21/02/2026
Pernah terjebak...menyesal?! yesss!
Tapi aku belajar 'something' kat sini. Aku belajar apa itu " networking " dan "marketing".
Sebenarnya, aku bukan menyesal sebab aku gagal..tp aku menyesal sebab 'jalan' aku tak sama dengan dia yg aku sayangi. Aku perlu 'channel'kan hidupku semula mengikut "keredhaan" dia yg Allah dah tentukan sebagai jodohku.
Aku ni minat bisnes...aku tepu keje opis, kira amaun yang bukan aku punya,mengikut rutin dan prosedur sama setiap hari..bosannnn. Jadi aku buat bisnes untuk jumpa orang ramai, tak duk diam setempat...itulah aku.
1 hari... husben 'buka mata dan hati' aku untuk terjun dalam dunia dia dan bantu dia..Walaupon aku zero tentang training, aku tak faham dia, aku tak minat dengan bidang dia...Bukan senang2..dengan modal air mata dan tawa aku nekad untuk menaikkan bisnes husben.
Ada juga keluar ayat2 dari leader yg kata "nak aku berjaya" dalam bisnes MLM...tp 'brainwash' aku bagitahu..kalau aku berjaya nanti...husben akan ikut. Pesanan aku untuk yang berangan bintang dilangit, jangan dinafikan keberkatan dan redha suami.
Suami aku tak macam suami mereka yang s**a bisnes MLM..Jadi jutawan dalam masa setahun dua...kena ikut flow dan ikut cakap leader..dia bukan macam tu, dia nak bina legasi dia sendiri.
Ya! memang kami susah sekarang...
Tapi aku percaya, dengan usaha bersama dan berkat do'a... InsyaAllah akan ada rezeki kami untuk membina legasi kami - syarikat konsultasi latihan dan motivasi terkenal di Malaysia serta bina campsite,ofis,event place,coffee house sendiri.
Bukan nak cerita pung pang...tapi ni impian kami..
Alhamdulillah dia banyak bercerita tentang impian masa depan dia bersama aku sekarang, kalau nak dibandingkan dengan situasi aku dalam bisnes MLM..impian kami berbeza.
Dia tak cerita apa impian dia...Aku tak cerita angan2 aku kat dia...tapi sekarang impian kami SAMA... InsyaAllah..do'akan dibulan puasa ni..impian kami bersama termakbul satu demi satu. Aaminnnn ❤️✨
credit pic : fb PHM