Soranos Hub Malaysia - Accounting & Digital Marketing

Soranos Hub Malaysia - Accounting & Digital Marketing Servis Akaun & Bookkeeping | Pengurusan Media Sosial untuk Bisnes Kecil Malaysia.

Aidiladha kini menjelma tiba,Tanda syukur dan pengorbanan. 🌙✨Kami di Soranos Hub ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aid...
26/05/2026

Aidiladha kini menjelma tiba,
Tanda syukur dan pengorbanan. 🌙✨

Kami di Soranos Hub ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua! Semoga sambutan tahun ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat anda dan keluarga. Jangan lupa nikmati juadah raya dan sentiasa jaga kesihatan! 🥘✨

Ramai bisnes owner ingat…Kalau bisnes dah tak jalan, maksudnya tak perlu declare cukai lagi.Hakikatnya?❌ SSM masih aktif...
21/05/2026

Ramai bisnes owner ingat…
Kalau bisnes dah tak jalan, maksudnya tak perlu declare cukai lagi.

Hakikatnya?
❌ SSM masih aktif
❌ Fail cukai masih hidup
❌ LHDN masih anggap bisnes wujud

Walaupun sales kosong,
anda masih perlu buat Nil Return untuk maklumkan bahawa tiada pendapatan bagi tahun tersebut.

Kalau diamkan sahaja:
⚠️ Risiko penalti lewat hantar
⚠️ Risiko anggaran cukai dari LHDN
⚠️ Fail jadi semakin serabut di masa depan

Kalau memang dah tak mahu teruskan bisnes:
✔️ Tutup (terminate) SSM secara rasmi
✔️ Maklumkan kepada LHDN
✔️ Pastikan fail cukai ditutup dengan betul

Jangan tunggu sampai surat sampai baru nak panik.

Soranos Hub bantu urus:
📂 e-Filing
📂 Nil Return
📂 Penutupan fail cukai
📂 Semakan compliance bisnes

📊 3 ANGKA WAJIB BISNES OWNER TAHU (TAK PERLU JADI AKAUNTAN)Ramai founder fobia tengok report akaun tebal-tebal. Pening ...
01/05/2026

📊 3 ANGKA WAJIB BISNES OWNER TAHU (TAK PERLU JADI AKAUNTAN)

Ramai founder fobia tengok report akaun tebal-tebal. Pening kepala nak tengok debit kredit.

Anda TAK PERLU hafal semua nombor. Sebagai owner bisnes, cukup anda pantau 3 meter utama ini setiap bulan untuk pastikan kapal tak terhempas:

1️⃣ Untung Kasar (Gross Profit)

• Formula: Jualan - Kos Barang.
• Kenapa Wajib Tahu: Nak tahu produk anda sebenarnya buat duit atau tak. Kalau margin nipis sangat, buat sales juta-juta pun penat je, hasil habuk pun tak ada.

2️⃣ Belanja Tetap (Fixed Costs)

• Contoh: Sewa kedai, gaji staf, bil internet.
• Kenapa Wajib Tahu: Ini adalah Nyawa. Tak ada sales sekalipun, angka ini WAJIB dibayar. Kalau tak tahu angka ni, anda tak tahu berapa sales minima kena buat untuk survive.

3️⃣ Baki Tunai Bersih (Net Cash Balance)

• Maksud: Duit sebenar dalam bank sekarang.
• Kenapa Wajib Tahu: Untung atas kertas (P&L) tak boleh beli stok atau bayar gaji. Cash is King. Kalau untung positif tapi tunai negatif, bisnes sedang sesak nafas.

Bisnes bukan main teka-teka. Kuasai 3 nombor ni, tidur malam anda pasti lebih lena.

Tak sempat nak kira sebab sibuk buat sales atau marketing?
Serahkan pada Soranos Hub. Kami kirakan, anda buat keputusan.

Bukti Kemampuan Anak Tempatan 🚀💼 Siapa sangka, di sebalik ladang ternakan hijau yang luas di Australia, ada Anak Tempata...
29/04/2026

Bukti Kemampuan Anak Tempatan 🚀💼

Siapa sangka, di sebalik ladang ternakan hijau yang luas di Australia, ada Anak Tempatan yang menjadi pemain utama industri daging halal dunia! 🌍🥩

Kenali Qusyairi Zubaidi, figura penting di sebalik Central Agri Group. Lulusan UIA ini bukan biasa-biasa.. beliau menguruskan beribu-ribu ekar ladang ternakan lembu yang merentasi Melbourne, Perth sehinggalah ke Darwin.

