Redmark Corporation

Redmark Corporation Membantu menguruskan proses utama perniagaan termasuk pengendalian hasil belum terima, pusat panggilan dan bantuan khidmat hubungan pelanggan.

03/05/2018
Masih ramai tidak sedar tentang kepentingan untuk mewariskan perniagaan mereka kepada warisAdakah anda salah seorang dar...
23/03/2018

Masih ramai tidak sedar tentang kepentingan untuk mewariskan perniagaan mereka kepada waris
Adakah anda salah seorang dari mereka yang tidak sedar?
Mahukah perniagaan anda tutup selepas ketiadaan anda?
Atau anda mahukan perniagaan anda terus memberi manfaat kepada waris anda?
Bertindak segera untuk agama, bangsa dan negara Islam tercinta !
Jom sertai seminar PEWARISAN PERNIAGAAN untuk mengetahui lebih mendalam mengenai isu ini..
“Rancang Pewarisan Perniagaan anda sebelum terlambat”

Untuk maklumat lanjut Sila hubungi:
019-514 2000
017-520 264
05-525 1622

Sila LIKE, SHARE dan MENTION nama rakan niaga pada ruangan komen dibawah. Semoga sama-sama mendapat manfaat.

13/09/2017

10 KESILAPAN DALAM RANCANG, URUS HARTA DAN PUSAKA

1. Anggap Penama EPF, Insurans, Tabung Haji, Unit Trust dianggap sebagai pemilik mutlak.

2. Anggap Bahagi harta pusaka guna wasiat adalah mutlak atau kebal.

3. Anggap Waris faraid hanya pasangan dan anak sahaja

4. Anggap tulis wasiat bermakna urus pusaka.

5. Faraid kan dah ada apa susah susah

6. Anggap Anak anak tahu apa nak buat bila mati nanti

7. Anggap Takaful selesaikan semua proses pusaka

8. Anggap Hibah Hartanah boleh berlaku hanya dgn borang pindah milik 14a di pejabat tanah sahaja.

9. Anggap proses pusaka tidak perlu pakai duit.

10. Anggap semua ahli waris mudah muafakat.


13/09/2017

Inilah pesanan saya kepada mereka yang selalu declaire, "saya xde harta. ada saving & kereta je. Rumah pun takde. Jadi tak payahlah khairat pusaka ni."
Tahukah anda. Golongan ini yang tidak mempunyai hartanah kos menguruskan pusaka jaaaaauuuuh lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai hartanah.
Jadi tak perlulah tunggu ada rumah, ada tanah baru nak ambil khairat pusaka.
Boleh imagine kalau anda ada kereta bernilai RM 50,000, tapi untuk mendapatkan surat kuasa saja kena bayar RM 6000. Dan waris anda xde duit. Apa akan jadi?
Bersedia. Bersedia. Bersedia dan bersedia. Polisi berubah dari masa ke masa. Dan ianya juga seperti minyak. Turun jarang sekali, naik banyak kali itu biasa!


27/07/2017

RM5.779 BILLION WANG TAK DITUNTUT !

Antara soalan yang ditanya kepada saya semasa taklimat tentang perancangan harta dan pusaka adalah "Mana pergi duit-duit pusaka? Siapa yang pegang?"

Inilah antara jawapan yang sering saya berikan. Kalau harta alih seperti wang simpanan dalam bank kalau waris tidak tuntut, selepas 7 tahun duit itu akan di hantar oleh pendafar harta ie bank, kepada department WTD (wang tidak dituntut) di Jabatan Akauntant Negara. Tapi duit ini bukan duit pusaka sahaja. Duit orang masih hidup pun ada especially untuk akaun yang "dormant".

Oleh itu antara tugas wasi juga ada adalah untuk membuat semakan di WTD jika ada wang arwah yang tidak di tuntut dan kumpulkan bersama harta-harta pusaka yang lain untuk diuruskan.

Di bawah adalah artikel mengenai WTD di surat khabar hari ini yang memberi penjelasan secara umum.

Mohd Nasif Badruddin
[email protected]

SEBANYAK RM5.779 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, ia membabitkan lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan.

