11/06/2026
🎓 PEMAKLUMAN AWAL ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026 🎓
Tahniah kepada seluruh graduan Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah yang bakal diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sabah 2026.
📅 Tarikh: 21 – 24 September 2026
📍 Tempat: Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu
Istiadat konvokesyen ini merupakan detik bersejarah bagi menghargai segala usaha, pengorbanan dan pencapaian para graduan sepanjang tempoh pengajian. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang kerjaya, pendidikan dan kehidupan.
🎓 Graduan Kolej Komuniti Zon Sabah akan diraikan pada:
📌 Sidang 4
🗓️ 24 September 2026
🎓 Graduan Kolej Komuniti Zon Sabah
📚 Sesi II: 2024/2025 & Sesi I: 2025/2026
Para graduan dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti hebahan rasmi daripada institusi masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan konvokesyen.
Sekalung tahniah kepada semua graduan atas kejayaan yang telah dicapai. Teruskan melangkah maju sebagai alumni TVET yang berdaya saing, berkemahiran dan berintegriti.
Zon Sabah