12/09/2026
Tengok telur goreng boleh buat aku terdiam! Maha Hebat dan Kasih Allah pada kita semua.
Semalam aku lapar.
Lapar yang kalau orang tanya nak makan apa, kita jawab,
“Apa-apa je.”
Tapi bila isteri cadang sesuatu,
“Taknaklah yang itu.”
Hahahahaha.
Manusia.
“Apa-apa je” dia tu sebenarnya ada terma dan syarat.
Akhirnya aku duduk makan.
Tak ada makanan kayangan pun.
Nasi panas.
Telur mata. Garing tapi bahagian kuning tu masih cair.
Ada sambal NYET sikit. Aku pecahkan kuning telur tu atas nasi.
Gaul sikit..Suap.
Allah… Sedapnya!
Aku berhenti mengunyah sekejap.
Aku tengok telur tu. Entah macam mana lah boleh terfikir,
“Ya Allah… telur pun nikmat sebenarnya.”
Hahahaha.
Nampak macam kelakar.
Tapi betul.
Seekor ayam bertelur entah dekat mana.
Ada orang kutip.
Ada lori angkut.
Ada orang susun dalam tray.
Ada orang hantar ke kedai.
Ada orang beli.
Ada orang pecahkan.
Ada tangan yang memasak.
Dan dalam berjuta juta telur yang ada atas muka bumi ni, telur itu sampai depan aku.
Aku cuma buat satu kerja.
Makan.
Banyak betul orang terlibat semata-mata nak bagi aku makan telur mata.
Belum masuk nasi lagi.
Beras tu dari mana?
Siapa tanam?
Siapa jaga sawah?
Siapa tuai?
Siapa proses?
Siapa masukkan dalam guni?
Siapa bawa sampai ke kedai?
Siapa beli?
Siapa basuh?
Siapa masak?
Ya Allah. Aku baru nak makan nasi telur je.
Tiba-tiba rasa macam tengah terima satu projek mega daripada Allah.
Aku pandang tangan aku.
Tangan ni boleh pegang sudu.
Nikmat.
Jari boleh bergerak.
Nikmat.
Mata boleh nampak kuning telur.
Nikmat.
Hidung boleh bau sambal.
Nikmat.
Lidah boleh rasa masin, pedas, lemak.
Nikmat.
Gigi masih boleh kunyah.
Alhamdulillah.
Walaupun ada yang dah mula sensitif, ngilu2 sikit.
Perut boleh terima makanan.
Nikmat.
Badan tahu sendiri apa nak buat selepas aku telan.
Yang ni lagi ajaib.
Aku tak pernah pun duduk bagi arahan,
“Okay perut, lepas ni asingkan protein. Karbohidrat pergi sana. Vitamin masuk sini. Yang tak perlu nanti kita bincang kemudian.”
Tak pernah. Kita suap, kita kunyah, kita telan.
Allah uruskan.
Jantung kita pun sama.
Dari tadi dia bekerja.
Dup dap.
Dup dap.
Dup dap.
Aku langsung tak ucap terima kasih dekat dia.
Siap kita bagi dia kopi lagi. Suruh kerja lagi kuat.
Hadoi.
Tapi dia kerja.
Masa kita tidur, dia kerja.
Masa kita marah, dia kerja lebih kuat.
Masa kita tengah fikir macam-macam benda yang belum tentu berlaku pun…
dia tetap kerja.
Kemudian aku pandang sekeliling.
Ada rumah.
Ada lampu.
Ada kipas.
Ada air.
Tekan suis, terang.
Buka paip, keluar air.
Buka peti ais…
ada makanan.
Walaupun kadang-kadang buka peti ais lima kali dalam masa sepuluh minit dengan harapan kali keenam ada makanan baru muncul, tapi
Tak muncul pun.
Tapi tetap buka jugak kan.
Kemudian dari jauh aku dengar suara anak-anak.
Bising.
Seorang panggil Baba.
Seorang lagi entah bergaduh pasal apa.
Lepas tu ada yang menangis.
Beberapa minit kemudian gelak balik.
Aku senyum.
Ini pun nikmat.
Kadang-kadang nikmat datang dalam bentuk yang sangat bising.
Sampai ada masa kita kata,
“Ya Allah… senyaplah kejap.”
