Warisan SG P NAM

Warisan SG P NAM Bina rumah idaman mengikut design dan citarasa pelanggan... Segala urusan berkaitan plan,pinjaman dan guaman,kami uruskan ----PERCUMA----

14/02/2017
ALHAMDULILLAH.....DAH HAMPIR SIAP...... N TUAN PUNY RUMH PN BRPUAS HATI😍😍😍😍.SAPO2 SERO NK BUAT RUMH MURAHSEDERHANA... TP...
13/02/2017

ALHAMDULILLAH.....
DAH HAMPIR SIAP...... N TUAN PUNY RUMH PN BRPUAS HATI😍😍😍😍.

SAPO2 SERO NK BUAT RUMH MURAH
SEDERHANA... TP COMEL.... JOM PM CPT²...

HRG RUMAH BLH KECEK KIRO....
IKUT KEMAMPUAN MASING2....

Pm @ Whatsapp......
0139851018 nazin
0139113226 syuhada

21/10/2016

Assalamualaikum. ......
ada sape2 yg btl2 mencari tanah + rumah area chicha....mengikut design sndr
tanah 100meter dr jln besar.
Keluasan 7000-+
Bentuk tanah pn comel.
Tk perlu tambun sbb dah sama dgn jln besar.
Bertentangan dgn klinik Ziad... brsebelahan kilang perabot....
Bagi yg btl2 mencari dan tahu nilai tanah di situ boleh hbgi@wssp 0139851018 @ 0139113227 untuk detail.

Terima kasih.

27/08/2016

Kadang2 Allah Tak Bagi Apa Yang Kita Minta... Sebab Dia Nak Bagi Yang Lebih Baik Untuk Kita ..Pada Masa Dan Keadaan Yang Tepat...Berdoa & terus meminta pdNya yg Maha Esa..

26/08/2016

Orang berjaya x semestinya miliki wang kaya raya..tp orang berjaya adalah memaafkan orang tu adalah kunci segala2nya..menundukkan segala ego dan nafsu amarah serta mainan emosi...berubah kearah kebaikan..... & .....menerima segala teguran....... semoga mnjadi pngajaran d kemudian hari.. juga untuk peringatan diri.....

Apa yg penting....Allah tetap NO.1..... segala ketenangan datang dr yg MAHA ESA.....

INSYAALLAH.....

24/08/2016

Apabila anak-anak tidak mendengar kata atau s**ar mengikut arahan, kita mula rasa 'panas' dan menganggap anak degil. Sebenarnya terlalu awal penilaian yang dibuat untuk si kecil kerana mereka masih lagi dalam proses perkembangan awal.

Cuba buang tanggapan negatif terhadap anak sendiri dan tukar cara berkomunikasi dengan mereka.

1. Luangkan masa

Walaupun sibuk, luangkan masa bersama anak-anak kerana mereka perlukan perhatian anda. Jika mereka jarang didampingi, sudah tentu si kecil akan cuba berbuat sesuatu untuk mendapatkan perhatian anda.

2. Perhatian pertama

Sebaik sahaja anda pulang daripada bekerja dan mengambil anak dari taska, cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mereka. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dan sebagainya.

Berikan perhatian pertama anda kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di tadika.

3. Tunggu sekejap

Apabila anda tidak dapat memenuhi permintaan anak kerana sedang sibuk memasak misalnya, ajarkan dia dengan perkataan “tunggu sekejap ya...” Selepas tugas anda selesai, cuba layan permintaan dia.

4. Jangan abaikan panggilan anak

Jangan bersikap acuh tidak acuh ketika anak memanggil anda. Jika anda berbuat demikian, jangan terkejut jika dia juga tidak hiraukan anda ketika anda memanggilnya.

5. Anak s**a menjerit

Jika anak s**a menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dan sebagainya. Sebenarnya dia mahukan perhatian.

6. Beri penerangan bersebab

Huraikan kepada si manja apa yang tidak boleh dilakukannya. Jangan hanya berkata tidak boleh. Sokong ‘tidak boleh’ itu dengan alasan yang munasabah agar dia memahaminya.

7. Bertegas!

Sediakan peraturan yang jelas. Tegas dan ikutlah peraturan yang telah diwujudkan. Jangan buat si manja keliru dengan sikap anda yang ‘sekejap boleh sekejap tidak boleh’.

8. Penjelasan secara gambaran

Gunakan teknik gambaran supaya dia mudah faham apa yang anda ingin sampaikan. Contohnya seperti "Cuba Adik bayangkan kalau Adik demam, tentu sakit kepala dan tidak bertenaga. Rasa nak berehat sahaja. Begitu juga dengan Mama."

9. Pentingnya pandangan mata ke mata

Pandanglah matanya (eye to eye contact) ketika berkomunikasi dengannya. Tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.

10. Nada suara yang sesuai

Gunakan nada suara yang sesuai dengan hal yang ingin disampaikan.

Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang sempurna bagi mendidik anak-anak zaman siber. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan kerenah anak yang menghiburkan hati. Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut, jangan ingat kekurangan mereka.

Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang bertanggungjawab membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak.

26/07/2016

Cara Untuk Membaiki Hati Yang Sakit.

Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat. Sifat dendam, marah dan hasad dengki akan lahir daripada nafsu oleh itu lawanlah hawa nafsu kita.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.
Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.
Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :

1. Tidak Banyak Berbicara.

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang penting sahaja dan hindari menjadi orang yang cakap besar, s**a bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Perasaan.

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.
Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.
Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati.

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati, kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT.

11/06/2016
10/06/2016

Address

124 Jalan Masjid Sg Pinang
Tumpat
16040

Telephone

0139851018

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warisan SG P NAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share