17/12/2025
Alhamdulillah.
Cross 125k as at 17hb December 2025.Sehari selepas Sambut Birthday.Targetnya nak achieve by 16hb but takde rezeki anyway its ok🤍
Alhamdulillah, tahun ini menjadi detik bermakna apabila Sis buat pertama kalinya mencapai pengiktirafan sebagai Prudential Wealth Planner.
Ia bukan sekadar satu pencapaian, tetapi hasil daripada perjalanan yang penuh doa, usaha dan pengorbanan.
Industri ini bukan mudah.
Ada masa semangat turun, ada masa keyakinan goyah,Ada air mata mengiringi.
Namun bila niat kerana Allah, mencari rezeki yang halal dan menjaga amanah klien, segalanya terasa lebih tenang dan bermakna.
Terima kasih kepada para leaders atas bimbingan,
para klien atas kepercayaan,
dan keluarga tercinta—yang sentiasa menjadi sumber kekuatan.
Alhamdulillah atas setiap peluang yang Allah beri.
Semoga setiap usaha kecil ini terus diberkati dan menjadi manfaat untuk lebih ramai orang.