PkP Assist

PkP Assist PkP Assist merupakan Agent Insurance bagi kenderaan dan juga nyawa No 1 di Taiping, Perak.

Untuk mendapatkan sebut harga dengan cepat dan murah, disinilah tempatnya.

03/09/2020

Tak perlu periksa PUSPAKOM jika cukai jalan tamat tak lebih 3 tahun

KUALA LUMPUR: Motosikal dan kereta persendirian yang cukai jalan tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mulai Jumaat ini.

Perkara itu diumumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh semalam sebelum ia tular di media sosial.

Menerusi surat pekeliling berkenaan, dua jenis kenderaan berkenaan yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh selama 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan dibenarkan memperbaharui cukai itu tanpa perlu pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM.

Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.

Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.

Difahamkan, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pengangkutan petang esok.

30/08/2020

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) — Orang ramai diberi masa sehingga 30 Sept untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), kerana pengecualian yang diberikan pada Mac lepas akan ditamatkan Isnin ini (31 Ogos).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pembatalan pengecualian ini adalah selaras dengan kuasa menteri di bawah seksyen 66(1)(x) dan 127 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pengecualian) 2020.

“Bagaimanapun, orang ramai yang memiliki LMM dan LKM yang tamat tempoh masih diberi masa untuk memperbaharuinya dalam tempoh 30 hari sehingga 30 Sept 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

30/07/2020

70% DISKAUN BAGI PEMBAYARAN SAMAN JPJ DAN SPAD SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BERMULA 1 OGOS 2020 SEHINGGA 31 OGOS 2020

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tawaran yang bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
28 JULAI 2020

29/05/2020

SIARAN MEDIA
29 MEI 2020
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR LATIHAN DAN PENGUJIAN PEMANDU BERMULA 1 JUN 2020

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka semula sektor Latihan dan Pengujian Pemandu berkuatkuasa 1 Jun 2020. Ini bermakna pengoperasian Institut Memandu dan proses melesenkan pemandu oleh JPJ akan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan waktu operasinya bermula 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

24/05/2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1441H KEPADA SEMUA PELANGGAN YG DIHORMATI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Proses Penghtrn Policy kpd client...
15/05/2020

Proses Penghtrn Policy kpd client...

15/05/2020

“JANGAN SERBU PEJABAT JPJ”

TERKINI : Urusan Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia berfungsi sepenuhnya berkuatkuasa 18 Mei 2020, Isnin.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berurusan di kaunter-kaunter JPJ seperti :

1. Saringan suhu badan (37.5’c kebawah) di pintu masuk utama premis JPJ

2. Memakai topeng muka dan hidung (face mask)

3. Mengamalkan penjarakan sosial 1 meter

4. Kerap membasuh tangan dan menggunakan hand sanitizer

5. Pembayaran e-payment dan

6. Menjaga kebersihan dan mencegah penularan wabak COVID-19 adalah tanggungjawab bersama.

Selesai delivery INSURANCE dan ROADTAX my client pagi ni.Que punya panjang di pos ofis tapi client punya keperluan tetap...
13/05/2020

Selesai delivery INSURANCE dan ROADTAX my client pagi ni.
Que punya panjang di pos ofis tapi client punya keperluan tetap menjadi keutamaan.
Ingin dapatkan sebut harga insurans PERCUMA dan FAST RESPOND?
Tekan link whatsapp ni SEKARANG .
--> http://wasap.my/60195789596/PkPAssistNakRenew



Diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam t...
10/05/2020

Diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan pada 24 Mac 2020 yang lalu.
Punca Kuasa Sek.66(1) APJ 1987 (Akta 333)

10/05/2020

SALAM NUZUL ALQURAN 1441H

SIARAN MEDIA 8 MEI 2020 PENAMBAHAN URUS NIAGA JPJ BERKAITAN KENDERAAN PERDAGANGANJabatan Pengangkutan Jalan Malaysia aka...
08/05/2020

SIARAN MEDIA
8 MEI 2020

PENAMBAHAN URUS NIAGA JPJ BERKAITAN KENDERAAN PERDAGANGAN

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan menambah urus niaga perkhidmatan kaunternya bermula 11 Mei 2020. Ini bermakna, selain daripada tiga (3) urusniaga yang dilaksanakan seperti yang telah diumumkan sebelum ini, JPJ akan membuka 13 lagi urusniaga.

JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urusniaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan bagi beberapa jenis urusniaga sahaja. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pembukaan urus niaga JPJ adalah secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Pembukaan urus niaga pada waktu ini adalah lebih memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara.

Walaupun begitu, adalah diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan pada 24 Mac 2020 yang lalu.

LIKE • SHARE • FOLLOW • SUBSCRIBE media sosial rasmi JPJ untuk info terkini.







Address

113 Jalan Simpang
Taiping
34000

Telephone

+60195789596

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PkP Assist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PkP Assist:

Share