Hans Legasi Resources - Teluk Intan Branch

Hans Legasi Resources - Teluk Intan Branch Menyediakan khidmat nasihat mengenai perancangan dan urus harta orang Islam. Apa itu HANS?

Anda ada HARTA dan AMANAH, saya ada khidmat NASIHAT yang mengikut hukum SYARAK.

Apabila tiada perancangan harta dibuat sewaktu hidup, mungkin ada sebahagian harta beku yang tidak dituntut waris. Malah...
07/06/2021

Apabila tiada perancangan harta dibuat sewaktu hidup, mungkin ada sebahagian harta beku yang tidak dituntut waris. Malah ada kemungkinan 100% tidak dituntut kerana waris tidak tahu.

Penyediaan wasiat sewaktu hidup merupakan satu cara untuk elak perkara ini berlaku. Ianya sangat membantu para waris untuk membuat tuntutan selain ianya juga merupakan tuntutan syarak. Dibawah merupakan kelebihan bagi orang-orang yang sediakan wasiat;

- dapat menyenaraikan harta dan hutang yang bakal ditinggalkan dan perlu diuruskan waris.
- dapat melantik pentadbir yang dipercayai bagi menguruskan harta yang bakal ditinggalkan.
- dapat melantik penjaga harta bagi anak bawah umur atau kurang upaya.
- hutang dunia dan akhirat dapat dilangsaikan dengan baik.
- dapat meninggalkan sebahagian harta kepada yang bukan waris atau bukan waris utama seperti anak angkat, cucu, bukan Islam, sahabat baik dll dengan cara wasiat 1/3.
- dapat tinggalkan pesanan terakhir kepada waris yang ditinggalkan.

Wasiat itu mudah. Jadi buatlah perkara mudah ini bagi memudahkan waris anda. Hubungi kami di Hans Legasi Resources Sdn. Bhd. bagi mendapatkan penjelasan lanjut untuk menyediakan wasiat khas untuk anda. Klik pautan dibawah untuk whatsapp terus kepada kami.

https://wasiat4me.wasap.my/



Satu perjalanan lengkap.Dalam perjalanan Itu anda mungkin  berjumpa dengan1.  Sakit. 2.  Kemalangan. 3.  Hospital dan Pe...
21/02/2021

Satu perjalanan lengkap.

Dalam perjalanan Itu anda mungkin berjumpa dengan

1. Sakit.
2. Kemalangan.
3. Hospital dan Perubahan

Yang pasti jumpa adalah Kematian.

Pastikan anda mempunyai satu plan yg lengkap untk perkara2 di atas..

1. Bincang dengan Takaful Consultant.
2. Duduk diskusi dengan Perunding Amanah/kewangan Anda.
3. Aturkan perjumpaan dengan Penasihat Wasiat n Harta Pusaka anda.



https://wa.me/60126082433/

09/02/2021

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ANDA YANG TELAH LIKE PAGE INI. DIDOAKAN ANDA SENTIASA DIRAHMATI ALLAH DAN PEROLEH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT.

Perbezaan pengurusan harta pusaka dengan wasiat atau tanpa wasiat.
29/01/2021

Perbezaan pengurusan harta pusaka dengan wasiat atau tanpa wasiat.

Pengurusan Harta Pusaka Tanpa Wasiat Apabila berlaku sahaja kematian, semua harta si mati samaada harta alih dan tak alih diletakkan sebagai status harta beku. Jadi, untuk mencairkannya, perlu melalui proses-proses yang berikut: 1. Waris-waris perlu berkumpul dan melantik seorang pentadbir. Pelantik...

3 punca rezeki kita sangkut adalah kerana kerap melakukan perkara yang Allah tak s**a. Apakah ia?1. Solat akhir waktu da...
27/01/2021

3 punca rezeki kita sangkut adalah kerana kerap melakukan perkara yang Allah tak s**a. Apakah ia?

