07/09/2022
C2Joy | TDC
Bermula dengan single product, TDC mula operasi. Ramai orang tidak beli sebab โtak minum susuโ.
100% Jualan TDC dari C2Joy pada mulanya. Satu kebergantungan yang sebenarnya amat berisiko dalam apa jua perniagaan. Namun berkat Tuhan yang Maha Esa, TDC kekal berkembang dengan hanya 1 produk.
Kemudian memohon Sijil Akta Jualan Langsung (AJL), dan salah satu syarat adalah memerlukan 5 produk minima. Saya tidak ingin seperti segelintir syarikat, demi memenuhi syarat maka keluar lagi 5 produk tiada mana fungsi dan manfaat.
Maka dengan itu, kita melalui proses yang sukar berbanding syarikat lain. Saya ingin SETIAP produk TDC berfungsi dan berpaksi kepada Nutrisi yang amat bagus, bahan mentah asli dari Pencipta, dan mempertingkatkan sistem imunisasi setiap organ dalam badan.
Alhamdulillah, masuk tahun keenam, TDC lengkap dengan 5 produk utama.
Data bulan lepas menunjukkan, jualan C2Joy yang dominasi 100% jualan TDC, sudah jadi sekitar 55%. Jualan 45% adalah daripada produk produk lain, yakni Colever, BerryMix, Alithera dan terkini NectarMax yang masih baru berbanding C2Joy yang sudah 6 tahun di pasaran.
Selain pasukan jualan susu, sudah mula ada peminat tegar Jus BerryMix yang dikatakan โawet muda tanpa kimia dan risikoโ, pasukan peminat tegar Alithera, serta Team Colever yang begitu teruja dengan Booster Kolostrum New Zealand dengan gandingan TruCal dari Ireland dan Beta Glucan dari Norway.
Terkini, kita tambah p**a Madu Turki gabungan 7 herba tradisional bernama NectarMax. 4 bulan ke depan, muncul p**a Team Madu.
TDC terus berkembang, bermula dengan C2Joy dan di Malaysia.
Kita masih amat kerdil dan kecil, dan masih jauh untuk bergelar syarikat yang berpengaruh.
Ikutkan statistik, syarikat dan jenama belum sampai 20 tahun masih digelar baru dan belum kukuh.
TDC baru 6 tahun, baru 30% daripada 20 tahun benchmark ini, dan baru 6% daripada Legasi 100 tahun yang saya letakkan.
Jauh perjalanan, luas permandangan, berat amanah, besar pahala yang ingin dikejar.
Jalan terus, fokus terus, konsistensi mengalah motivasi, usaha mengalah bakat. Yang penting, niat dan sikap yang berpaksi pada Nama Tuhan yang Esa!