28/05/2021
Setuju. Lockdown kendiri yg paling baik
AKU S**A LOCKDOWN TOTAL kerana katanya itu bakal memutuskan rantaian jangkitan yang sudah melarah-larah. Sebelum kecam, mohon baca sampai habis kerana macam biasa, penulisan aku akan ada sedikit twist macam filem-filem produksi dari Tamil Nadu. Rupanya, Malaysia rupanya gold medalist dalam jumlah kes per 1 juta pop**asi. Dulu kita ingat USA teruk, Itali teruk, Wuhan teruk, India lagi teruk...rupanya kita tidak kurangnya.
Kita pernah landaikan lengkuk sehingga kepada 1 kes sehari. Kita sama-sama telah hampir berjaya. Kita pernah hampir kepada kehidupan norma lama tanpa mengenakan pelitup muka atau visor wajah. Namun disiplin meraikan kemenangan terlalu awal adalah punca gelombang seterusnya. PKP2 sebenarnya tidak gagal, ekonomi dapat berjalan dan kes semakin berkurang namun sama juga isunya, selesa dengan statistik kita meraikan juga terlalu awal. Maka kita berada pada hari ini, di PKP3.
Aku juga dah lupa apa itu PKP, PKPP, PKPB, PKPD dan macam-macam akronim baru yang belum wujud semasa zaman aku UPSR dulu. Secara nampak, aku rasa sekalipun PKP PENUH ataupun bahasa kampungannya TOTAL LOCKDOWN dilakukan, dengan disiplin yang rapuh dengan sikap merayakan kejayaan yang pra-matang, kita akan mengulang semula lengkuk mendaki yang sama. Namun lebih buruk lagi, ulangan itu berlaku setelah separuh trillion RM dibelanjakan.
Aku faham, usahawan macam aku memang senak perut kalau kena sekat aktiviti ekonomi. Itu nak bayar gaji, itu juga nak bangunkan bisnes. Tapi semenjak PKP1, aku dah jangka benda ni akan jadi berkali-kali dengan melihat pola wabak ni di tempat lain yang mendahului sebelum ni. Dari situ, kami laksanakan 100% bisnes dari rumah. Bangunan HQ yang kami buat pun tersergam indah tapi tak boleh nak move-in. Tunggu jer lah, nasib baik bangunan sendiri tak perlu kena sewa-sewa berjalan tapi banguann tak diguna untuk jana income.
Perubahan model bisnes dengan tumpuan kepada bisnes yang boleh dibuat secara online. Dulu dah lama cuba cara begini tapi mentaliti orang akan ingat kalau bisnes online dipanggil sebagai "freelancer" tapi kalau ada ofis dipanggil "professional". Sekarang, nah...semua tak ada pilihan, syarikat besar sampai syarikat kecil-kecil semua kena buat online.
Tapi itu aku, dalam masa yang sama, aku nampak ramai usahawan menanggung tekanan bertimpa-timpa. Yang keluarkan iSinar untuk topup modal pun ramai. Macam perahu kena ribut, dan patah tiang layar juga koyak layarnya. Nasib baik selamat sampai ke darat semula. Dah sampai ke darat, duit dah habis dan ikan tak dapat. Kena buat pengeluaran iSinar atau pinjaman untuk baiki perahu. Perahu dah ok baru meluncur semula ke laut, ribut balik dan patah balik tiang layar semula.
Dah, kalau kau jadi tuan perahu, kau rasa bagaimana?
Berbeza dengan pekerja dalam perahu tu, lagi ribut lagi dia kata "Takyah turun laut boss...ribut". Boss p**a dah koyak poket. Tak turun ke laut, gaji pekerja nak kena bayar juga. Ikan seekor pun tak naik. Tak dibayar gaji, nanti staff p**ak tak dapat bagi makan anak isteri. Bila dibuang kerja, nanti anak isteri tak makan.
Ini kan ada 2 golongan. Golongan yang mahu lockdown dan golongan yang tak mahu lockdown.