1. Solat akhir waktu dan tidak jaga hubungan dengan Allah. Selalu lupa kepada Allah kerana sibuk hal dunia sedangkan Dialah yang memberi rezeki selama ini.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.”

(Surah Thahaa : 132)

“Barangsiapa mendahulukan Allah daripada segalanya, maka Allah akan mendahulukannya.”

-Ibn Qayyim Al-Jauziyya-

Solat merupakan satu perbuatan yang menghubungkan kita dengan Allah maha pencipta. Jadi kalau nak berjaya, peliharalah solat.

2. Tidak jaga hubungan dengan ibubapa. Jarang hubungi mereka untuk bertanya khabar. Jarang mengunjungi mereka kerana kononnya terlalu sibuk bekerja. Sedangkan mereka ternanti-nantikan kita. Jika sampai kepada mengguris dan menyedihkan hati mereka, rezeki bukan sahaja sangkut, tapi mungkin juga boleh ditarik oleh Allah.

Setiap kali ulang tahun kelahiran, yang selalu diraikan adalah diri sendiri, sedangkan yang sepatut diraikan adalah ibubapa kita yang telah banyak berkorban untuk melahirkan kita ke dunia ini dan membesarkan kita. Jarang setiap kali ulang tahun kelahiran kita nak meraikan ibubapa dan memberi hadiah kepada mereka kan. Jadi apa kata mulai tahun ini, kita mula meraikan mereka.

3. Selalu membuat maksiat. Samada ada dengan orang kedua atau berseorangan. Sebagai contoh berzina ataupun melayan pornografi, melihat gambar-gambar menjolok mata sehingga menyebabkan bernafsu dan seterusnya terjadi onani. Kini di Malaysia, boleh dikatakan setiap hari ada kes kelahiran anak luar nikah. Sehingga ianya hampir dianggap perkara biasa. Nauzubillah sangat menakutkan.

Dari hasil kajian, didapati kerap terjadinya perbuatan zina adalah bermula dari pornografi. Dari pornografi akan menimbulkan keberanian dalam hati untuk mula mendekati seterusnya melakukan zina. Pornografi adalah satu perkara yang merosakkan mental dan akhlak yang mempu membuat seseorang itu hilang daya untuk membezakan yang betul dan salah. Maka jauhilah pornografi.


Allah dah tulis 3 perkara untuk kita didunia ini sejak umur kita 4 bulan didalam kandungan. Iaitu rezeki, jodoh dan ajal. Jadi bermakna setiap manusia ada rezeki masing-masing. Maka sekiranya rezeki kita tersekat, jangan salahkan Allah. Sebaliknya lihat kembali kepada diri sendiri apakah yang menyebabkan rezeki tersekat.

Kita selalu akan mengeluh dan mengingati Allah hanya apabila kita susah. Tapi pernahkah kita mengingatiNya dan mensyukuri nikmat pemberianNya sewaktu kita senang? Jarang kan.

Jadi mulai hari ini, ayuh kita berubah untuk perbaiki diri bersama-sama demi mendapatkan redha Illahi. Berubah ikhlas kerana inginkan redha Allah dahulu, kemudian kita berusaha untuk menambah rezeki, seterusnya kita berdoa dan bertawakkal kepadaNya. InsyaAllah pasti ada ganjaranNya. Jom ubah!


APA ITU HIBAH DAN NAK BUAT MCMANA?Ini soalan yang paling banyak kami terima. Ada hibah yang dibuat oleh syarikat amanah....
24/01/2021

APA ITU HIBAH DAN NAK BUAT MCMANA?

Ini soalan yang paling banyak kami terima. Ada hibah yang dibuat oleh syarikat amanah. Syarikat amanah pun dah ada banyak sekarang. Pakej yang ditawarkan pun pelbagai. Pilih je yang mana satu yang sesuai dengan keperluan.

Ada hibah yang dibuat oleh Peguam. Peguam sivil pun boleh. Peguam syarie pun boleh. Tapi tak semua peguam yang boleh buat hibah. Kena tanya dulu. Jangan p**ak jumpa peguam yang buat kes jenayah atau peguam kes kemalangan untuk buat hibah. Pengkhususan kes masing-masing tak sama.

