Penasihat Syariah Supeean Azmi

Penasihat Syariah Supeean Azmi Shariah Advisor Ginen Bersatu Sdn. Bhd.

29/03/2023
BAHAGI HARTA PUSAKA SECARA FARAID ADALAH WAJIB. JOM BELAJAR FARAID.Apa yang saya ingin kongsikan adalah tentang kewajipa...
21/11/2022

BAHAGI HARTA PUSAKA SECARA FARAID ADALAH WAJIB. JOM BELAJAR FARAID.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah tentang kewajipan membahagikan harta pusaka secara faraid. Muafakat atau sama rata sekali pun hendaklah mengikut faraid.

Kenal pasti hak waris secara faraid terlebih dahulu. Selepas itu baru boleh menolak hak, terima hak, tebus hak, dan sebagainya yang dikenali sebagai takharuj.

Jadi, apa-apa hal sekali pun, pembahagian secara faraid adalah wajib. Mempelajari ilmu faraid walau pun adalah fardhu kifayah, tetapi amat penting pada zaman fitnah ini kerana agak susah untuk mendapatkan mereka yang benar-benar faham faraid.

Ilmu faraid itu bukan sekadar tahu siapa yang berhak kepada harta pusaka dan berapa kadar asal pembahagian kepada waris. Ilmu faraid itu hendaklah sehingga ke tahap boleh membuat kira-kira secara mendalam sehingga ke peringkat tashih.

Untuk info lebih lanjut serta pengurusan Faraid boleh hubungi saya πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Penasihat Syariah Supeean Azmi
01110965424

*Apa antara top soalan yang ditanya kepada saya berkaitan Dokumen Hibah?*1. Dokumen Hibah yang awak buat ni sama ke maca...
16/11/2022

*Apa antara top soalan yang ditanya kepada saya berkaitan Dokumen Hibah?*

1. Dokumen Hibah yang awak buat ni sama ke macam Hibah Takaful?

Jawapan: Tak sama. Tapi dua2 saya buat. Dokumen Hibah ni mudah fahamnya macam ni, awak ada beli rumah. Dan hasrat awak, jika awak meninggal nanti rumah yang awak beli tu awak nak bagi (hibahkan) kepada pasangan. Jadi, hasrat awak untuk membuat hibah tu saya buatkan 1 Dokumen supaya ada bukti yang kukuh dan akan terkeluar dari urusan faraid bila awak meninggal nanti.

2. Dokumen Hibah yang awak buat ni kena bayar bulan-bulan macam bayar takaful ke?

Jawapan: Tidak, ianya hanya perlu dibayar secara tunai dan sekaligus (lump sum) sahaja

3. Harta yang masih dalam hutang pun boleh buat dokumen hibah?

Jawapan: Ya, boleh. Nanti saya akan minta beberapa dokumen untuk proses dokumen hibah ni.

Belajar sesuatu? Awak dan pasangan dah ada hasrat untuk mewariskan harta2 kepada pasangan dan anak2?

Mari saya bantu menguruskan Dokumen Hibah awak dan pasangan. Khidmat rundingan secara PERCUMA akan diberikan.

Hubungi saya untuk khidmat rundingan percuma:

Penasihat Syariah Supeean Azmi
+60 11-1096 5424

14/11/2022

WASIAT TIDAK SAH

Wasiat pada waris tidak sah kerana beberapa sebab, ini antaranya:

1. Wasiat pada waris, sememang telah ada hak faraid.

2. Wasiat dengan harta orang lain dan melebihi hartanya.

3. Wasiat benda yang dilarang & haram.

Untuk waris apa kita boleh lakukan?

Untuk waris kita perlu hibahkan harta tersebut, bukan wasiatkan.

Hibah kepada waris perlukan 4 rukun sah dan didokumenkan dalam satu borang.
β€’ Pemberi
β€’ Harta Wujud
β€’ Penerima
β€’ Ijab Qabul

Wasiat (Pesanan) kepada waris perlukan satu proses dipanggil thakaruj atau muafakat.

Semua waris perlu bersetuju, barulah harta itu mengikut hasrat pesanan. Jika tidak. Maka tidak sah dan tidak wajib laksanakan wasiat tersebut.

Wasiat (Pesanan) kepada bukan waris.

Hal ini selalunya, dikategorikan sebagai sedekah atau wakaf. Jangan melebihi 1/3 hartanya. Jika lebih, maka perlu dapat persetujuan waris, melainkan telah ditandatangani pemberinya semasa hidup.

Bagaimana kalau waris bawah umur atau OKU?

Kita akan bukakan satu surat ikatan amanah.

Mereka ini sudah pasti bermasalah dalam menerima harta.

