16/12/2025
Serbuk ikan bilis
Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis
Cara memasak:
Buang kepala dan isi perut ikan bilis kemudian cuci dengan air. Rendam untuk 5 minit jika tidak mahu ikan bilis itu terlalu masin.
Buang air rendaman dan perah ikan bilis itu untuk mengeluarkan lebihan air.
Goreng hingga kering dan ranggup dalam kuali tanpa minyak. Ibu juga boleh menggunakan air fryer ataupun ketuhar untuk melakukan ini.Biar hingga sejuk, kemudian kisar sehingga menjadi serbuk.
Serbuk ikan bilis ini boleh dicampur bersama dengan bubur si manja. Tapi ingat, jangan guna terlalu banyak - kalau tidak direndam sebelum dimasak, ia mungkin terlalu masin.
Baki yang tidak digunakan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara dan ke dalam peti sejuk sehingga habis digunakan.