"Sekiranya sesuatu akaun yang tidak aktif melebihi tujuh tahun, baki akaun terbabit menjadi WTD sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.

“Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan dengan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak. WTD adalah akaun amanah kerajaan di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957.

"WTD ini akan dibayar kepada empunya tanpa faedah berdasarkan Seksyen 11(3) Akta WTD 1965," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana ditetapkan oleh Akta WTD 1965.

Katanya, mengikut Seksyen 8 akta itu, terdapat tiga kategori WTD iaitu wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun, wang di dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa melebihi tujuh tahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun.

Beliau berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat semakan di 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 7:05

2016 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.




25/07/2017

MACAMANA NAK TEGUR MAK ? POLEMIK HAK FARAID ANAK VS IBU.

Ayah meninggal dunia 5 tahun lepas. Kami ada 3 adik beradik lelaki. Datuk & nenek dah lama meninggal dunia sebelum ayah. Harta arwah ayah yang paling bernilai ialah kebun sawit yg ada hasil seluas 15 ekar. Penyelesaian pusaka tidak pernah dibuat & geran tanah masih di atas nama arwah ayah.

Semenjak ayah meninggal ibu yg menguruskan hal ehwal kebun. Kami 3 beradik tak pernah tahu berapa hasil kebun & kosnya. Kalau boleh kami nak rasa juga hasil pusaka ni sebab kami pun ada anak isteri nak tanggung tapi nak tanya takut ibu kecil hati & tuduh kami anak derhaka p**ak. Tapi kami tengok ibu macam enjoy duit pusaka je selalu pergi rombongan cik kiah ke indonesia, vietnam & china. Macam mana tu keadaannya ?

Tanya seorang hamba Allah dalam ceramah saya. Dari intonasi suaranya saya dapat merasakan dia tak puas hati dengan ibunya.

NASIHAT SAYA KEPADA ANAK LELAKI INI :

1. HUKUM FARAID.

Dari segi hukum faraid , yg berhak ke atas harta si.mati ialah :
× 3 ( krna ada 3 AL )

Isteri 1/8 3 / 24
Anak lelaki 1
Anak lelaki 2 kongsi 7/8 21 / 24
Anak lelaki 3 setiap AL 7 / 24

Maka dari segi prinsipnya , hasil ladang ( selepas ditolak kos ) itu WAJIB DIAGIH berdasarkan pembahagian di atas. Jika hasil bersihnya RM 5000 / bulan , hak waris ialah :

RM 5000 / 24 = RM 208 / bahagian.

Maka , bahagian waris :

Isteri 3 bahagian @ RM 624
AL 7 bahagian @ RM 1456 setiap seorang

Maka jika ibu memakan kesemua hasil ladang tanpa mengagihkan kepada anak2 lelakinya dalam keadaan anak2nya tidak redha , hukumnya sama dengan ibu memakan harta yg bukan miliknya.

2. DARI SEGI HUBUNGAN ANAK & IBU.

Yang memakan hasil ini bukanlah orang lain. Dia ibu kita yang penat jerihnya melahir & membesarkan kita. Maka HALALKAN sahaja apa hasil ladang yg telah dimakannya sebelum ini.

Namun kita pasangkan niat untuk menyelamatkan ibu kita dari terjebak dalam memakan harta yg bukan miliknya ( jika anak2 tidak redha ). Maka carilah jalan untuk cepat2 selesaikan pusaka ini supaya ibu faham apakah haknya yang tepat dari segi hukum faraid.

Ramai isteri di luar sana yg beranggapan bahawa dialah yg berhak untuk mengawal semua harta pusaka suami kerana dia isteri !

3. BAGAIMANA P**A NAK TEGUR IBU ?

Cara paling mudah supaya ibu tidak terasa hati ditegur anak ( sebab isu ini sensitif ) ialah bawa ibu ke masjid bila kita tahu ada ceramah tentang harta pusaka. Atau , boleh saja panggil pihak ketiga yg berpengetahuan ( seperti Wasiyyah Shoppe Bhd ) untuk datang ke rumah & bercerita tentang faraid & pusaka kepada semua ahli keluarga. ( dengan syarat ibu bersetuju dengan kedatangan kami kalau tak sia2 kami kena perambat dengan penyapu !) .

