Etiqa Takaful Advisor - Nidzam Ahmad

Etiqa Takaful Advisor - Nidzam Ahmad You are in good hands!

10/04/2022

ANAK MUDA & MUFLIS

Apabila tengok gambar keratan akhbar ni di timeline Facebook, terus saya teringat balik sharing dari guru saya sewaktu seminar Tawau itu hari.

Golongan paling ramai yg bankrupt ialah golongan muda yg berumur 28-38 tahun.

Masa umur, 20 hingga 24 tahun tak ramai yg bankrupt, sebab belum kerja.

Bila dah kerja.

Dari hanya hutang PTPTN, tambah lagi hutang kereta, hutang peribadi dan hutang kad kredit.

Kerja dah ±5 tahun (umur 28).

Namun, kewangan semakin parah. Yang sepatutnya makin lama kerja, makin makin bertambah kaya (banyak simpanan).

Tapi tidak.

Hutang p**ak yg semakin banyak (semakin miskin).

Salah satu puncanya ialah, bila dah ada duit, keinginan semakin bertambah.

Walau gaji semakin tahun semakin banyak, tapi hutang jugak sama naik dengan gaji.

Akhir sekali,

Semakin lama kerja, jadi semakin miskin. Dan terpaksa isytihar bankrupt.

Nasihat guru saya, belajarlah hidup dibawah kemampuan. Bukan ikut kemahuan.

4 PERKARA YANG PASTI BERLAKU DALAM HIDUP ANDA Berikut adalah 4 perkara yang pasti berlaku dalam hidup anda:1. Anda akan ...
22/02/2022

4 PERKARA YANG PASTI BERLAKU DALAM HIDUP ANDA

Berikut adalah 4 perkara yang pasti berlaku dalam hidup anda:

1. Anda akan menjadi tua.
2. Anda akan memerlukan wang yang banyak untuk menampung hidup selepas bersara.
3. Anak anda memerlukan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti.
4. Anda akan mati!

Poin 2 dan 3 melibatkan wang, dan wang yang banyak. Mereka yang menyimpan seciput wang dan sudah tentu mereka yang tidak menyimpan langsung akan merasa beban dan tekanan yang teramat sangat apabila kedua2 poin tadi berlaku – dan ianya pasti akan berlaku (kecuali poin 4 berlaku dahulu!).

Saya mula menyimpan untuk kedua2 poin tadi sudah lebih 30 tahun. Saya perlu mengaku yang semasa saya mula2 menyimpan tersebut, saya sendiri pun terasa pelik sebab saya menyimpan wang untuk persaraan walhal waktu itu saya masih berumur 25 tahun – ianya seperti tak masuk akal! Tetapi saya lakukan juga.

Dan hari ini saya rasa amat lega sekali kerana saya mengambil langkah menyimpan dan melabur wang tersebut. Hari ini saya boleh bersara (jika saya mahu) dan tahap kehidupan saya akan kekal seperti biasa i.e. seperti saya masih bekerja. Situasi ini berlaku bukan kerana saya extra-bijak atau extra-ordinary. Ianya berlaku kerana saya MENYIMPAN DAN MELABUR SECARA KONSISTEN SEJAK 30 TAHUN DULU dan terus menerus MENAMBAH ILMU KEWANGAN DAN PELABURAN.

Sekarang anda tahu ceritanya, apakah yang akan anda lakukan?
Azizi Ali Mentor Kewangan

MENYELESAIKAN MASALAHDalam kehidupan ini, memang benar banyak problem yang kita alami adalah berpunca daripada perbuatan...
11/12/2021

MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam kehidupan ini, memang benar banyak problem yang kita alami adalah berpunca daripada perbuatan orang-orang lain.

Sebagai contoh, kita mungkin berjiran dengan suami isteri yang bekerja di gerai tom yam panas. Bisnes jenis itu dijalankan pada waktu malam.

Jadi, tiap-tiap malam jiran kita balik berniaga lewat malam. Bunyi motosikal buruk mereka bising, dan itu mengganggu tidur kita.

Dalam situasi apabila problem itu sukar diselesaikan, orang yang mentalnya kuat akan asingkan dua jenis problem ini:

i. Problem yang puncanya berada dalam kawalan kita.

ii. Problem yang puncanya berada di luar kawalan kita.

Banyak punca problem yang kita alami adalah di luar kawalan kita.

Contohnya, ada pesaing yang cemburu pada kejayaan bisnes kita lalu dia sebarkan cerita-cerita buruk yang tidak benar tentang bisnes kita.

Kita tidak dapat kawal hati dan mulut orang lain. Itu adalah contoh perkara yang berada di luar kawalan kita. Jadi, kita jangan buang masa memikirkan perkara yang berada di luar kawalan kita.

