SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Tun Fuad Stephens (SMKTFS) merupakan salah sebuah sekolah menengah kerajaan yang terletak di pekan Kiulu dalam daerah Tuaran, 14 km dari pekan Tamparuli dan 60km dari Kota Kinabalu. Encik Mohd Aslie Luttah, Penyelia Kanan Sekolah-Sekolah di pejabat pendidikan Kota Kinabalu merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam sejarah penubuhan sekol
ah ini pada Februari 1968. Cadangan penubuhan sebuah sekolah menengah di kawasan ini muncul apabila Encik Mohd Aslie menyedari bahawa ramai murid sekolah rendah di kawasan ini yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah selepas tamat pengajian sekolah rendah kerana masalah-masalah tertentu khususnya kemiskinan. Ekoran daripada itu, En Mohd Aslie kemudiannya telah menyuarakan cadangan penubuhan sebuah sekolah menengah di kawasan Kiulu kepada Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu, Encik Geogre Douglas Muir pada tahun 1967. Sebelum itu, usaha untuk mendirikan sekolah rendah baru di kampung Wassai, Sinulihan, Lokub dan Tudan dilakukan untuk memberi peluang kepada penduduk di kawasan tersebut belajar di sekolah menengah baru yang akan didirikan kelak. Pada masa yang sama beberapa buah sekolah rendah telahpun didirikan di kampung Mantob, Tombongon, Pukak, Malangang dan Kiulu. Apabila cadangan Encik Mohd Aslie diterima, usaha telah dilakukan untuk mencari tapak yang sesuai untuk menempatkan bangunan sekolah menengah tersebut. Disebabkan kesulitan untuk mencari tapak yang sesuai serta tidak adanya peruntukan untuk mendirikan bangunan tersebut, bangunan sekolah rendah (Government Primary School (GPS), Kiulu) yang dibina atas usaha OKK Rampas dan Ketua Kampung Saguman Anggut telah dijadikan bangunan sementara bagi sekolah menengah di Kiulu yang dikenali sebagai GJSS (Government Junior Secondary School). Oleh kerana pada waktu pagi sekolah itu digunakan oleh pelajar GPS Kiulu, maka terpaksalah pelajar sekolah menengah menggunakannya pada waktu petang. Pengetua pertama GJSS, Kiulu ialah Cikgu Awang Mohdzar dibantu oleh Mr. Veron Skinner, seorang anggota American Peace Corp. Pada tahun pertama persekolahan di GJSS, dua buah kelas Brigde One dibuka dengan jumlah murid seramai 65 orang termasuk 26 murid perempuan. Sebagai permulaan, Jabatan Pendidikan hanya menyediakan kapur tulis, kertas dan alat pencetak. Kemudahan lain seperti buku teks tidak disediakan. Ini bererti murid-murid terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan sumber rujukan. Penubuhan sekolah menengah baru ini menyebabkan murid-murid dari pelbagai kampung yang jauh tidak mempunyai tempat penginapan kerana sekolah ini tidak menyediakan asrama. Oleh yang demikian, penduduk setempat telah membina beberapa buah pondok yang dikenali sebagai ‘Istana Hinggap’, istilah yang merujuk kepada keadaan pondok yang serba kekurangan. Untuk murid lelaki, sebuah pondok telah dibina di tapak Dispensari Kiulu sekarang dan untuk murid perempuan, dua buah pondok di bina di kampung Lopot dan sebuah lagi di kampung Bayag. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang menumpang di rumah penduduk sekitar Kiulu. Pencapaian akademik pelajar pada tahun pertama sekolah ini dibuka dalam peperiksaan akhir tahun 1968, menunjukkan hanya 40 peratus sahaja yang lulus dan berjaya meneruskan pelajaran ke ‘Form one’ sementara 60 peratus lagi ditempatkan ke kelas Bridge Two. Pada tahun berikutnya (1969), jumlah kelas bertambah dengan kemasukan murid-murid baru ke Bridge one. Oleh yang demikian, Jabatan Pendidikan Sabah telah menghantar beberapa orang guru seperti cikgu Abdul Rahman Samad, cikgu Vaserkaran, cikgu Arjan Singh dan cikgu Segeran untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru kesan dari pertambahan pelajar pada tahun tersebut. Pada tahun yang sama juga, Mr Veron Skinner telah berpindah ke SMK Tamparuli. Pertambahan murid-murid baru ke GJSS, Kiulu telah memulakan lembaran baru untuk sekolah ini dengan adanya aktiviti-aktiviti luar bilik darjah. Pada tahun 1969, pasukan bolasepak GJSS, Kiulu telah dibentuk. Setahun kemudian, sukan GJSS, Kiulu telah diadakan buat pertama kali. Pada tahun 1972, bahasa penghantar untuk semua sekolah-sekolah kerajaan di Sabah telah diubah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu termasuklah GJSS, Kiulu. Serentak dengan itu juga nama GJSS, Kiulu telah ditukar kepada SMK Kiulu. Oleh kerana setiap tahun murid semakin bertambah, bangunan sekolah rendah tidak lagi dapat menampung pertambahan tersebut. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Keempat, kerajaan telah mensasarkan penubuhan 128 sekolah rendah, 28 buah sekolah menengah dan 3 buah sekolah vokasional, termasuklah di kawasan Kiulu. Tapak bangunan tersebut adalah bersebelahan dengan GPS, Kiulu iaitu bekas sawah padi yang diusahakan oleh Encik Payar Juman. Bangunan baru SMK Kiulu telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1979 yang mengandungi satu blok bangunan yang menempatkan pejabat am, bilik pengetua, bilik darjah, bilik guru, kantin dan perpustakaan. Satu blok lagi menempatkan bengkel kemahiran hidup, dewan serbaguna dan satu blok bangunan asrama. Untuk guru-guru, sebuah bangunan flat empat tingkat yang mengandungi lapan unit rumah dan tiga buah banglo telah dibina. Bangunan baru ini telah dirasmikan pada 6 April 1982 oleh YAB Datuk Haris Bin Mohd Salleh, Ketua Menteri Sabah ketika itu. Nama sekolah juga telah ditukar dari SMK Kiulu kepada SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu sempena mengenang jasa Allahyarham Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri yang juga merangkap ADUN N15 Kiulu berkuatkuasa pada 16 Jun 1982. Sebelum bangunan baru ini siap, SMK Kiulu hanya menyediakan kelas sehingga tingkatan 3. Murid-murid yang lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) akan melanjutkan pelajaran sama ada ke SMK Tamparuli, SM. Dengan terbinanya bangunan baru ini, sekolah telah membuka kelas tingkatan empat pada tahun 1980 dan tingkatan lima pada tahun 1982. Pada tahun 2000, sebuah kelas sains tingkatan empat dibuka dengan jumlah pelajar seramai 25 orang. Tiga tahun kemudian, kelas tingkatan 6 rendah dibuka dengan jumlah pelajar seramai 49 orang. Sepanjang 54 tahun usia sekolah ini, 15 orang pengetua berkhidmat telah atau sedang berkhidmat di sekolah ini. Pengetua-pengetua tersebut adalah;
Bil Nama Pengetua Tahun Berkhidmat
1 En. Awang Mohdzar Abdul Samad 1968 – 1971
2 En. Jaidun Julang 1971 – 1972
3 En. Abdul Rahman Bin Abdul Samad 1973 – 1981
4 Puan Martha Anthony Bongkok 1982 – 1983
5 En. Bolkas Hasbollah 1983 – 1984
6 En. Awang Tusin Osman 1984 – 1985
7 En. Mohd Adenan Deraman 1987 – 1989
9 En. Asnan Mohd Zain 1989 – 1994
10 Puan Martha Anthony Bongkok 1994 – 1995
11 En. Matshah Abdul Hamit 1995 - 1999
12 En. Mat Yunus Awang 2000 - 2003
13 Puan Martha Anthony Bongkok 2004 - 2010
14 Puan Lokiun Binti Gintos 2011 - Mac 2022
15 Encik Awang Seman bin Ag Tahir Mac 2022 - Okt 2023
16 Encik Zamli bin Mantamin Okt 2023 - Kini
Walaupun SMKTFS hanya sebuah sekolah kecil yang terletak di luar bandar, tetapi pencapaian dalam bidang kurikulum dan kokuriukulum masih boleh dibanggakan. Dalam bidang kurikulum, pencapaian pelajar dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi persekolahan Malaysia menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Kegigihan guru-guru, kesungguhan dan disiplin murid-muridnya, keberkesanan pentadbiran sekolah serta sokongan padu masyarakat setempat melalui PIBG telah melahirkan individu-individu yang telah berjaya dalam karier masing-masing. Antaranya adalah Encik Jahid Jahim ( ADUN Tamparuli), Datuk Wilfred Madius Tangau ( Ahli Parlimen Tuaran ) dan Puan Siti Badariah Mohd Yusof (Majistret) (Sekadar menyebut beberapa nama). Sekolah mendapat nama timangan baru iaitu SMATSTEP semasa era Encik Awang Seman hasil idea Puan Dizny Daulin Yumpu iaitu singkatan daripada perkataan SMART dan STEPHENS yang bermaksud warga sekolah adalah smart2 belaka. Carta Organisasi 2024
Pengetua : Encik Zamli bin Mantamin
PK1 : Encik Mohd Shahrail bin Yusoff
PKHEM : En. Loo Kimbind @ Bandy
PKKokum : Pn Jannie A. Roman
PKT6 : En. Erik Melvin Yunus
PK Petang : En. Gustin Riboh
PK Kokum T6 : En. Stanley Tan
KB Sains dan Matematik : Encik Hassan Ukong
KB Bahasa : Puan Nah binti Tadan@ Matdan
KB Kemanusiaan : En. Suhaizan Aris
KB Taknik dan Vokasional : En. Sikinor Gunu