Bukan calang-calang skala operasi beliau:
• ✅ Memimpin 400+ pekerja dari 22 buah negara.
• ✅ Produk dieksport ke 52 buah negara.
• ✅ Rumah sembelihan moden di Victoria mampu memproses 250 ekor lembu sehari dengan efisien.

Kejayaan gah ini bukanlah keajaiban semalaman. Qusyairi sebenarnya sedang melebarkan sayap legasi hebat bapanya yang telah mula bertapak di Australia sejak 40 tahun lalu.

Ini bukti nyata: Dengan ilmu dan kesungguhan, kita mampu bersaing dan menakluk pentas global. Mari kita doakan agar lebih ramai lagi anak bangsa mencipta kejayaan luar biasa seperti beliau! 🇲🇾✨

21/03/2026

Gema takbir raya menandakan berakhirnya sebulan perjuangan di bulan Ramadan. ✨🌙

​Kami di Soranos Hub ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua klien, rakan strategik, dan pengikut kami yang dihargai.

​Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama erat yang diberikan sepanjang tahun ini.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kejayaan yang berlipat ganda buat perniagaan dan keluarga anda.

Tak Tahu Membaca, Tak Tahu Menulis. Tapi Dialah Mr. Honda Malaysia. 🇲🇾🔥Ramai ingat Tan Sri Loh Boon Siew terus kaya. Sal...
09/03/2026

Tak Tahu Membaca, Tak Tahu Menulis. Tapi Dialah Mr. Honda Malaysia. 🇲🇾🔥

Ramai ingat Tan Sri Loh Boon Siew terus kaya. Salah. Asalnya, beliau hanyalah perantau yang bekerja sebagai pelatih mekanik dan penarik beca part-time demi sesuap nasi.
Tapi beliau ada visi luar biasa.

Bermula umur 18 tahun, dengan modal RM200 (nilai yang besar zaman itu), beliau tak beli baju baru. Beliau beli 8 buah bas buruk!
Kepakaran mekanik digunakan, bas dibaiki, dan dijadikan bas penumpang. Untung tak "dimakan", tapi dilabur semula. 7 tahun kemudian, daripada 8 bas jadi 40 bas!

Kemuncak kejayaan? Pada usia 43 tahun, ketika bercuti di Jepun, mata tajam beliau nampak potensi motor Honda. Walaupun buta huruf, beliau yakinkan soichiro Honda untuk bagi hak edaran di Malaysia pada 1958.

Pengajarannya? Ilmu formal penting, tapi "street smart" dan berani ambil risiko itu penentu kejayaan. Siapa usaha, dia dapat. 💪

Kadang-kadang kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya kita cuma sedang menambah sesak.​Seringkali kita tanya kenapa anxiety...
06/03/2026

Kadang-kadang kita rasa kita kuat, tapi sebenarnya kita cuma sedang menambah sesak.

​Seringkali kita tanya kenapa anxiety makin menjadi-jadi, tapi tanpa sedar kita sendiri yang beri makan pada kegelisahan itu melalui 5 tabiat ini:

​Doomscrolling Sebelum Tidur: Cahaya biru dan lambakan maklumat buat otak tak sempat nak shutdown. Tidur kelaut, anxiety pun jemput datang.

​Abaikan Isyarat Badan: Jantung laju, dada ketat tapi kita buat tak tahu. Akhirnya, otak mula fikir 'skrip' paling buruk.

​The Silent Fighter: Senyum di luar, berperang di dalam. Bila emosi dipendam tanpa ruang luahan, ia akan meletup bila-bila masa.

​Toxic Environment: Dikelilingi mereka yang s**a membanding dan menyindir. Racun senyap ini perlahan-lahan curi ketenangan kita.

​Perangkap Sempurna: Kita paksa hidup jadi macam matematik yang jawapannya mesti tepat. Bila tak perfect, kita mula menyalahkan diri sendiri.
​Ingat, kenalpasti bukan untuk menghukum diri, tapi untuk mula menyayangi diri. Jangan hanya sekadar bertahan, mulalah merawat. 🤍

“Bank statement kan dah ada… kenapa nak simpan resit lagi?” 🤔Jawapannya mudah:Bank statement cuma tunjuk jumlah & nama k...
04/03/2026

“Bank statement kan dah ada… kenapa nak simpan resit lagi?” 🤔

Jawapannya mudah:
Bank statement cuma tunjuk jumlah & nama kedai.
LHDN nak lihat perincian item — apa sebenarnya anda beli.

