Public Gold by Safwan Hassan

Tentu ada di kalangan kita terfikirkan tentang pelaburan emas melalui bank bukan? Apa perkara yang perlu kita ketahui me...
11/09/2022

Tentu ada di kalangan kita terfikirkan tentang pelaburan emas melalui bank bukan? Apa perkara yang perlu kita ketahui mengenai pelaburan emas melalui institusi bank?

Sesetengah bank tidak menawarkan emas fizikal jika melabur di dalam institusi mereka. Pihak bank hanya menyimpan emas yang dibeli dalam bentuk digital. Nilai emas yang disimpan hanya dicetak di dalam buku akaun pelaburan emas tanpa bersandarkan emas fizikal.

Maknanya, hanya boleh melihat angka nilai pelaburan anda dalam bentuk emas kertas (paper gold) tanpa dapat mengeluarkan emas fizikal di tangan. Konsep begini secara amnya adalah tidak patuh Syariah. Simpan emas dapat digit secara digital.

Tidak dinafikan ada jugak bank yang menawarkan emas fizikal. Tetapi tidak semua bank memberikan jaminan beli balik emas jenamanya. Ada juga yang membeli balik emas jenamanya tetapi bersyaratkan tak boleh buka seal, tak boleh kemek atau calar. Wah! Sedihnya… Banyak p**ak cekadak nak jual.

Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang patuh syariah dan yang paling mudah, akaun simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold adalah yang paling mudah jika dibandingkan dengan akaun pelaburan emas di bank atau mana-mana pelaburan emas di syarikat emas yang lain.

Emas di akaun emas GAP disokong oleh simpanan emas fizikal dan disahkan patuh Syariah. Yang best lagi, Public Gold memberikan jaminan pasti beli balik emas jenamanya tak kira emas tersebut patah, kemek atau calar.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Bila sebut tentang kambing mesti sinonim dengan satu dinar. Tahukah anda, ada sebuah kisah yang boleh dirungkaikan kenap...
15/08/2022

Bila sebut tentang kambing mesti sinonim dengan satu dinar. Tahukah anda, ada sebuah kisah yang boleh dirungkaikan kenapa 1 dinar untuk seekor kambing?

Ada seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Urwah diberi satu dinar untuk membeli seekor kambing. Kemudian Urwah membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika perjalanan, seorang lelaki menemuinya dan ingin membeli salah seekor kambing daripada beliau. Maka beliau menjual seekor dengan harga satu dinar.

Kejadian ini diberitahu Rasulullah dan mendoakan agar perniagaannya sentiasa diberkati. Kisah ini berlaku beribu-ribu tahun lepas.
Menariknya? Sehingga hari ini satu dinar masih mampu membeli seekor kambing. Satu dinar pada zaman dahulu boleh membeli seekor hari ini masih boleh membeli seekor kambing. Tahun 2017 harga seekor kambing adalah RM800 hari ini seekor kambing RM1,100. Jika dibeli menggunakan wang kertas memerlukan wang yang lebih banyak. Tetapi jika menggunakan satu dinar nilai kuasa belinya tetap berkadar satu dinar. Dengan emas, kita kekal kaya!

Hari ini dah ad acara untuk kita membeli kambing bukan hanya seekor malah sekandang kambing. Caranya sangat mudah iaitu menabung di akaun GAP minimun RM 1OO dan keluarkan 1 dinar setelah cukup 4.25gram. Mudah, murah dan selamat bukan?

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Gais,Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan guna kaedah Easy Payme...
12/08/2022

Gais,
Jika kita seorang yang boros dan mahu konsisten menabung emas secara konsisten saya sarankan guna kaedah Easy Payment Purchase (Syariah EPP). Kaedah ini salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang kita dari terus dibelanja habis.

EPP bermaksud kita lock harga hari ini untuk kita bayar bulan dengan harga yang sama pada masa hadapan. Harga emas yang di beli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikkan atau penurunan harga emas selepas membuat belian. EPP boleh dilakukan selama enam bulan. Setelah bayaran habis dilakukan emas boleh diambil dicawangan atau dilakukan GIT dipos ke alamat rumah.

Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan terutama bagi penyimpan emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan. Cara ini dapat paksa diri untuk menabung.