Namun undang-undang dan mahkamah membenarkan surat ikatan amanah dilaksanakan antara pemberi dengan orang tengah untuk disampaikan kepada penerima, agar manfaat harta dapat terus dimanfaatkan dan dipanjangkan untuk masa akan datang.

Adakah anda sudah sedia untuk merancang legasi?

Hibah atau surat ikatan amanah?

Jangan risau Kami akan bantu.

InshaAllah

Penasihat Syariah Supeean Azmi
+601110965424







”Tanah dekat bendang tu ayah nak bagi dekat kakak, lepastu rumah yang kita tinggal sekarang ni ayah nak bagi dekat anak ...
14/11/2022

”Tanah dekat bendang tu ayah nak bagi dekat kakak, lepastu rumah yang kita tinggal sekarang ni ayah nak bagi dekat anak bongsu ayah sebab dia pun belum nikah dan kerja lagi. Kereta velfire ni nak bagi dekat abe ngah."

Nak dijadikan cerita meninggal ayah, dan apabila faraid dibahagikan kepada ahli waris, apa yang dijanjikan oleh ayah dahulu tak dapat ditunaikan.

Persoalannya kenapa terjadinya demikian?

Ayah ketika hidup tidak pernah membuat sebarang dokumen pembahagian harta menurut undang-undang syariah.

Antara instrumen yang diajarkan oleh Islam ialah Hibah.

Hibah terbahagi kepada dua iaitu hibah mutlak dan hibah bersyarat.

Hibah mutlak penerima ada hak terus kepada harta semasa pemberi masih hidup dan hibah bersyarat p**a penerima hanya berhak ke atas harta setelah pemberi sudahpun meninggal dunia.
Bermakna semasa pemberi masih hidup, penerima belum lagi mempunyai apa-apa hak ke atas harta tersebut dan tidak akan timbul isu seperti ibu ayah dihalau oleh anak setelah menghibahkan harta kepada anak-anak.

Jadi ibu-ayah ketika hidup, uruskanlah hartamu dengan sebaik-baiknya.

Hibahlah siap-siap harta yang kamu ingin bahagikan antara ahli waris sebagai ikhtiar untuk kebaikan hubungan ahli keluarga kelak apabila sudah tiada.

Untuk pelaksanaan Hibah boleh hubungi saya πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Penasihat Syariah Supeean Azmi
01110965424

KISAH BENAR"Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya.""Boleh tunjukkan surat ...
13/06/2022

KISAH BENAR

"Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya."

"Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?"
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

"Kenapa perlu surat kuasa p**ak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?"
Soalan dibalas dengan soalan.

"Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau."

"Apa?Kenapa macamtu p**ak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?"
Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

"Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.
Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan."
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.
Tambahan p**a,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?

Sila ingat ya.
Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.

Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.

Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.

Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?

Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.

Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.

Tak nak turun?Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.

Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!

Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.
Kos siapa nak tanggung?
Waris ler.
Payah jugak kan.

Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.
Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.

So guys,
Pesanan khidmat masyarakat ni.
Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.

Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO!Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.

Tapi,harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja.
Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.
Rumah,kereta,tanah dan lain-lain.
Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.

Jadi,jom bertindak sekarang.

HIBAH sebelum REBAH !!!!

Sediakan Hadiah kepada keluarga tercinta anda sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Di sebalik kedukaan jangan biarkan mereka juga terbeban dengan komitment yang telah anda tinggalkan.

Penasihat Syariah Supeean Azmi
+601110965424

RAMAI ORANG TAK TAHUπŸ“ Penama KWSP hanya lah pemegang amanah sahajaπŸ“ Roadtax tidak boleh diperbaharui selepas 3 tahun kem...
09/06/2022

RAMAI ORANG TAK TAHU

πŸ“ Penama KWSP hanya lah pemegang amanah sahaja

πŸ“ Roadtax tidak boleh diperbaharui selepas 3 tahun kematian sipemilik

πŸ“ Adik beradik tiri adalah waris utama jika seibu sebapa

πŸ“ Pencairan aset simati perlu ada surat kuasa mahkamah (LA/Probet)

πŸ“ Harta boleh diagihkan tanpa mengikut Faraid jika si pewasiat ada menyatakan pengagihan mengikut hasrat (waris perlu sepakat)

πŸ“ Wang pencen bukan harta pusaka

πŸ“ Medium HIBAH hanya terpakai di Malaysia sahaja

πŸ“ Isteri kedua tidak dapat harta pusaka si suami, jika tiada surat pengesahan kahwin yang sah di Malaysia

πŸ“ Rumah tidak jatuh automatik kepada si isteri bila si suami mati

πŸ“ Jika tidak dilantik penjaga harta untuk anak bawah 18 tahun harta akan dipegang sementara oleh Amanah Raya

πŸ“ Stamp duty perlu dibayar waris jika waris dapat harta pusaka didalam bentuk rumah

πŸ“ Bon Pentadbiran akan dikenakan oleh pihak Mahkamah jika tiada Wasiat

πŸ“ HIBAH tidak boleh di buat 100% keseluruhan harta

πŸ“ Baitumal adalah golongan waris utama

MAKAN HARTA PUSAKASaya pernah diceritakan oleh seorang wanita.Beliau dan adik beradiknya adalah waris kepada harta penin...
29/04/2022

MAKAN HARTA PUSAKA

Saya pernah diceritakan oleh seorang wanita.