Ada hibah yang dibuat oleh badan berkanun dan agensi kewangan. Hibah tabung haji, hibah ASB, hibah takaful. Hibah takaful fungsinya untuk menyediakan dana segera kepada waris. Hibah harta p**a untuk merancang harta yang sedia ada seperti rumah, tanah, kereta, barang kemas dll.

Ada hibah yang kena bayar bulan-bulan. Ada hibah yang hanya bayar sekali. Ada hibah komprehensif. Ada hibah yang basic. Surat Pengisytiharan Hibah tu yang basic. Perintah Pengesahan Hibah tu yang komprehensif. Hibah Harta Bercagar pun ada kalau nak.

Kosnya pun berbeza-beza. Ada yang caj ikut nilai harta di pasaran. Ada yang caj tak ikut pun nilai harta tapi tengok jenis harta. Ada yang caj hanya per dokumen. Boleh pilih mana yang sesuai dengan poket masing-masing.

Yang penting cari dan cari sampai jumpa yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan kita. Jangan hanya kerana kos terbantut hasrat nak buat hibah. Percayalah, nilai harga yang kita keluarkan untuk proses merancang harta semasa kita hidup sekarang adalah jauh lebih murah berbanding nilai yang perlu dibayar oleh waris-waris kita apabila kita meninggal tanpa sempat membuat perancangan harta.

Sebenarnya ramai yang tanya saya, boleh ke saya buat dokumen hibah sendiri? Saya faham ramai yang tanya ni sebab mereka nak jimatkan kos. Selagi boleh buat sendiri mereka nak cuba buat sendiri. Boleh je cari sample kat google. Nak draf sendiri pun boleh.

Tapi bila saya baca balik semua komen-komen dalam artikel berkenaan hibah dan wasiat, melihat cara mereka bertanya soalan, ramai lagi yang tak dapat bezakan fungsi hibah dan wasiat. Kalau hibah dengan wasiat pun mereka masih tak faham dan tak dapat nak bezakan fungsinya, macamana mereka nak buat dokumen sendiri? Memang cari penyakit.

Tak kisah pun kat mana anda nak buat hibah yang penting sesuai dengan keperluan dan kemampuan diri dan pastikan buatlah hibah dengan mereka yang pakar dan ahli dalam bidang ini. Takut kalau memandai buat sendiri, hibah yang dibuat tak lengkap dan tak menepati rukun dan syarat2 nya dan akhirnya anda juga yang rugi.

Dato’ M***i pun dah jelaskan, sekiranya cukup syarat dan bukti, maka sah pemberian hibah tersebut semasa hidupnya. Tak perlu persetujuan waris pun. Tapi syarat dan bukti yang bagaimana? Sebab itu kena buat hibah dengan yang ahlinya.

Credit: Roslina Sabiyah & Co

KLIK UTK BUAT HIBAH
https://wa.me/60126082433/

Kami BolehBantu Anda

12/01/2021

Hilang pendapatan? Pendapatan bulanan tak cukup? Jom join Hans Legasi. Klik link dibawah untuk maklumat lanjut.

https://wasiat4me.wasap.my/

12/01/2021

Menambah pendapatan bulanan dengan menjadi Penasihat Wasiat. Kerjaya ini boleh dibuat diseluruh Malaysia dengan modal yang sangat rendah. Latihan online & offline percuma disediakan.

Jom sertai Hans Legasi!

11/01/2021

Apakah maksud HANS bagi kami?

Jika anda ada HARTA atau AMANAH yang nak disampaikan pada waris, saya boleh beri khidmat NASIHAT yang mengikut hukum SYARAK.

Klik link dibawah untuk maklumat lanjut

Address

Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hans Legasi Resources - Teluk Intan Branch posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hans Legasi Resources - Teluk Intan Branch:

Share