Kita juga boleh membeli emas secara runcit bermula dengan 1 gram gold bar di cawangan Public Gold yang berhampiran untuk simpanan sendiri. Kaedah ini boleh sangat cepat dan segala kos caj telah dimas**an didalam harga runcit tersebut.
Mudah kan? Jom disiplinkan diri menggunakan kaedah ini untuk selamatkan wang dari dibelanja. Elak boros!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Gaji asyik tak cukup ja?Cukup-cukup makan ja? Tengah bulan asyik nak korek tabungan?Jangan risau sebenarnya Public Gold ...
11/08/2022

Gaji asyik tak cukup ja?
Cukup-cukup makan ja?
Tengah bulan asyik nak korek tabungan?

Jangan risau sebenarnya Public Gold menawarkan dealership tanpa modal kepada sesiapa yang berminat menjana pendapatan pasif sehingga RM5,000 sebulan. Dengan menjadi dealer Public Gold bukan hanya dapat membantu memberi manfaat kepada masyarakat malah dapat meningkatkan pendapatan melalui insentif yang diberikan oleh Public Gold sebanyak :
• 1.0% Normal Dealer
• 1.5% Priority Dealer

Ambil peluang menjadi dealer untuk menambah pendapatan pasif anda selain anda berpeluang belajar ilmu emas yang unlimited untuk disumbangkan kepada masyarakat.

Anda boleh mengambil peluang untuk menjadi dealer Public Gold melalui kaedah :
1. Promosi Bulanan
Public Gold selalu mengadakan promosi menjadi dealer. Boleh semak pengumuman promosi terkini di website Public Gold, atau di FB Public Gold International Bhd.

2. Promosi Ketika Seminar
Public Gold mengadakan lebih 100 seminar setiap bulan secara PERCUMA samada seminar Asas Pelaburan Emas atau Business Opportunity Preview (BOP). Selalunya, Public Gold mengadakan promosi khas sempena seminar untuk menjadi dealer dengan pembelian yang lebih rendah daripada biasa.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburanTerlalu semangat untuk melabur dalam emas,  tanpa berfikir panjang dan t...
07/08/2022

Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan

Terlalu semangat untuk melabur dalam emas, tanpa berfikir panjang dan tiada asas ilmu emas amatlah merugikan. Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa. Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya. Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1) Harga per gram lebih mahal : Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan.

2) Kadar spread lebih tinggi : Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25-40% berbanding emas pelaburan kurang dari 10%.

3) Kos upah yang dimanip**asi : Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya, lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakala jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang tinggi.

4) Update harga lambat : Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

Tapikan.. tak salah pun beli emas perhiasan 916. Cuma, cukuplah untuk setakat pakai sahaja. Selebihnya? Simpan emas 999. Takut nak simpan di tangan? Boleh menabung di akaun emas GAP yang patuh syariah.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Semua perkara dalam dunia ni perlukan ilmu dan bimbingan. Dan ilmu ni perlulah dari orang yang betul dan berpengalaman. ...
06/08/2022

Semua perkara dalam dunia ni perlukan ilmu dan bimbingan. Dan ilmu ni perlulah dari orang yang betul dan berpengalaman. Sebaiknya, anda dapatkanlah bimbingan dari orang yang betul ye jika ingin menabung emas. InsyaaAllah, dealer-dealer di Public Gold terlatih dan mampu memberi bimbingan yang diperlukan.

Tanpa bimbingan, anda akan keliru strategi yang betul baca harga bila masa yang sesuai untuk menjual, apa yang perlu dilakukan untuk mengambil emas anda dan banyak lagi aspek teknikal yang perlu diketahui. Bak kata pepatah, berguru kepalang ajar. Maka, bermulah sekarang dan belajarlah dari orang yang betul.

Jom saya share satu cerita kisah benar mangsa yang terciduk membeli emas palsu:
Pada tahun 2018, ada seorang peniaga wanita kerugian RM219,000 selepas terpedaya membeli emas palsu daripada dua lelaki yang mendakwa kononnya memiliki kilang emas. Mangsa yang berasal dari Perak telah membeli jongkong emas seberat 12.7 kilogram (kg) dengan harga RM273,000.

Lebih suku juta kerugian yang perlu ditanggung oleh mangsa. Menurut mangsa, pembelian emas berkenaan tidak mempunyai resit bayaran atau dokumen perjanjian, tetapi hanya melalui serahan tangan dan bersaksikan rakan sekampung mangsa. Perghhhh berani betul eh beli benda mahal tanpa sebarang dokumen?