Dalam urusan ini, aku paling s**a kenyataan DG KKM. Laksanakan LOCKDOWN KENDIRI. Yes, inilah lockdown yang aku paling setuju. Kita sebenarnya cuma perlukan kerajaan umum dan kuatkuasakan lockdown total supaya orang tak boleh bergerak secara paksa. Cuma cara DG anjurkan itu ialah semua orang memaksa diri untuk tidak keluar kalau tidak terpaksa.
Hari ini kes yang berlaku semua dijangka. Dalam aku lockdown kat rumah ni, aku intai balkoni kat keliling rumah aku ni sibuk orang ziarah menziarahi raya siap salam cium tangan dan si gadis-gadis p**a salam laga p**i. Tu tak masuk lagi kes lepas salam laga p**i, membonceng atas RXZ dengan boyfriend sehingga badan bertemu badan -- dosa dapat, virus pun dapat. Muka masing-masing macam tak rasa ketakutan untuk didenda melanggar SOP sambil pelitup muka semua kemas menutupi dagu masing-masing.
Ini kalau aku cakap aku report polis, nanti jiran akan kecam aku. Sebab mereka pun baca post aku ni biasanya. Kalau aku cakap aku tengok jer nanti netizen kecam aku kerana tak membantu melapor pelanggaran. Baik aku tak bagitahu aku buat apa.
Pokoknya, ITU APA?
Itu masalah DISIPLIN dalam diri manusia kita yang meraikan kemenangan terlalu awal. Pernah nampak video bola yang keeper berjaya tepis bola dan meraikannya tapi bola yang dia stop tadi bergolek slow-slow melepasi garisan gol. Ini masalah DISIPLIN DIRI yang bukan perlukan NATIONAL SCALE LOCKDOWN tetapi LOCKDOWN DIRI.
Susah nak faham, aku cuba mudahkan penjelasan dengan cara yang Mak Tok kita pun faham.
Gini...
Orang yang mahukan kerajaan umum TOTAL LOCKDOWN mempercayai semua kelab malam jual alkohol ditutup 100%. Tak dinafikan, aku pun s**a cara ni.
Dalam sudut lain, orang yang tak mampu untuk total lockdown mereka ini ialah golongan yang sama yang percaya bahawa kelab malam jual arak ada di merata-rata, tapi kita kena kawal diri sendiri supaya tidak pergi ke kelab malam itu dan menggogok Brandy.
Dua-dua boleh. Cara pertama ialah cara agresif yang berupa extrinsic dan satu lagi pengawalan secara intrinsic. Which pada aku, cara kendiri intrinsic ialah cara yang bijak dan tahan lama.
Aku tak mahu membawa bincang dalam sosmed ini sehingga menyentuh soal kepolitikan yang kalau dibahaskan, ia tak akan habis sampai bila-bila. Aku ni cuma usahawan yang ada Facebook dan kadang-kadang menulis dan ambil gambar. Aku boleh buat apapun? Sebab itu aku lebih mahu memujuk kita rakyat Malaysia untuk menyahut seruan DG Tan Sri Dr. Nor Hisham untuk membuat LOCKDOWN KENDIRI berbanding berusaha memaksa pemimpin negara berbelanja tinggi untuk total lockdown.
Kita banyak berhujah dan berdebat berbanding mencari titik tengah yang wajar-wajar. Kalau ekonomi tak penting nanti habis PKP semua orang tak ada kerja, lepas tu masalah lain p**a jadi bila COvid case hilang, ramai p**a meninggal hypertension, bunuh diri yang mana angka kematian tidak pernah keluar dalam statistik wabak. Semua itu kerana hilang pekerjaan atau bisnes lingkup.
Jika kerajaan tidak MEMAKSA SEMUA DUDUK DI RUMAH SEKALIPUN URUSAN-URUSAN YANG MEMAKSA, marilah kita PAKSA DIRI KITA BERKURUNG DI RUMAH KECUALI KITA TERPAKSA KELUAR.
Aku memang s**a lockdown total, cuma aku s**a lockdown total kepada diri sendiri dan menyeru orang lain juga membuat lockdown kendiri secara total sehingga kita benar-benar MENANG.
Ok, itu sahaja nak cerita.
Saiful Nang