08/05/2021
Assalamualaikum 🤍
Minta rakan-rakan yang nak ambik medikal kad dari mana-mana syarikat Takaful sila baca dan hadamkan penerangan di bawah.
3 JENIS 'TEMPOH PENTING' YANG WAJIB ANDA FAHAM
TEMPOH MENUNGGU (Waiting Period)
Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.
Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.
i) 0 hari
Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.
ii) 30 hari
Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti, denggi, viral fever, bronchitis, diarhea,dan beberapa jenis lagi.
iii) 120 hari
Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.
TEMPOH SIASATAN (Contestability Period)
Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.
Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.
Begitu juga utk kes..sinus, appendix, batu karang, batu dlm hempedu, thyroid, fibroid..perlu menunggu polisi 2 tahun ke atas utk penggunaan medical card, kebiasaan sakit di atas mempunyai tanda2 awal sebelum sakit tahap serius.
Contoh nya kes appendix dan batu dlm hempedu..biasanya tanda2 awal dgn adanya gastrik ..boleh buat rawatan..tetapi paid n claim.siasatan akan dilakukan dlm tempoh 3 bln...clear tiada rekod ..pihak company bayar semula kos rawatan.
Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.
Semoga bermanfaat ilmu yg diberi.
Jom apply Kad Perubatan anda sekarang!
Ibu Takaful
Your Trusted Agent
http://www.wasap.my/60199976677/GreatEasternTakaful