Kawan, emas bukan barang murah. Mana boleh lakukan sebarang transaksi emas tanpa disertakan invois dan dokumen. Anda perlu berhati-hati dan sentiasa memastikan setiap jual beli mempunyai rekod ya! Jika tidak, menyesal tak sudah lah, kawan!

Ada banyak lagi syarikat atau perseorangan di luar sana yang menipu dan memperdayakan mangsa. Justeru, selaku penguna yang bijak, wang kertas perlu pandai memilih. Di Public Gold, semua transaksi disertakan invois dan ada hitam putih. Dan kesemua emas Public Gold mempunyai sijil ketulenan.Nahhhhh, benda boleh beli yang asli, kenapa nak beli yang tiruan, kan?

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Di Malaysia, selalunya kita nampak duit origami di atas dulang hantaran. Tapi di Venezuela, bukan setakat atas dulang, d...
02/08/2022

Di Malaysia, selalunya kita nampak duit origami di atas dulang hantaran. Tapi di Venezuela, bukan setakat atas dulang, duit kertas juga telah dijadikan bag, pasu dan segala macam perhiasan.

“Wow! Banyaklah duit kertas yang digunakan untuk buat semua perhiasan origami ni. Mesti kaya raya orakyat Venezuela kan?”
Ops! Salah tu gais!

Nilai wang kertas Venezuela jatuh dan menjadi sangat rendah. Orang ramai membuang wang kertas kertas merata – rata. Ini kerana tidak ada kedai yang menerima wang kertas Bolivar lagi. Kejatuhan nilai matawang Bolivar telah menjadikan 5 keping wang Bolivar pun tak lepas beli gula – gula. Sedih!

Kejatuhan matawang Bolivar ni bukan sahaja menyebabkan ekonomi Venuezela merundum, tapi kesihatan rakyat turut terjejas. Kebanyakan rakyat terpaksa menahan lapar berhari – har hingga menyebabkan penurunan berat badan. Aktiviti jenayah setempat turut meningkat.

Kejatuhan ekonomi Venezuela berpunca dari kerakusan pemerintah yang mengeluarkan wang kertas kertas sewenang – wenangnya. Apabila terlalu banyak ‘supply’, tetapi ‘demand’ tetap sama, maka berlakulah ‘hyperinflation’.

Ini adalah bukti bahawa, wang kertas kertas ini ‘intrinsic value’ hingga boleh menyebabkan kejatuhan nilai mata wang.
Berlainan dengan emas, nilai emas berdiri dengan sendiri berdasarkan berat dan ketulenanya. Tak kira apa yang terjadi pada kerajaan semasa, nilai emas dalam simpanan kita tetap bernilai. Hatta di serata dunia, emas memang berharga.

Orang yang celik ilmu emas terus menambah simpanan emas masing – masing. Yang lain? Buat tak kesah, cuma fokus tambah simpanan wang kertas di bank. Kalau terjadi sesuatu pada Ringgit (Nauzubillah….), kekayaan menjadi sifar sekelip mata.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942 - 1945 , kerajaan Jepun memperkenalkan matawang pokok pisang di Tanah Melayu. ...
31/07/2022

Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942 - 1945 , kerajaan Jepun memperkenalkan matawang pokok pisang di Tanah Melayu.
Ketika itu, pihak tentera Jepun dengan sewenang – wenangnya mengeluarkan wang kertas tanpa had, hingga menyebabkan kadar inflasi yang tinggi. Malah wang kertas Pokok Pisang ini sangat mudah dipals**an kerana ketiadaan nombor siri. Ini secara langsung mengakibaktakn kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu.
Disebabkan inflasi yang tinggi, penduduk Tanah Melayu tak mampu membeli barang – barang asas. Hingga atuk dan nenek kita dulu hanya mampu meneruskan hidup dengan makan ubi kayu dan bubur nasi je. Aduhai…
Pada tahun 1945, Jepun telah dikalahkan oleh British, dan duit pokok pisang ni telah digugurkan dari udara sebagai tanda kekalahan Jepun.
Apa jadi pada semua duit pokok pisang dalam simpanan penduduk Tanah Melayu? Daripada wang menjadi hanya sekeping kertas yang tidak bernilai.
Yang lebih malang, ada juga penduduk Tanah Melayu yang duduk di kawasan pedalaman yang tak tahu berita kekalahan Jepun. Ketika ini datanglah beberapa orang malaun yang bawak berguni – guni duit pokok pisang untuk dijual dan ditukar dengan tanah ladang – ladang getah. Melalui matawang, dua kali malang.
Ini menjadikan ada penduduk Tanah Melayu memiliki berguni – guni duit matawang pokok yang nilainya sifar. Sejak itulah, sebahagian besar nenek moyang kita mula menabung sebahagian di dalam bentuk emas. Supaya, tidak lagi mengalami musibah begini.
Dalam kebanyakan masa, emas penyelamat harta ketika musibah. Jangan cakap emas ini untuk orang kaya – kaya je okay? Sekarang ini dengan duit 100 ringgit pun kita boleh simpan emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Satu fakta yang nyata adalah emas tidak ada pendapatan berbentuk dividen.TIDAK ADA!  Asasnya, untung dalam pelaburan ema...
30/07/2022

Satu fakta yang nyata adalah emas tidak ada pendapatan berbentuk dividen.TIDAK ADA! Asasnya, untung dalam pelaburan emas hanya beli harga rendah, dan jual bila harga tinggi. Kena faham tu. Kalau hendak jana pendapatan daripada emas, caranya cuma ada satu sahaja iaitu berniaga emas dengan menjadi ejen syarikat emas.

Jika ada sesiapa yang cakap dengan simpan emas anda boleh menjana pendapatan bulanan atau tahunan, silalah azankan mereka, angkat kaki dan lari cepat-cepat! Itu adalah pasti skim cepat kaya bertopengkan emas. Ya, mark my words. Mereka adalah PENIPU BESAR yang acah nak membantu kononnya.

Saban tahun, sudah terlalu banyak skim emas yang menawarkan pendapatan bulanan terbukti kesemuanya lingkup dan ke laut. Tidak sampai tiga tahun semuanya berkubur. Emas yang dijanjikan entah ke mana, duit pun lesap begitu sahaja! Sedihhhh, bukan?

Kalau betul-betul nak menjana pendapatan yang besar mesti berniaga emas. Jadilah ejen syarikat emas yang mempunyai track rekod dan reputasi yang baik. Sebab apa? Sebab sambil simpan dan melabur dalam emas, kita boleh juga menjana pendapatan sampingan! Maknanya apa? Maknanya keuntungan pasti lebih baik dan lebih cepat daripada menunggu kenaikan harga emas.

Kita tahu modus operandi pelabur emas hanya untung apabila beli harga rendah dan jual harga tinggi. Manakala peniaga emas p**a untung daripada setiap transaksi sama ada ketika menjual mahupun membeli emas. Sementara menanti harga naik, kita boleh jana pendapatan atas transaksi jual beli itu.

Benda simple je adik kakak. Begini - harga emas naik kita untung atas simpanan emas. Harga emas turun untungnya lebih besar melalui insentif jualan emas yang lebih banyak sebab itulah waktu pembeli emas menambah simpanannya dengan lebih banyak. Kita dibayar insentif atas asbab mendidik dan menjadi pemudah cara orang lain untuk membeli emas.

Tapi kena ingat, sebaiknya kita perlu menjadi peniaga emas yang berilmu. Bukan setakat ‘tangkap muat’ sahaja. Dan mendapatkan ilmu ini memerlukan proses. Dan proses memerlukan masa. Dan mengorbankan masa adalah satu perjuangan!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Dalam kes Arrahnu, basically kita tutup hutang bank dengan mencagarkan emas di Arrahnu. Duit dari Arrahnu> bayar baki hu...
29/07/2022

Dalam kes Arrahnu, basically kita tutup hutang bank dengan mencagarkan emas di Arrahnu. Duit dari Arrahnu> bayar baki hutang bank> kumpul duit untuk tebus Arrahnu + kos upah.

Kelebihannya? Kita dapat beli ‘masa’ iaitu setelkan hutang bank dengan cepat dalam masa yang sama kumpul duit untuk tebus emas kita. Di akhir semuanya, kita ada emas yang boleh dirollingkan semula untuk tujuan lain. Dan, kebiasaanya kita akan mendapat rebate (penjimatan) bila kita setelkan hutang kita lebih awal dari tempoh matang.

