sekarang!

Hubungi kami : 011 1057 0788 atau Whatsapp
https://wa.me/01110570788?text=LoanConsultant

Lelaki pertama dalam hidup kita, merekalah ayah ❤ Selamat Hari Bapa buat semua hero hero kita!
19/06/2022

Lelaki pertama dalam hidup kita, merekalah ayah ❤
Selamat Hari Bapa buat semua hero hero kita!

'Jangan keterlaluan naikkan harga ayam'PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ...
16/06/2022

'Jangan keterlaluan naikkan harga ayam'

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran supaya peniaga tidak menaikkan harga ayam dengan keterlaluan susulan penamatan Penentuan Harga Maksimum Ayam, hujung bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang jika menerima aduan kenaikan drastik harga bekalan terbabit.

"Kita sudah umumkan bahawa selepas Jun ini, harga ayam akan diapung tertakluk kepada bekalan dan permintaan.

"Bagaimanapun, ia bukan bermakna apabila kita apungkan harga ayam, ia dibiar begitu sahaja kerana kita terus pantau dan jika ada aduan, ada pencatutan selepas siasatan, KPDNHEP akan bertindak gunakan akta sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) Sesi 2022-2023 di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini melanjutkan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur bagi ayam standard, ayam super dan telur ayam sehingga 30 Jun ini sejak ia dilaksanakan pada Januari lalu.

Ia bermakna, harga ayam akan mula diapungkan selepas tarikh berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak sebaliknya menyalurkannya kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40.

Beliau berkata, langkah terbabit bertujuan mengurangkan bebanan rakyat supaya tidak terlalu tertekan dengan kenaikan harga barang.

Alexander berkata, inflasi bukan sahaja melanda Malaysia malah di seluruh dunia sehingga memberi kesan kepada kenaikan harga barangan.

"Kita dalam masa tertekan sebagai sebuah negara, ekonomi kerana inflasi yang melanda bukan sahaja negara kita malah seluruh dunia.

"Ia bukan lagi sekadar permintaan dan bekalan seperti biasa kerana sekarang banyak isu berkaitan, gangguan kepada rantaian seperti pengangkutan, peperangan Russia-Ukraine dan keadaan cuaca terutama di negara pengeluar.

"Bukan kita tidak pedulikan pengguna, tetapi kita dapati jika terlalu lama buat sekatan harga, ia menjejaskan industri dan boleh menjurus kepada keadaan ayam pun tak dapat dikeluarkan di negara ini jika industri terjejas.

"Jika sampai ke tahap itu, kita mungkin bergantung kepada pengimportan ayam dan ia tidak patut berlaku," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan kepada 16 ahli MPPN baharu diketuai aktivis pengguna, Mohd Azmi Abd Hamid.

Antara yang dilantik adalah Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Sumber Berita Harian

Malaysia catat pelaburan diluluskan RM42.8 bilionKUALA LUMPUR: Malaysia telah menarik sejumlah RM42.8 bilion untuk pelab...
15/06/2022

Malaysia catat pelaburan diluluskan RM42.8 bilion

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menarik sejumlah RM42.8 bilion untuk pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, membabitkan 910 projek antara Januari dan Mac 2022.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pelaburan yang diluluskan dalam tempoh itu juga akan mewujudkan 24,906 pekerjaan baharu di Malaysia.

Beliau berkata, pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama, sebanyak 65 peratus atau RM27.8 bilion (AS$6.6 bilion) manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 35 peratus berjumlah RM15 bilion (AS$3.6 bilion).

Ini katanya menjadikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik kepada pelabur global dengan sektor pembuatan mengekalkan kedudukannya sebagai tonggak utama ekonomi bagi 2022 yang menjana kesan pengganda yang ketara kepada pertumbuhan negara.

Ketika ini juga katanya lebih 5,000 syarikat dari lebih 40 negara menjadikan Malaysia sebagai lokasi mereka untuk operasi pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan.

Katanya, Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pertumbuhan tinggi dan sektor dengan nilai tambah tinggi yang menawarkan peluang pekerjaan yang menarik kepada rakyat.

"Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12, Malaysia telah memperoleh pelaburan baharu yang berada dalam kedudukan yang baik dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) serta prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara.

"Ini akan menjadikan kita berada dalam kedudukan yang baik untuk meraih lebih banyak peluang ekonomi.

"Kami berharap untuk menyaksikan pertumbuhan yang lebih ketara pada suku kedua 2022," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini.

Sektor pembuatan terus memainkan peranan penting dalam memacu pemulihan ekonomi negara dalam tempoh tersebut, menyumbang lebih daripada separuh (70.1 peratus) daripada jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM30 bilion diikuti sektor perkhidmatan sebanyak RM12.7 bilion (29.7 peratus) dan sektor utama sebanyak RM100 juta (0.2 peratus).

Daripada jumlah FDI yang diluluskan, Jerman mendominasi dengan pelaburan berjumlah RM8.9 bilion (32 peratus) diikuti Brunei sebanyak RM5.1 bilion (18.3 peratus), Amerika Syarikat (RM3.9 bilion atau 14 peratus), Hong Kong (RM3.3 bilion atau 11.9 peratus) dan Jepun sebanyak RM3.2 bilion (11.5 peratus).

Bagi projek yang diluluskan mengikut negeri, lima negeri utama, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Johor menyumbang RM31.8 bilion (74.3 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada tempoh itu.

Sumber BH Berita Harian

IMPORTANT NOTICE: Stay Vigilant Against Financial FraudstersDear Valued Customers,Financial scams are becoming increasin...
14/06/2022

IMPORTANT NOTICE: Stay Vigilant Against Financial Fraudsters
Dear Valued Customers,
Financial scams are becoming increasingly common and it is important to protect yourself from falling victim by taking the necessary precautions. Please click https://bit.ly/3mHTAGx to find out how you can keep your financial information safe.
Source: The Association of Banks in Malaysia
*****
PEMBERITAHUAN/NOTIS PENTING: KEKAL BERWASPADA TERHADAP PENIPU KEWANGAN
Pelanggan yang dihormati,
Scam kewangan semakin berleluasa. Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Sila klik https://bit.ly/3mHTAGx untuk mengetahui bagaimana anda boleh memastikan maklumat kewangan anda kekal selamat.
Sumber: Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM)

Address

92A, Jalan Duku, Taman Tiram Baru
Ulu Tiram
81800

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pintar Juali Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share