AIA Public Takaful - Asysyuhadak Ahmad

AIA Public Takaful - Asysyuhadak Ahmad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AIA Public Takaful - Asysyuhadak Ahmad, Insurance Company, Sungai Petani.

Tadi saya menerima panggilan daripada seorang pegawai Tabung Haji berkenaan hibah amanah yang emelkan kepada mereka sebe...
05/08/2024

Tadi saya menerima panggilan daripada seorang pegawai Tabung Haji berkenaan hibah amanah yang emelkan kepada mereka sebelum ini.

Saya baru tahu ada perbezaan antara hibah amanah di Tabung Haji dengan hibah amanah di ASB & semua produk saham amanah di PNB.

Di Tabung Haji, jika berlaku kematian kepada penerima hibah, maka wang simpanan yang dihibahkan daripada akaun Tabung Haji pemberi hibah akan menjadi harta pusaka penerima hibah dan diagihkan mengikut faraid.

Manakala di ASB, jika berlaku situasi sama, wang tersebut masih lagi milik pemberi hibah.

Contoh, seorang suami mempunyai wang di dalam Tabung Haji dan ASB dan mendaftarkan nama isteri sebagai penama dalam dokumen hibah amanah masing-masing sebanyak 100%.

Sekiranya si isteri meninggal dunia terlebih dahulu, implikasi berbeza ke atas wang simpanan ASB dan TH si suami yang dihibahkan tadi.

Wang dalam akaun TH suami, menjadi harta pusaka arwah isteri dan perlu diagihkan mengikut faraid. Hak faraid suami adalah 1/4 daripada harta tadi.

Manakala wang dalam akaun ASB, masih milik suami walaupun sudah dihibahkan kepada isteri.

Asalnya saya hendak membuat perancangan hibah ke atas Tabung Haji saya, tapi selepas menerima maklumat ini, saya hanya buat penamaan biasa saya.

Dengan penamaan biasa, sekiranya penama meninggal, ia masih lagi milik saya dan boleh tukar penama lain.

Berdasarkan semakan saya juga mendapati bahawa di ASB & PNB masih belum boleh diletakkan penama.

Jadi, untuk Tabung Haji saya kekalkan dengan penamaan biasa. Jika penama meninggal dunia, wang masih lagi milik saya. Jika hibah amanah di Tabung Haji, jika penama hibah meninggal dunia, ia bukan jadi milik saya lagi. Jadi, ia menjejaskan perancangan kewangan saya.

Manakala untuk ASB, saya kekalkan sahaja tanpa sebarang penamaan hibah. Sebab, kos hibah amanah di ASB hampir sama dengan wang dalam akaun ASB saya. Macam tak berbaloi p**a buat dokumen bagai.

Untuk perancangan hibah, saya gunakan instrumen takaful, ia lebih berbaloi dan kos efektif. Bukan itu sahaja, ia sekali dengan manfaat lumpuh kekal dan penyakit kritikal, selain hibah.

Kenapa saya gunakan kaedah takaful?

1. Ia lebih mudah dicairkan apabila meninggal dunia kelak kerana ia WAJIB ada penama atau hibah atau kedua-duanya.

2. Saya boleh letak penamaan hibah bagi tujuan income protection.

3. Saya boleh letak penamaan biasa bagi tujuan melangsaikan hutang.

Manakala bagi Tabung Haji, ia akan menjadi harta pusaka sekiranya saya meninggal dunia yang boleh waris gunakan untuk melangsaikan hutang yang masih berbaki apabila meninggal dunia kelak.

Selepas menerima maklumat itu, saya terus buat cross reference ke kedua-dua website untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan rasmi.

Ternyata ia memang ada dinyatakan secara jelas dalam website Tabung Haji dan PNB. Mereka dah lama rancang, cuma saya sahaja yang lalai

Ada sesiapa lagi yang baru tahu dan lalai macam saya?

Kredit
Afyan Mat Rawi,
INFAQ Consultancy

09/01/2024
Wishing you a year filled with new HOPES, new DREAMS and new ACHIEVEMENTS. Happy 2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣
01/01/2024

Wishing you a year filled with new HOPES, new DREAMS and new ACHIEVEMENTS.

Happy 2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣

28/09/2023

Lahirnya Kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah
Kami rindu padamu 💚

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

‎ اللهم صلی علی سيدنا محمد وعلی آل سيدنا محمد

Salam Maulidur Rasul daripada saya,
𝗔𝘀𝘆𝘀𝘆𝘂𝗵𝗮𝗱𝗮𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 | 𝗔𝗜𝗔 𝗘𝗹𝗶𝘁𝗲 𝗟𝗶𝗳𝗲 𝗣𝗹𝗮𝗻𝗻𝗲𝗿
𝐀𝐈𝐀 𝐏𝐔𝐁𝐋𝐈𝐂 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃

16/09/2023
𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥; 𝐀𝐩𝐚 𝐛𝐞𝐳𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚? "Saya dah buat Hibah dengan Syarikat takaf...
16/09/2023

𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥; 𝐀𝐩𝐚 𝐛𝐞𝐳𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚?

"Saya dah buat Hibah dengan Syarikat takaful XYZ dengan bayaran secara bulanan. Ada beza ke dengan Hibah Harta?

Tuan-tuan dan puan-puan, secara asasnya, Hibah merupakan satu bentuk konsep pemberian harta atas dasar kasih sayang. Banyak lagi harta yang boleh dihibahkan mengikut hukum Syarak termasuklah rumah, kenderaan, barang kemas, saham syarikat dan lain-lain.

Apa beza Hibah Takaful dan Hibah Harta?

Tujuan Hibah Takaful adalah untuk menyediakan wang tunai secara pantas selepas berlaku kematian.

Hibah Harta p**a berfungsi sebagai perancangan agihan harta selepas berlaku kematian. Harta yang dihibahkan akan terkeluar daripada senarai harta yang perlu diagihkan mengikut hukum faraid tau.

Address

Sungai Petani
08000

Telephone

+60164149645

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Public Takaful - Asysyuhadak Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AIA Public Takaful - Asysyuhadak Ahmad:

Share