22/04/2021
Assalamualaikum & Hi Semua,
Pernah dengar tak pasal hibah ni? Pernah kan… Hibah adalah pemberian secara sukarela oleh pemberi tanpa mengharapkan sebarang balasan pun daripada orang yang menerimanya. Ia berlaku secara terus tanpa ada syarat-syarat sampingan. Senang je kan tu? Macam bagi hadiah kat orang yang kita benar-benar sayang. Kan kita tak mintak apa-apa sebagai timbal balik?
Hibah dalam takaful p**a ialah pemberian sejumlah wang manfaat daripada sijil takaful yang diambil. Si pemilik sijil takaful akan menamakan seseorang untuk menerima wang manfaat dari sijil itu setelah berlaku kematian si pemilik sijil. Wang manfaat ini akan menjadi milik mutlak penama yang dinamakan oleh pemilik sijil semasa hayatnya tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka mahupun faraid. Dengan kaedah hibah ini, banyak permasalahan dapat diselesaikan dengan cepat, ringkas dan lancar.
Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-
Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos guaman
Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang pelbagai dan leceh
Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh pop**ar tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
Hal pembahagian harta pusaka
Hal penyelesaian hutang-piutang
Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu! Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!