Kami boleh datang ke rumah pada bila2 masa termasuk cuti hujung minggu atau cuti umum ( kecuali cuti hari raya ! ) untuk bertemu ahli keluarga untuk memberi penerangan tentang faraid & pusaka secara PERCUMA ! ( tak perlu bayar apa2 utk sesi penerangan ini ).

4. PENYELESAIAN PUSAKA.

Jika harta simati ini bernilai RM 2 juta ke bawah maka proses pengurusan pusakanya berlaku di Pejabat Pesaka Kecil. Jika nilainya melebihi RM 2 juta p**a , kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil. Wasiyyah Shoppe berhad boleh membantu dalam kedua2 situasi.

Apabila perintah pembahagian dari Pejabat Pesaka Kecil & Disribution order dr Mahkamah tinggi sivil telah diperolehi barulah ia boleh didaftarkan di Pejabat Tanah & geran baru akan dikeluarkan mengikut bahagian waris2 yg dinyatakan di dalam salah satu dari dokumen di atas.

Geran baru akan terpapar nama ibu & 3 anak lelaki dengan bahgiannya masing2 iaitu ibu ( isteri simati ) 3 / 24 & setiap anak lelaki 7 / 24. Walaupun begitu semasa perbicaraan mana2 waris boleh sahaja melepaskan haknya kepada mana2 waris lain. Dalam kes ini saya mengandaikan semua waris mahukan pembahagian mengikut faraid digunapakai.

5. KESAN AKHIR.

Apabila geran baru telah dikeluarkan , barulah ibu tahu bahagian sebenar miliknya & dia akan faham dengan sendirinya bahawa hasil itu perlu juga diserah kepada anak. Jika anak mahukan , mereka boleh merelakan ibu untuk terus menikmati bahagian mereka selagi ibu hidup.

Boleh juga anak2 uruskan pusaka & lepaskan semua bahagian mereka kepada ibu seorang sahaja kerana jika ibu mati bahagian2 itu akan tetap p**ang kepada mereka sebagai anak2 lelaki simati.

Dalam kes seperti ini asas pemahaman faraid itu sangat penting. Isunya siapa yg akan menyampaikan ilmu ini kepada ibu itu ?

BARULAH JADI PUSAKA BUKAN PUAKA.

Sumber : Ariffin Sabirin


17/07/2017

REALITI KEHIDUPAN :
NASIB ANAK YATIM

Kematian itu pasti, "setiap yang bernyawa akan merasai mati" Al-Ankaboot 29:57

Realitinya, manusia sekarang mempunyai prioriti yang berbeza, pandangan yang berbeza, dan membuat keputusan yang berbeza walaupun dari rahim yang sama.

Bila tengok adik beradik membahaskan siapa yang nak jaga anak anak sedara yang dah jadi yatim piatu...alaahai...sebak dibuatnya..

Yang tak larat dengar bila bicara mengenai kos nak tanggung anak anak sedara. Duit datang dari mana? Yang tanya soalan adalah yang paling loaded p**ak tuu....

Masa hidup lain cerita masa sudah tiada juga lain ceritanya. Rambut sama hitam hati lain lain. Ditambah p**a dengan hati pasangan masing masing.

Memamg kita harapkan yang terbaik. Nanum kita juga diberikan akal dan kekuatan untuk berfikir dan bertindak.
Buat apa yang diadalam kawalan anda sekarang.

1. Rancang siapa yang sanggup jadi penjaga jika anda tiada, jika anda dan pasangan pun tiada.
2. Rancang bagaimana menyediakan dana utk mereka yang sanggup jaga anak-anak anda.
3. Rancang siapa menjadi penjaga kepada harta anak anak bawah umur.
4. Rancang siapa menjadi Wasi untuk urusan pusaka.
5. Rancang dana untuk urus pusaka nanti
6. Sediakan garis panduan utk nilai nilai murni dan matlamat yang anda mahu penjaga terapkan didalam jiwa anak-anak anda.
7. Jangan letakkan anak-anak anda, pasangan didalam situasi yang rumit malah menagih simpati.
7. Bincang dengan mereka yang mempunyai ilmu dan pengalaman untuk bantu anda dalam merancang.