Tips dan trick pilih Arrahnu:-

1) Pilih Arrahnu berdasarkan pajak gadai Islam yang tak masuk CCRIS. General rules – Arrahnu Kooperasi, Pos Arrahnu, pajak melalui akaun GAP Public Gold dan senang cerita bukan Arrahnu dengan Bank. Kenapa nak kena jaga rekod CCRIS? Apa tu CCRIS? CCRIS report ni dalam bahasa mudah nak faham adalah report card kesihatan kewangan kita. Mestilah kena jaga, supaya tiptop agar memudahkan kita mendapat pembiayaan bank.

2) Pilih Arrahnu yang memberikan pinjaman maksima mungkin. Ada sesetengah Arrahnu mengenakan caj upah dari marhun. Ada sesetengah p**ak mengenakan caj upah berdasarkan nilai pinjaman. Marhun ni adalah total gram yang dicagarkan darab dengan harga emas semasa. Pinjaman dikira dari 70% ke 80% bergantung pada tempat. Nilai pinjaman adalah 70% ke 80% dari nilai marhun.

3) Pecahkan kepada beberapa surat pajak. Contoh nilai pinjaman RM7500, kita buat 3 surat. Surat pertama RM3000, surat kedua RM2500, surat ketiga RM2000. Total kos upah sama jek walaupun dalam tiga surat pajak. Kelebihnya, kita dapat tebus secara berasingan mengikut kemampuan kita rolling modal. Ada sesetengah Arrahnu kenakan RM1 untuk satu surat pajak (which sangat minimum!). Again- carilah Arrahnu yang tak masuk CCRIS. Sebab kalau Arrahnu yang masuk CCRIS, 10 surat pajak, kita akan ada 10 rekod dalam CCRIS!

4) Survey caj upah paling rendah. Setiap Arrahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum kita pajak emas, survey-lah dulu Arahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Macam Public Gold ni senang, sebab kita ada akaun emas fizikal GAP kan – maknanya tak perlu keluar rumah, just klik saja semua online. Duit akan masuk akaun dalam 3 hingga 5 hari bekerja. Mudah bangat, bukan?

5) Tebus emas kita secepat mungkin. Biasanya tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dapat tebus cepat-cepat lebih menguntungakn. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Best kan simpan emas? Bukan setakat jual dan beli. Siap boleh ar rahnu kan emas lagi tu. Ada emas, modal tak mati.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Apa beza penyimpan dan pelabur emas? Kau penyimpan atau pelabur emas, weh?”, soal rakan sepejabat saya. “Aku penyimpan e...
27/07/2022

Apa beza penyimpan dan pelabur emas? Kau penyimpan atau pelabur emas, weh?”, soal rakan sepejabat saya.
“Aku penyimpan emas. Pencinta setiaaaa… Aaaaagitchuuuu”, jawab saya dengan ringkas.
Benar, saya akui terma simpanan emas dan pelaburan emas sering mengelirukan kita. Nampak cam sama tapi tak serupa sebenarnya.

Contoh macam penjual durian dengan pekebun durian. Kan berbeza tu?
Analogi mudah begini :
Penyimpan emas ni ibarat macam pekebun durian. Hujan ke panas ke, kita tetap tanam dan semai pokok-pokok durian. Yang penting, kuantiti dan kualiti durian ni mesti bertambah dari tahun ke tahun. Sebab pekebun durian ni tahu sampai satu masa nanti, durian-durian ni akan dijual untuk p**angan yang lazat. Orang yang tanam durian, mana ada tanam arini jual esok, kan? Sekurang-kurangnya lebih lima tahun. Fokus penanam durian adalah KUANTITI DAN TEMPOH MASA.

Pelabur emas ni p**ak macam penjual durian. Soal kuantiti dan tempoh masa berada di nombor dua. Bagi mereka yang penting adalah HARGA. Kalau supplier A jual mahal, peniaga durian akan pergi kat supplier B. Beli harga rendah, kemudian jual harga tinggi. Pelabur melihat keuntungan dari sudut nilai matawang. Bagi peniaga, kalau dah habis musim durian atau banyak sangat dah penjual durian (sebab keuntungan nipis dan tak boleh nak main harga), peniaga akan beralih kepada jual rambutan ke, manggis ke, mata kucing ke…

Ok. Korang faham ke tuuuu?
Baik kawan, meh saya bagi penerangan sikit supaya kita semua lebih faham dan menggunakan terma yang tepat dan jitu ye.

