13/09/2020
“Abang, ada RM100 tak, pinjam dulu”
Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin ATM kat tempat kerja rosak, malas nak pergi bank cucuk duit.
Saya kata okeylah. Pergilah ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh. Kebetulan saya baru saja ambil duit juga. Dalam dompet ada la RM235.80, baki selepas settle bayar bil semua.
Bila nampak ada RM200+ tu pun isteri teringat sesuatu.
“Abang pinjam RM200 boleh? Baru teringat ada nak bayar COD barang hari ni.”
Saya kata okey saja. Ambillah.
“Terima kasih abang”, sambil tersenyum.
Bahagia sangat nampaknya. Dapat RM200 macam dapat RM200,000. Rasa macam dipermainkan p**a. Dia bukan malas nak pergi bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya saja untuk buat dia rasa bahagia. Patutlah, bukan sekali ini tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.
Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ini ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah. Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buatlah akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya itu macam dapat hadiah la.
Sejak dari itu, sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit itu memang khas saya sediakan untuk dipinjam oleh isteri.
Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri. Pinjam RM200, dapat balik RM2,000 memang untung sangatlah. Rezeki datang tanpa ditagih.
Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia. Wallahu A’lam. Ambillah banyak-banyak pun tak apa, duit suami duit isteri juga.
Sumber: Facebook