Rancang kerana sayang.........





12/07/2017

Diantara persepsi dan realiti
Nominasi hanyalah wasi
Jangan bagi keluarga makan Bara Api,
Berpecah keluarga Tersiksa Diri

Fatwa Nominasi atau Penamaan utk
EPF, Tabung Haji, Unit Trust adalah wasi dan wajib membahagi mengikut hukum faraid apabila pemilik meningal dunia.

Gunalah Hibah Sebagai Kaedah
Agar Bahagi Menjadi Mudah.


PERUNDING PROFESSIONALAdalah satu kemestian setiap perunding pewarisan harta Islam di Kausar untuk menjalani latihan yan...
06/07/2017

PERUNDING PROFESSIONAL

Adalah satu kemestian setiap perunding pewarisan harta Islam di Kausar untuk menjalani latihan yang telah distrukturkan secara bermodular. Mereka dilatih agar mereka dapat memberikan khidmat rundingan yang professional kepada umat Islam yang ingin merancang harta dan pusaka mereka secara shariah.

Janji jenama kami

PRIHATIN.SELESAI.TAMBAH NILAI

Bukan hanya sekadar janji tetapi segala yang di Kausar sediakan adalah menjurus kepada mencapai matlamat janji jenama kami.

Jika anda ingin dilatih secara professional sebagai perunding pewarisan harta Islam..pm kami sekarang





29/06/2017

Hibah lebih baik dari Faraid?
Hibah untuk elak ikut faraid?
Hibah lebih baik dari Wasiat?
Hibah lebih baik dari harta sepencarian?

Bila produk yang dibanding bandingkan maka timbullah semua soalan2 diatas.
Itu atau ini?. ..ini atau itu....?

Setelah dipilih salah satu..tetap tak dapat selesai masalah! Kenapa? kerana focus kepada produk bukan kepada penyelesaian.

Jawapannya adalah semua instrument relevant!
Semua ada kepentingan...yang penting adalah matlamat si pemilik, pemilik kenal waris faraid agar faham siapa waris yang terlibat, kenali aset terlibat kerana ada akta dan kekangan terhadap harta. Kenal pasti keperluan perancangan dan sebab musababnya. Pastikan perancangan dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab.

Ia adalah ini dan ini dan ini dan ini...
Bukan 'atau' tapi 'dan'..kombinasi semua solusi.
Jika faham, maka tidak keliru dan tidak timbul mana lebih baik kerana ia bergantung kepada keperluan sipemilik.

Produk mempunyai fungsi berbeza..oleh itu kena faham kaedah aplikasi, kekuatan and kelemahan solusi utk perancangan yang berkesan.

23/06/2017

KEPENTINGAN BELAJAR ILMU FARAIDH

Sabda Rasulullah SAW

"Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia dan pelajarilah ilmu faraidh serta ajarkanlah, sesungguhnya aku manusia biasa yang akan meninggal dunia juga, dan ilmu akan hilang (dengan matinya yang mempunyai ilmu tersebut), sesungguhnya aku sangat resah dan takut jika nantinya ada orang yang bertengkar tentang pembahagian warisan dan permasalahan lainnya, akan tetapi mereka tidak menemukan seorang pun yang sanggup meleraikan dan menyelesaikan masalah mereka."

(Riwayat Imam Ahmad)

Seminar HIbah Bersyarat & Harta bercagar....kerjasama diantara UKM dan Wasiyyah Shoppe bhd....Bersama dengan pakar-pakar...
25/04/2017

Seminar HIbah Bersyarat & Harta bercagar....kerjasama diantara UKM dan Wasiyyah Shoppe bhd....

Bersama dengan pakar-pakar dalam ilmu pewarisan harta khusus dalam topik hibah....

Semoga bermanfaat untuk masyarakat dalam menyampaikan ilmu mengenai Hibah dalam masyarakat secara umumnya

Address

Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Redmark Corporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Redmark Corporation:

Share