Tumpukan otak kita pada perkara-perkara yang dapat dikawal sahaja.

Solusi adalah contoh perkara yang dapat dikawal. Jadi, fokuskan otak kita pada solusi.

Marah-marah, merungut, meratap-ratap tidak menyelesaikan masalah.

Dalam kes di mana solusi problem itu sukar, kita ubah cara kita berfikir.

Orang yang mentalnya kuat dapat menerima realiti kehidupan, di mana banyak perkara yang berlaku memang macam tidak adil.

Sebagai contoh dalam kes bunyi motor buruk jiran kita itu, jangan tengok jiran kita yang balik kerja malam itu sebagai masalah. Kita boleh tengok jiran itu sebagai perkara yang positif.

Cuba fikirkan kebaikan kita mempunyai jiran macam jiran kita itu.

Umpamanya, disebabkan jiran kita balik lewat malam, pencuri tidak datang pada waktu malam.

Dengan mengubah cara pandang kita pada sesuatu problem itu, dengan sendirinya apa yang kita anggap problem boleh menjadi perkara baik dan menguntungkan, lalu kita rasa bernasib baik dan bersyukur.
Ainon Mohd

Kenapa perlunya PELAN TAKAFUL PAMPASAN SAKIT KRITIKAL ? Kerana nak dapatkan perubatan Islam juga bukannya murah😅Dengan P...
22/11/2021

Kenapa perlunya PELAN TAKAFUL PAMPASAN SAKIT KRITIKAL ? Kerana nak dapatkan perubatan Islam juga bukannya murah😅

Dengan PELAN TAKAFUL PAMPASAN SAKIT KRITIKAL bole la kita gunakan pampasan yang kita dapat untuk menampung kos hidup sewaktu sakit tidak bole bekerja dan membayar apa nya jenis rawatan yang ingin kita dapatkan.

Jika tidak, kita mungkin terpaksa bergolak gadai Emas yang ada & terpaksa meminta-minta untuk membayar rawatan.

💡Tahukah anda?🖤Hari Radang Paru-Paru atau lebih dikenali sebagai pneumonia bagi memerangi penyakit yang meragut lebih 2....
12/11/2021

💡Tahukah anda?

🖤Hari Radang Paru-Paru atau lebih dikenali sebagai pneumonia bagi memerangi penyakit yang meragut lebih 2.5 juta nyawa di seluruh dunia sejak 2020.
🦠Organisma yang menyebabkan pneumonia boleh merebak melalui titisan bawaan udara yang dihembus individu lain yang dijangkiti apabila mereka batuk dan bersin.
🤱🏻Pemberian susu badan kepada bayi sebaik dilahirkan, penjagaan kebersihan dan pastikan bayi mendapat vaksin seperti disaran pakar antara pencegahan berkesan mengelak jangkitan pneumonia sekali gus menghindari kematian pada usia bawah lima tahun.

TAHUKAH ANDA?🧔🏻Movember (Australia-Inggeris untuk misai, "mo" dan "November") ialah acara tahunan yang melibatkan pertum...
04/11/2021

TAHUKAH ANDA?🧔🏻

Movember (Australia-Inggeris untuk misai, "mo" dan "November") ialah acara tahunan yang melibatkan pertumbuhan misai pada bulan November untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan lelaki seperti kanser contohnya.

Serius kan?👨🏻Yeke..
Apabila bercakap mengenai kesihatan mereka, kebanyakan lelaki jarang bercakap tentangnya, kurang mengambil tindakan, dan meninggal diusia muda.

Ayuh!🧔🏻
Mari sesama memberi sokongan kepada golongan lelaki menjalani kehidupan yang lebih sihat, bahagia dan bermakna. Sedikit sebanyak boleh membantu mengubah corak peningkatan kesihatan lelaki.

PUSAKA| DUIT KWSPSehari dua ini , isu yang hangat diperkatakan adalah berkenaan KWSP. Malam ini saya ingin mengupas berk...
02/11/2021

PUSAKA| DUIT KWSP

Sehari dua ini , isu yang hangat diperkatakan adalah berkenaan KWSP.

Malam ini saya ingin mengupas berkaitan PENAMA KWSP

Sebelum itu ,mungkin tuan/puan pernah baca di akhbar, Fb @ dengar bahawa
1) Penama pecah Amanah
2) Penama bolot sorang duit ahli KWSP
3) Penama tidak membayar hutang ahli KWSP
4) Penama tidak membahagikan duit tersebut kepada Ahli Faraid ( ibu, ayah,anak,isteri)
5) Penama tidak membahagikan duit KWSP kepada anak anak bawah umur simati.
6) Pak cik sedara sebagai penama membiarkan anak ahli KWSP merempat tanpa memberikan duit KWSP mengikut hak faraid anak anak tersebut .