Contoh:
RM300 di kedai s**an.
Adakah beli bola (boleh claim) atau jersi (tak boleh claim)?

Tanpa resit rasmi yang ada itemized details,
tuntutan anda boleh ditolak semasa audit ❌

Lagi satu risiko besar kalau bayar tunai:
Tiada jejak digital.
Dalam bank statement cuma keluar “Cash Withdrawal”.

Nak rekod lebih selamat?
✔ Snap & simpan resit segera
✔ Simpan minimum 7 tahun
✔ Buat folder ikut tahun untuk mudahkan e-Filing

Kalau anda tak pasti pelepasan mana boleh claim,
atau nak pastikan rekod anda “audit-proof”…

📲 WhatsApp kami melalui link di bio sekarang.
Kami bantu semak & uruskan dengan betul.

Soranos Hub Malaysia - Accounting & Digital Marketing

5 TAHUN MENUNGGU, 1 BAS TERPAKAI, KINI SATU EMPAYAR.Kehilangan ibu pada usia 4 tahun dan ayah pada usia 17 tahun bukan p...
03/03/2026

5 TAHUN MENUNGGU, 1 BAS TERPAKAI, KINI SATU EMPAYAR.

Kehilangan ibu pada usia 4 tahun dan ayah pada usia 17 tahun bukan perkara mudah. Dunia seolah-olah runtuh terlalu awal buat Zaim Ghazali. Namun, air mata tidak membina empayar, kecekalan yang melakukannya.

Zaim belajar berdikari sejak di menara gading (UUM). Dari jual burger hingga sewa kereta, semuanya dilakukan demi kelangsungan hidup. Impiannya besar: Mahu ada bas ekspres sendiri.

Tapi realiti itu pahit. 5 tahun beliau menunggu lesen. 5 tahun dalam ketidakpastian. Ramai yang mungkin dah angkat bendera putih, tapi Zaim terus bertahan. Beliau bermula hanya dengan SATU bas terpakai yang dibeli tunai. Tanpa bantuan bank, tanpa pelabur besar.

Ujian tak berhenti di situ. Pandemik COVID-19 hampir melumpuhkan segalanya. Namun, prinsip "tidak lari dari tanggungjawab" menyelamatkan perniagaannya. Hari ini, Zaim Express bangkit dengan:
✅ 8 buah armada bas ekspres.
✅ Lebih 30 peluang pekerjaan untuk rakyat.
✅ Rangkaian laluan yang semakin luas.

Kisah ini bukan sekadar tentang bas. Ia tentang MENTALITI. Jangan jadikan latar belakang yang susah sebagai alasan untuk gagal, tapi jadikan ia bahan api untuk berjaya.
Kalau Zaim boleh, kenapa tidak kita? 📈

Nak fail cukai pendapatan tapi tak tahu nak mula dari mana? 🤯Kami dah susunkan 7 langkah beginner yang mudah untuk anda ...
02/03/2026

Nak fail cukai pendapatan tapi tak tahu nak mula dari mana? 🤯

Kami dah susunkan 7 langkah beginner yang mudah untuk anda ikut satu persatu melalui MyTax.

Daripada:
✔️ Log masuk
✔️ Pilih borang e-BE
✔️ Isi pendapatan
✔️ Isi pelepasan cukai
✔️ Semak & hantar

Ingat ❗
Pastikan semua pelepasan disokong dengan resit & rujuk Borang EA sebelum submit.

Tarikh penting:
🗓️ 1 Mac – 30 April

Kalau rasa keliru, tak pasti isi betul atau takut tersilap kira…

Biarkan kami bantu uruskan untuk anda ✅
Lebih tenang, lebih yakin, elak kesilapan.

📲 WhatsApp kami melalui link di bio sekarang

Address

Bandar Tropicana Aman
Telok Panglima Garang
42500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Soranos Hub Malaysia - Accounting & Digital Marketing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Soranos Hub Malaysia - Accounting & Digital Marketing:

Share