Tapi bila semua tidur…
kita p**a pergi tengok muka seorang-seorang.
Betulkan selimut.
Cium dahi.
Kemudian tiba-tiba rasa rindu.
Padahal dua jam tadi kita yang suruh tidur.
Manusia ni memang lucu.
Benda ada depan mata, kita tak perasan.
Bila senyap sedikit, kita cari.
Aku rasa hidup kita sebenarnya penuh dengan benda macam ni.
Nikmat ada di mana-mana.
Cuma…
Sebab dia datang setiap hari, kita berhenti memanggilnya nikmat.
Kita panggil dia…
“biasa.”
Bangun pagi, biasa.
Boleh berjalan, biasa.
Isteri ada sebelah, biasa.
Anak-anak sihat, biasa.
Mak ayah masih boleh ditelefon, biasa.
Makan sedap, biasa.
Kereta hidup bila tekan start, biasa.
Ada duit bayar bil, biasa.
Boleh sujud, biasa.
Boleh menyebut nama Allah, biasa.
Teringat Nabi dan selawat, biasa
Semua biasa.
Sampailah satu hari salah satu daripadanya tak ada.
Baru kita kata,
“Ya Allah…”
Rupanya yang kita panggil biasa selama ini…
luar biasa.
Aku terfikir lagi.
Kita ni kadang-kadang ada 99 nikmat depan mata.
Tapi ada satu benda kita nak, Allah belum bagi.
Yang satu tu lah kita zoom.
Zoom.
Zoom lagi.
Sampai penuh satu skrin kehidupan kita.
Yang 99 belakang tu semua blur.
“Aku belum dapat ni…”
“Aku belum ada tu…”
“Kenapa jadi macam ni…”
“Kenapa orang tu dapat…”
Sedangkan kalau Allah suruh kita senaraikan satu-satu apa yang Dia dah beri sejak kita buka mata pagi tadi…
rasanya sebelum habis tulis, dah masuk waktu tidur balik.
Nafas.
Mata.
Telinga.
Tangan.
Kaki.
Akal.
Iman.
Keluarga.
Sahabat.
Makanan.
Rumah.
Pekerjaan.
Peluang.
Kesihatan.
Masa.
Dan satu nikmat yang aku rasa kita selalu terlupa…
Allah masih beri kita peluang untuk kenal siapa Dia.
Masih ada rasa nak menyebut nama Allah.
Masih ada rasa bersalah bila jauh.
Masih ada rasa rindu bila lama tak sujud dengan betul-betul.
Masih ada hati yang bila dunia dah terlalu bising…
tahu mencari Allah.
Yang ini…
kalau fikir betul-betul,
besar sangat.
Sebab mungkin nikmat terbesar bukan bila Allah memberikan kita semua yang kita minta.
Mungkin nikmat terbesar adalah apabila di tengah-tengah semua pemberian itu…
kita masih kenal siapa yang memberi.
Dan pagi ni kalau kita bangun…
mata terbuka.
Tarik nafas.
Badan masih boleh bergerak.
Ada suara orang yang kita sayang.
Ada sesuatu untuk dimakan.
Ada tempat untuk p**ang.
Jangan cepat sangat fikir apa yang belum ada.
Duduk kejap.
Tengok. Dengar. Rasa.
Kemudian senyum.
Sebab mungkin selama ini kita sibuk meminta Allah tunjukkan nikmat…
sedangkan kita sedang duduk di tengah-tengah nikmat.
Dan mungkin selepas ini bila aku makan telur mata, aku akan pandang dia lain sikit.
Sebab daripada sebiji telur pun Allah boleh ajarkan,
“Nikmat-Ku sebenarnya ada di mana-mana.”
Cuma kita yang terlalu biasa.
Alhamdulillah.
Untuk telur mata.
Untuk nasi panas.
Untuk rumah yang kadang-kadang bising.
Untuk manusia-manusia yang kita sayang.
Untuk nafas yang kita tak pernah minta pagi tadi, tapi Allah beri lagi.
Dan lebih daripada semuanya…
Alhamdulillah kerana di tengah-tengah begitu banyak nikmat, Allah masih memberikan hati ini peluang untuk berkata:
“Ya Allah… rupa-rupanya selama ni aku dah kaya.”
Alhamdulillah..
Penulisan: Angoh Si Pencari Cinta