Beliau dan adik beradiknya adalah waris kepada harta peninggalan ayahnya iaitu sebidang tanah.

Selepas ayah meninggal, abangnya telah membuat kolam ikan di atas tanah tersebut.

Sehingga ke hari ini tanah pusaka tersebut tidak dibahagikan kepada waris-waris.

Inilah dinamakan makan harta FARAID tanpa sedar dan mengambil hak orang lain.

HARAM makan hak pusaka orang lain walaupun adik beradik anda sendiri.

Selagi harta pusaka tidak dibahagikan atau diselesaikan dengan waris, selagi waris lain tidak meredhoinya, maka apa yang diambil manfaat atas tanah pusaka itu menjadi haram.

Moga Allah jauhkan kita semua dari hasil makan yang haram.

Moga ada manfaat.

Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/601110965424

Pada 12 April 2022, Zurich Takaful Malaysia Berhad telah melancarkan 1 Produk baharu iaitu Takaful Al-Shams.Apa Kelebiha...
25/04/2022

Pada 12 April 2022, Zurich Takaful Malaysia Berhad telah melancarkan 1 Produk baharu iaitu Takaful Al-Shams.

Apa Kelebihan & Manfaat:

βœ… Dah Sakit Layak Mohon
βœ… Positive Covid-19 Layak Mohon
βœ… Berumur 0 Sehingga 60 Tahun Layak Mohon
βœ… Perlindungan Serendah RM50,000 Sehingga Maksima RM300,000 Kelulusan Dijamin πŸ’―βœ”οΈ
βœ… Tiada Pengunderaitan Perubatan
βœ… Sumbangan / Caruman Yang Sangat Berpatutan Serendah RM50 Sebulan
βœ… Manfaat Tambahan Diberikan Tanpa Ada Tambahan Caruman
βœ… Tempoh Caruman Yang Fleksibel:
β–ͺ️ 20 Tahun
β–ͺ️ 30 Tahun
β–ͺ️ Sehingga Umur 80 Tahun
βœ”οΈ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Biasa (Tambahan 100%)
βœ”οΈ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam (Tambahan 200%)
βœ”οΈ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Di Luar Negara (Tambahan 300%)
βœ”οΈ Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Untuk 4 Orang Ahli Keluarga RM10,000
βœ”οΈ Manfaat Pemulihan Tahunan Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (Tambahan 5% Sehingga 5 Tahun)
βœ”οΈ Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal Sehingga Umur 75 Tahun & Perlindungan Berterusan Dengan Manfaat Hilang Upaya Warga Emas Sehingga Umur 80 Tahun
βœ”οΈ Manfaat Ihsan iaitu Khairat Kematian RM2,000

BERITA MENARIK ‼️‼️‼️

BERITA MENARIK ‼️‼️‼️

BERITA MENARIK ‼️‼️‼️

Mulai Hari Ini Sehingga 13 Mei 2022, Anda Boleh Mendapatkan Rebat 1 Bulan Caruman Apabila Anda Mendaftar Untuk Pelan Takaful Al-Shams.

Sebarang Pertanyaan & Permohonan Boleh Hubungi Saya.

www.wasap.my/601110965424/al-shams



ADUHHH ! SAYA PENING MACAM MANA NAK MULA PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKARilekss kawan-kawan yang kacak dan jelita, mula bac...
24/04/2022

ADUHHH ! SAYA PENING MACAM MANA NAK MULA PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA

Rilekss kawan-kawan yang kacak dan jelita, mula baca dari sini.

1. Pengebumian
Selesai saja urusan pengebumian, maka tuntutan keatas harta-harta pusaka si mati perlu segera dibuat.

** Sebelum tuntutan dibuat, ahli waris boleh membuat tuntutan Harta Sepencarian jika pasangan suami isteri, Pengesahan Hibah dan Wasiat (jika berkaitan dan perlu).

2. Tuntutan Harta Pusaka

Harta Pusaka si simati :

Harta Alih seperti kereta, motor, duit ASB atau Tabung Haji, KWSP, saham, unit trust, sewa/hutang yang belum dibayar.

