kelab anak jati temerloh

kelab anak jati temerloh TEMERLOH BANDAR IKAN PATIN ★★★★★ SEJARAH TEMERLOH ★★★★★

Tempat yang dikenali sebagai Temerloh ini adalah suatu tempat yang bersejarah.

Ini kerana ianya bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Serindun yang menguasai kawasan antara gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah Timur bahkan nama inilah digunakan sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang semejak daerah ini ditubuhkan mulai 1.7.1889. Mengikut ceritanya, iaitu pada suatu hari pada zaman dahulu anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-

abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka belayar ke Daik dan dari sana mereka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama digalah mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau, daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat maka mereka pun singgah . Sujudbilang dan abang-abangnya dan abang-abangnya naik keatas tebing hendak melihat apa yang dibuat orang. Walaubagaimanapun mereka tidak diterima oleh orang tempatan di situ. Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar (kiri dan kanan tebing Sungai Pahang)

Sujudbilang mencadangkan supaya berbaik-baik dengan orang-orang asli itu sambil berkata : "Ramah tamah pangkal modal budi bahawa penambat hati pembuka manis selera nafsu". Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang. Mulai dari hari itu dimana ada kampung orang asli mereka pasti akan singgah. Mereka memberi garam dan Tembakau. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui mereka. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila tiba di sana maka perahu ditambat maka sujudbilang dengan abang-abangnya yang tua kedarat membawa garam dan tembakau. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun semakin erat. Ini dapat di jalaskan dengan situasai dimana ujudnya persepakatan antara Batin Seridun dan Sujudbilang iaitu mereka sama-sama mencari makanan keluar waktu pagi dan pulang waktu petang dengan membawa balik barang-barang makanan. Pada waktu malam pula mereka tidur meniarap berhampar diatas tanah yang telah diatur daun-daun kering mengelilingi rumpun api dengan cawat sahaja. Manakala yang perempuan di suatu tempat khas berasingan dari yang lelaki. Didalam beramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas. Mengikut cerita "tidur"dalam bahasa asli ialah "Mereloh" jadi tempat mereka tidur beramai-ramai itu di bahasakan sebagai tempat mereloh oleh itu Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan mereloh. Oleh kerana tempat mereloh itu panjang maka ia dipendekkan kepada Temerloh. Itulah asalnya tempat yang di panggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun iaitu Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya diislamkan oleh Sujudbilang . Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama Islam di Pahang Tengah.Sehubung dengan itu pada 1hb.Julai 1889.J.P Rodger Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen Pahang. Dia telah membahagikan Pahang kepada 6 kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan . Kuala Semantan ditukar kepada Temerloh semejak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.

28/08/2022
19/08/2022

Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram berkata Najib sekurang-kurangnya perlu membuat pertanyaan mengenai sumber dan kesahihan kesemua dana ini.

19/08/2022

Siasatan dalaman juga telah menamakan Alizes Marine Limited sebagai salah sebuah syarikat yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan sedemikian.

Menjual anak benih kelap sawitKoperasi peserta felcra Jaya Putra , JerantutTel : 09-268 1381 , 09 - 268 1757 , 017-948 0...
04/05/2019

Menjual anak benih kelap sawit

Koperasi peserta felcra Jaya Putra , Jerantut
Tel : 09-268 1381 , 09 - 268 1757 , 017-948 0892 Syahir , 0112-2924 8758 Syukri

25/01/2019

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
warga temerloh, kita semua bersyukur ke hadrat illahi kerana Sultan pahang ke 6 sultan abdullah mencemar duli berkunjung, solat jumaat dan juga beramah mesra dengan warga temerloh

  sila siasat kesemua Pengurusan Tertinggi   Berhad!!! Felcra Berhad Wilayah Perak Felcra Berhad Felcra Niaga Felcra Ber...
19/09/2018

sila siasat kesemua Pengurusan Tertinggi Berhad!!! Felcra Berhad Wilayah Perak Felcra Berhad Felcra Niaga Felcra Berhad Wilayah Pahang Felcra Plantation Services Sdn Bhd Felcra Berhad Kawasan Pahang Tenggara Felcra Berhad SPRM

SPRM  DAN MENTERI MALAYSIA BARU  , BENARKAH DAKWAAN DI BAWAH INI ??APAKAH BENAR DISEBABKAN BERJIRAN , BERSAHABAT . TINDA...
18/09/2018

SPRM DAN MENTERI MALAYSIA BARU , BENARKAH DAKWAAN DI BAWAH INI ??

