04/11/2025
Ramai orang ingat bila dah join AKPK, semuanya akan jadi lebih mudah diurus dan komitmen tidak begitu beban. Memang betul, pada peringkat awal nampak lebih ringan kerana bayaran bulanan berkurang dan tekanan kewangan terasa lega sedikit.
Tapi selepas beberapa tahun, baru mula sedar amount outstanding masih tinggi seolah-olah tidak berkurang, malah bayaran bulanan makin meningkat. Ini kerana pada peringkat awal, kebanyakan bayaran sebenarnya pergi kepada faedah (interest), bukan prinsipal atau pokok hutang. Bayaran pokok sebenar hanya mula dibayar selepas beberapa tahun dalam AKPK
Jadi, sama ada sertai AKPK pilihan yang betul atau tidak?
Sebenarnya tiada jawapan sama ada betul atau tidak.
AKPK juga boleh bantu anda urus hutang dan susun semula keadaan kewangan dan pembayaran anda, tapi ia bukan penyelesaian akhir.
Yang paling penting ialah anda benar-benar faham keadaan kewangan sendiri dan cari pelan yang paling sesuai dengan situasi anda.
Kalau anda juga sedang hadapi masalah yang sama dan seperti ini
Jangan segan untuk hubungi atau mesej saya, kita boleh bincang bersama dan cari jalan yang paling sesuai dengan keadaan anda.