Macam mana p**a dengan lukisan-lukisan yang bernilai atau beg/pakaian berjenama yang bernilai tinggi ada yang ratusan ribu ringgit?
Bagaimana koleksi buku-buku?
Koleksi barangan Iphone Apple?
Koleksi pinggan mangkuk serta barang elektrik?
Ini semuanya termasuk dalam harta boleh alih.

Harta Tak alih seperti tanah, rumah, flat, kondominium dan apa saja kepentingan dan hak yang terhasil daripada tanah tersebut. Mudah faham, harta yang mustahil untuk kita ubah secara fizikal dari satu tempat ke tempat lain.

3. Bicara Kuasa

Bicara kuasa untuk menentukan pembahagian harta pusaka si mati kepada ahli-ahli waris yang berhak mewarisi.

4. Perintah Pembahagian

Pembahagian boleh berlaku mengikut :

βœ… Hukum Syarak (Faraid)
βœ… Muwafakat (Persetujuan sesama ahli waris)
βœ… Penolakan (Menolak bahagian diri sendiri secara menyeluruh atau sebahagian kepada mana-mana ahli waris yang lain).

Jika kita pun belum tahu, bagaimana dengan waris kita ?

Jangan pening runsing. Teruskan saja belajar dan membaca.

Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/601110965424


KECELARUAN WARIS YANG BERHAK TERIMA PUSAKA"Encik, saya nak hibah (Mutlak) terus setengah daripada tanah saya yang ada ni...
21/04/2022

KECELARUAN WARIS YANG BERHAK TERIMA PUSAKA

"Encik, saya nak hibah (Mutlak) terus setengah daripada tanah saya yang ada ni kepada anak saya yang sulung tu, tapi saya risau nanti anak saya mati nanti, besan saya dapat banyak p**ak bahagian dia dalam tanah tu."

" Kenapa p**ak besan pak cik nak dapat p**ak tanah tu? "

" Ya la kan mak mertua dia pon layak dapat dapat pusaka anak saya tu. "

"Ohh. Saya rasa ada sedikit salah faham ni tentang siapa yang berhak terima harta pusaka jika anak pak cik mati dulu.

Saya terang sikit yaa.

First kena jelas dulu tentang waris utama dia.

Anak pak cik ni jika dia mati dulu dari pak cik, waris-waris yang berhak terima pusaka dia adalah :

Isteri, anak-anak dia laki dan perempuan, pak cik dan mak cik.

Isteri dapat 1/8
Anak-anak dia dapat asobah (baki) dengan nisbah 2 dan 1.
Pak cik 1/6
Dan mak cik pon dapat 1/6"

"Ohh jadi besan pak cik tak dapat la?"

"Tak dapat. Yang dapat adalah yang saya sebut tadi ja lah."

"Besan pak cik kalau nak dapat pon mungkin sedikit sangat ataupun mungkin tak dapat terus. Itupun setelah kematian isteri anak pak cik tu. Barulah besan pak cik ada peluang nak dapat."

"Okay kalau camtu, nanti saya bagitau balik ya. Terima kasih."

"Sama-sama."

πŸ˜… Saya tak sempat nak bagitahu pak cik bahwasanya pak cik boleh buat Hibah Bersyarat.

Bila mana pakcik meninggal baru Hibah terlaksana kepada anak Pak cik tu.

Jadi pak cik tak perlu risau kalau anak Pak cik meninggal dulu sebab kalau itu berlaku Hibah bersyarat tersebut terbatal dan harta masih milik pak cik.

Mengetahui lebih lanjut tentang Hibah Bersyarat πŸ‘‡

Penasihat Syariah Supeean Azmi
wasap.my/+601110965424

JANGAN RISAU KALAU TAKAFUL REJECT ANDABerita baik buat pencari nafkah tak kira lelaki atau wanita, dewasa atau anak keci...
15/04/2022

JANGAN RISAU KALAU TAKAFUL REJECT ANDA

Berita baik buat pencari nafkah tak kira lelaki atau wanita, dewasa atau anak kecil.

Walaupun anda sudah berpenyakit atau berbadan obes (BMI lebih dari 35), anda kini kini boleh WUJUDKAN HARTA TUNAI sekiranya anda/anak meninggal dunia atau lumpuh keseluruhan.

Saya faham keluarga anda PERLUKAN WANG sebagai duit belanja sara hidup selepas ketiadaan anda dan masalah pusaka yang berkaitan dengannya.

Peranan saya di sini adalah untuk MEMBANTU, dengan berikan nasihat yang sesuai dan susunkan PENYELESAIAN yang terbaik, mengikut keadaan keluarga, pekerjaan dan status kewangan anda.

WhatsApp saya di link di bawah untuk bertanya
wasap.my/601110965424/alshams

Address

Tumpat

Telephone

+601110965424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penasihat Syariah Supeean Azmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penasihat Syariah Supeean Azmi:

Share

Category