APAKAH BENAR DISEBABKAN BERJIRAN , BERSAHABAT . TINDAKAN YANG DIAMBIL KPD BELIAU DAN RAKAN2NYA SEANGKATAN , HANYA BAGAIKAN MELEPASKAN BATUK DI TANGGA .

DAN APAKAH MEMADAI , KESALAHAN MELIBATKAN UNSUR-UNSUR SALAH LAKU , SALAHGUNA KUASA , PENYELEWENGAN , RASUAH , PECAH AMANAH , Kaedah Penyelesaianya hanya dengan cadangan pertukaran ke bahagian lain atau jawatan kain ???

DAN SUDAH ADA SUARA2 SUMBANG KEDENGARAN YANG MENGATAKAN MEREKA ADA KEKEBALAN

JIKA INI BENAR , KESIAN LAH KAT KAMI ORANG2 KAMPUNG ( PESERTA-PESERTA ) DAN SELURUH KAKITANGAN FELCRA ..

Felcra Berhad Wilayah Perak Felcra Niaga Felcra Berhad Felcra Berhad Kawasan Pahang Tenggara Felcra Berhad Komuniti Penduduk Felcra Sri Makmur Felcra Seberang Perak Felcra Livestock SPRM SPRM PDRM

7 TUNTUTAN DARI KETUA-KETUA PESERTA , AJKKP , KPR & PESERTA-PESERTA FELCRA PAHANG YANG DIBAKUL SAMPAHKAN SELEPAS MEMOREN...
18/09/2018

7 TUNTUTAN DARI KETUA-KETUA PESERTA , AJKKP , KPR & PESERTA-PESERTA FELCRA PAHANG YANG DIBAKUL SAMPAHKAN SELEPAS MEMORENDUM 11 PERKARA JUGA TIDAK MENDAPAT TEMPAT.
YG SEMPAT DITANDA-TANGANI SERAMAI 105 ORANG .

Diserahkan oleh Tok4 Kg Pelak Pekan En. Khaidir 24hb. Jun 2016

1. Menuntut dilantik seorang wakil peserta dalam ALP Felcra Bhd.
2. Menuntut supaya Dato Hj Ramlee Abu Bakar disambung semula dan sekiranya tidak , Tn Hj Jahare Abu Bakar orang lama berjawatan tetap dilantik sebagai CEO dan menolak sekeras2nya orang luar yg dibawa masuk .
3. Menolak sekeras2nya cadangan membawa kembali PBK Kewangan.
Yg telah dibuang kerja / ditamatkan serta merta 17/12/15
4. Menuntut supaya YB B**g Moktar Radin tidak disambung kontrek .
16/07/2016 ( ketika itu ) tp disambung juga.
5. Menuntut Pengerusi mengantikan YB B**g dari pemimpin tempatan.
6. Mendesak supaya Pasukan bola Felcra FC dibubarkan segera.
7. Menuntut supaya Zulkarnain Md Eusope , Ketua Pegawai pelaburan ( CIO ) meletak jawatan , TETAPI SEBALIKNYA dinaikan p**a pangkat ke CEO pada 17hb.Julai 2016

Apabila semua tuntutan 11 perkara (2015) dan 7 perkara (2016) tidak didengari dan diambil perhatian , menyebabkan kedudukan kewangan FELCRA BHD hari ini meruncing .

Felcra Berhad Wilayah Perak Felcra Niaga Felcra Berhad Felcra Berhad Kawasan Pahang Tenggara Komuniti Penduduk Felcra Sri Makmur Felcra Berhad Felcra Livestock Felcra Seberang Perak

Address

Temerloh
28000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when kelab anak jati temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share