Simpanan emas bermaksud kita upgrade duit menjadi emas. Objektif penyimpan emas adalah memperbanyakkan gram emas. Makin banyak gram emas, makin dia s**a. Soal harga adalah nombor dua, yang penting kuantiti emas semakin bertambah. Penyimpan emas mempunyai time frame yang panjang (3 tahun ke atas).

Penyimpan emas cuma aktif membeli emas dan sangat tidak aktif menjual. Hanya jual bila dah capai matlamat simpanan, ketika kecemasan atau nak upgrade kepada asset fizikal yang lain (Contoh rumah, tanah, rumah kedai, dsb). Datang la ribut taufan ke, puting beliung ke, kucing bertukar jadi harimau ke, gajah boleh terbang kat udara ke, penyimpan emas tak kisah apa jadi. Janji fokus nya adalah KUANTITI EMAS BERTAMBAH.

Strategi pelabur emas p**ak adalah orang yang membeli emas dengan matlamat utama untuk dapat keuntungan dari kenaikan harga emas. Pelabur emas aktif dengan aktiviti beli-jual. Secara am nya, pelabur emas faham tentang analisis teknikal harga emas (contoh macam support, resistance, trend dan momentum). Dia aktif membandingkan kenaikan harga emas dengan % keuntungan jika letak duit kat instrumen pelaburan yang lain (contoh macam ASB, Tabung Haji, unit amanah, saham, property dan lain-lain). Kalau trend emas jatuh, pelabur emas akan exit gold dan pergi lepak kat investment lain.

Haaa lebih kurang begitulah serba sedikit. Clear kan? Tak kisah pun sebenarnya anda penyimpan atau pelabur, jom bermula di cabang emas!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Sesiapa yang pernah ke Argentina pasti akan bersetuju yang bandar di Argentina adalah antara bandar yang termahal di dun...
26/07/2022

Sesiapa yang pernah ke Argentina pasti akan bersetuju yang bandar di Argentina adalah antara bandar yang termahal di dunia. Malah, orang Argentina sendiri pun akan cuba bercuti ke negara yang lebih murah seperti Amerika Syarikat atau Brazil. Di Argentina ada dua sistem harga.

Satu untuk penduduk tempatan, satu lagi untuk pelancong. Bayangkan barang yang sama tapi harga yang berbeza, hanya kerana korang adalah pelancong.

Walaupun bandar – bandar di Argentina dikenali sebagai antara bandar termahal di dunia, tak bermakna ekonomi di Argentina pesat membangun. Rusuhan demi rusuhan dianjurkan oleh rakyat kerana kejatuhan mata wang dan penyusutan kuasa beli.

Apabila matawang semakin susut nilai, rakyat akan terdorong membelanjakan wang dengan segera untuk mebeli barangan. Cuba bayangkan kita bekerja di kedai runcit. Setiap 15 minit kita kena berlari ke rak – rak barangan untuk tukar ‘tag harga’ mengikut kadar tukaran semasa.

Tak ke menggelabah macam tu?
Bila jadi begini tentulah saja tak semua orang dapat beli barang yang dikehendaki. Maka, sistem barter akan digunakan sekali lagi. Pada waktu ini, aset fizikal seperti emas, perak, makanan, hartanah, ubat – ubatan, senjata, rokok, bahan bakar atau minyak akan menjadi lebih berharga berbanding wang kertas.

Pendek kata, barang – barangan yang kita tak hargai masa ekonomi baik itulah yang akan menjadi bernilai sewaktu ekonomi jatuh. Sediakan payung sebelum hujan. Pastikan harta yang korang simpan bukan hanya dalam bentuk wang kertas sahaja.

Jom ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku di negara – negara lain. Takkan nak tunggu jadi pada negara sendiri baru nak ambil iktibar kan? Tukarlah sebahagian simpanan kita ke dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di https://wa.me/message/IUXTSTYJD7D2L1

Lagi info emas disini https://www.publicgoldofficial.com/safwanhassan

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Address

Lorong Perda Indah
Tasek Gelugor
13300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold by Safwan Hassan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold by Safwan Hassan:

Share