Jika baca semuanya diatas adalah berkenaan penama individu .

Untuk makluman semua, bermula 01 Januari 2018, KWSP telah memulakan langkah penambahbaikan yang mana ahli KWSP diberi pilihan untuk melantik Penama Individu atau melantik Penama Institusi. Penama Institusi hanyalah satu satunya syarikat peramanah awam iaitu Amanah Raya Berhad (ARB) sahaja.

Keratan link akhbar dibawah adalah berkenaan ahli KWSP boleh melantik ARB sebagai penama kepada duit KWSP

(1)Penambahbaikan EPF pada polisi bermula 1 Januari 2018
https://www.kwsp.gov.my/ms/-/enhancements-to-epf-schemes-and-policies-starting-1-january-2018

(2)Pencarum KWSP boleh melantik Amanahraya
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373362/pencarum-kwsp-boleh-melantik-amanahraya

(3)Pencarum KWSP digalakkan melantik ARB tadbir simpanan
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/10/613639/pencarum-kwsp-digalak-lantik-amanahraya-tadbir-simpanan
PERBEZAAN PENAMA INDIVIDU DAN PENAMA INSTITUSI (ARB)
Apakah perbezaan penama individu dan penama Institusi ?

PENAMA INDIVIDU
Penama individu adalah ahli KWSP melantik seseorang individu(orang) untuk menjadi penamanya. Untuk makluman semua, sesiapa sahaja boleh dilantik jadi penama biarpun individu tersebut bukan waris kepada ahli KWSP seperti jiran sebelah rumah, imam, bilal, mak sedara, kawan sekerja, pakwe, makwe dll(Nak lantik saya pon boleh ☺️☺️).

PERINGATAN bagi yang melantik penama individu:
(1) Anda juga perlu sentiasa mengemaskini penama terutamanya penama yang anda namakan telah dijemput Ilahi (mati). Ini kerana penama yang mati terdahulu sebelum anda, penama tersebut terbatal.

(2) Penama Individu bawah umur seperti melantik anak yang bawah umur jadi penama. Jika anda melantik selepasa 01/01/2017,
Apabila setelah setahun daripada tarikh anda meninggal dunia , anak anda masih bawah umur (18 tahun) maka penama tersebut terbatal dan pengeluaran duit KWSP perlu melalui Surat Kuasa Mentadbir ( SKM )

- Jika anak bawah umur itu anda lantik penama sebelum 01/01/2017 maka pengeluaran duit KWSP anda akan dibayar kepada penama tersebut selepas anak itu cukup umur 18 tahun. Bayangkan jika ketika meninggal dunia dan ketika itu penama bawah umur tersebut baru umur 3 tahun , maka duit KWSP simati hanya boleh dikeluarkan setelah 15 tahun kemudian iaitu ketika anak anda cukup umur 18 tahun . Duit tersebut akan tersimpan di KWSP sehinggalah penama anak bawah umur tersebut cukup umur 18 tahun .

PENAMA INSTITUSI (ARB)
Penama Institusi p**a adalah ahli KWSP melantik satu institusi yang telah dikhususkan oleh KWSP iaitu Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penamanya.

Anda tidak perlu mengemaskini disebabkan ia adalah institusi dan tidak seperti penama individu yang boleh dijemput Ilahi.

PERSOALAN BERKAITAN:-
(1)Adakah ahli KWSP boleh melantik penama institusi selain ARB?

Jawapannya:-..
Tidak boleh, ahli KWSP tidak boleh melantik institusi lain @ syarikat peramanahan lain untuk menjadi penama selain Amanah Raya Berhad (ARB)

(2)Adakah apabila meninggal dunia ahli KWSP, penama akan dapat duit ahli KWSP tersebut ?

Ya, penama akan diberikan duit ahli KWSP tersebut tanpa perlu melalui Surat Kuasa Mentadbir (SKM).

(3)Apakah TUGAS PENAMA ?

Antara tugas penama samada penama individu atau penama institusi adalah seperti berikut:-

1. Menyelesaikan bayaran pengebumian si-mati.
2. Menyelesaikan segala hutang-piutang si-mati.
3. Mentadbir wasiat si-mati (setakat mana had dibenarkan oleh undang-undang Islam).
4. Membahagikan wang pengeluaran simpanan KWSP si-mati kepada waris-waris yang layak berdasarkan undang-undang Islam.(faraid).

Perkara ini semua ada dinyatakan di dalam borang perakuan tanggungjawab penama/penerima wang simpanan KWSP ahli (Ahli Beragama Muslim) dibawah panduan Am.

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/death.
Borang ini perlu ditandatangani dan dihantar semasa ingin membuat pengeluaran kematian.
Beberapa persoalan yang boleh difikirkan:-
(1)Adakah penama individu yang anda lantik dengan yakin boleh menjalankan tugas tugas sebagai seorang pentadbir/penama keatas duit KWSP anda ?

(2)Adakah mereka mempunyai pengalaman untuk naik turun mencari pemiutang untuk menyelesaikan hutang anda ?
PENYELESAIAN_ SOLUSI

Jadi apa PENYELESAIANNYA/SOLUSI bagi duit ahli KWSP tersebut supaya benar benar mengikut tugas penama/pentadbir dan duit tersebut dapat menyelesaikan hak simati dan hak waris waris ?

Pada pandangan saya, tuan/puan boleh melantik penama institusi iaitu Amanah Raya Berhad(ARB) sebagai penama yang mana dapat menyelesaikan masalah masalah yang kemungkinan berulang seperti yang dikatakan pada permulaan perenggan diatas yang berlaku kepada penama individu .

Selain itu hak ahli KWSP yang telah meninggal dunia juga akan ditunaikan iaitu tugas penama dari no 1 hingga 3 dan hak waris waris yang patut dapat mengikut faraid juga dapat dilaksanakan .

Apakah yang akan anda dapat sekiranya melantik ARB sebagai penama kepada KWSP anda?

Penebusan Wasiat Asas Percuma daripada ARB yang berharga RM500 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penamaan

KELEBIHAN MELANTIK ARB SEBAGAI PRNAMA

Apakah kelebihan melantik Amanah Raya Berhad sebagai Penama?
Kelebihan melantik penama ARB:-
1) Duit kwsp dapat dibahagikan kepada semua waris faraid
2) Tiada salah guna terhadap duit simati
3) Tiada isu makan duit haram
4) Perbalahan dan perebutan duit KWSP dapat dielakkan
5) ARB syarikat berkecuali dan tiada kepentingan kepada waris waris

6) ARB tertakluk dan terikat kepada Akta Perbadanan AmanahRaya 1995 dan Akta Syarikat Peramanahan yang telah diluluskan oleh parlimen Malaysia.
untuk mengetahui dan mendapatkan lebih maklumat boleh pergi ke channel telegram saya di https://t.me/AhmadMustapha01
Ahmad Mustapha

"Plan your wealth, Change your life"
019-2060180










# Afyan Mat Rawi, IFP

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2017: Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan empat penambahbaikan ke atas skim dan polisi KWSP yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2018 sebagai antara usaha berterusan KWSP untuk menambahbaik dan memenuhi jangkaan ahli.

Bulan baharu, semangat baharu!Bulan lepas, saya dapat reward Smart Watch daripada Agensi. Sebab berjaya achieve collecti...
01/11/2021

Bulan baharu, semangat baharu!

Bulan lepas, saya dapat reward Smart Watch daripada Agensi. Sebab berjaya achieve collection terbaik by group. Busy-busy pun dapatlah sales sikit. Tuntasnya, niat kena betul. Niat bantu orang, bukan demi duit semata-mata, in sha Allah dipermudahkan.

Harapnya bulan ni dapat reward Basikal la, boleh berkawan sama semua Azizul Hasni Awang ciplak di tepi jalan tuuu 😂

Kisah 3 org pekerja simen buat rumah.Kerja sama, upah sama,Bezanya muka berbeza.Si A masam, si B selamber, si C ceria.Wa...
10/10/2021

Kisah 3 org pekerja simen buat rumah.
Kerja sama, upah sama,
Bezanya muka berbeza.

Si A masam, si B selamber, si C ceria.

Wartawan tanya si A.
Awak sedang buat apa?
Taknampak ke?!! Tengah simen rumah la.

Wartawan tanya si B.
Awak sedang buat apa?
Nak siapkan kerja simen ni je.

Wartawan tanya si C.
Awak sedang buat apa? Kerana nampak happy.
Oo..Saya sedang nak siapkan rumah utk 1 keluarga yang miskin. Bila siap mereka sekeluarga dapat tinggal disini dgn selamat dan gembira. Saya nak MEMBERI mereka rumah yang terbaik.

Pengajaran:
KITA HAPPY KERANA KITA MEMBERI, DAN BUKANNYA MENERIMA.

Being recognised as the Best Takaful Institution, for both General Takaful and Family Takaful by the Asset Triple A Isla...
08/10/2021

Being recognised as the Best Takaful Institution, for both General Takaful and Family Takaful by the Asset Triple A Islamic Finance Awards 2021 would not have been possible without you. Thank you for choosing us to take care of your Takaful needs.

Address

Tawau

Telephone

+60198111867

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etiqa Takaful Advisor - Nidzam Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share